Salam kasih buat semua...
Dah lewat malam, idah mula menulis entry baru.Alhamdulillah berkat daripada arus pemodenan dunia online shopping kini memudahkan urusan.Idah sejak tahun 2006 lagi sudah mula berjinak-jinak dengan shopping secara online.Best juga walaupun produk agak terhad apa yang dipamerkan namun masa untuk shopping tu fleksibel.Semuanya dihujung jari sahaja.
Dalam wishlist idah, nak beli wallet baru.Sudah lama idah pendamkan hasrat ni.Ada juga lihat2 kat shopping mall tapi alahai harga menjadi satu masalah dan juga paternnya banyak yang idah tak minat.So bermula pencarian wallet baru sejak dari bulan Jun 2010 lagi..lama tu...Al-kisahnya wallet yang baru dibeli dalam bulan Feb 2010 tu dah koyak bahagian tempat isi gambar tu.Malu pulak bila en.Kanda kata ermmm dah koyak wallet ummi.
Dipendekkan cerita, hari Ahad lepas 26/09/2010 terjumpa satu kedai kat FB.Wah banyak sungguh koleksi handbag dan wallet.Apa lagi pucuk dicita ulam mendatang, akhirnya terbekenan dengan wallet dan handbag.Setelah di timbang-timbang kos-kos lain(ntah tak tahu bape kg timbangan utk buat keputusan), antara wallet dan handbag, maka nya akhirnya idah lebih memerlukan wallet.Harga wallet tu pun ada sale. So memang kena dengan bajet idah dan yang paling penting kena dengan citarasa idah. Dari segi designnya,warna dan kualitinya.
En.kanda tak tahu lagi ni, maybe lepas baca entry ni dia akan tanya.Ihik....wishlist utk beli handbag maybe simpan untuk bulan depan2 pulak.Berkenan sangat dengan jenama Coach dan Bonia (yang imitation udah ler..ori dok mampu ambe). Jom tgk wallet baru idah.Gambar kredit drpd link Haslina Redshop :-
Jenama : PRADA
Saiz : 18.5 (P)
Harga : RM 28.00
Friday, 1 October 2010
Thursday, 30 September 2010
Sakit kepala..sakit gigi
Salam sayang buat semua,
Apa kaba suri-suri rumahtangga semua?Semoga dalam keadaan yang sihat dan baik-baik sahaja hendaknya.Idah dah beberapa hari alami sakit kepala yang agak menyakitkan.Sehingga efek pada mata dan gigi.Benar-benar mebuatkan hilang fokus pada semua perkara.Paling tak tahan kalau sakit gigi.Mulanya puteri sulung yang sakit gigi,sekarang giliran ummi nya pula.Adoilah gigi, mengikut usia agaknya.
Fokus pada kerja juga sedikit menurun peratusannya,sedangkan banyak yang perlu dilakukan.Senarai kerja idah agak panjang dalam minggu ini.Namun dek kerana kesihatan agak merosot maka nya kerja-kerja ada yang tertangguh. Stok abaya dari dubai juga banyak yang perlu idah kemas kini. Semoga hari-hari kurang sihat ini akan berlalu.

Kepenatan minda juga idah alami.Apabila hati dalam keadaan tak berapa sihat, kepala pula banyak berfikir semua itu bisa memenatkan anggota tubuh badan.Semoga hati ini akan terubat hendaknya walaupun tinggal parut.Biarlah berlalu semua itu.Ingin kosongkan minda dan merehatkan diri.
Oh ye sebut pasal stok abaya tadi, Idah nak menjemput kawan- kawan blogger semua kunjungi blog kedai abaya idah ye di http://kedaiabaya.blogspot.com atau boleh layari facebook idah di http://www.facebook.com/fesyenmuslimah. Masih dalam proses update dan masukkan stok sikit.Jika berminat bolehlah buat tempahan. Idah nak letak sikitlah gambar2 abaya daripada dubai.Jom cuci mata sat:-
Abaya ni pre -order.Dibuka tempahan sampai 2okt.Deposit RM100 diperlukan.Kalau bayar penuh lagi baik,dapat free pos.Oh ye sebut pasal stok abaya tadi, Idah nak menjemput kawan- kawan blogger semua kunjungi blog kedai abaya idah ye di http://kedaiabaya.blogspot.com atau boleh layari facebook idah di http://www.facebook.com/fesyenmuslimah. Masih dalam proses update dan masukkan stok sikit.Jika berminat bolehlah buat tempahan. Idah nak letak sikitlah gambar2 abaya daripada dubai.Jom cuci mata sat:-
Subscribe to:
Comments (Atom)
PENAFIAN
Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.