Tuesday, 25 May 2010

Hobi saya..minat saya...

Entry hari ni idah nak cerita pasal hobi dan minat idah...dah lama sebenarnya nak menulis cuma belum berkesempatan nak bercerita...hari ni ada kelapangan sedikit...idah mmg suka sgt membaca samada novel atau pun buku2 motivasi,majalah dan lain2...pendek kata idah ni mmg peminat buku...kalau masuk kedai buku mmg lama...duk belek sana sini...lepas tu rasa kalau kat rumah ada library sendiri kan best..:) kat bawah ni antara koleksi buku2 kesayangan idah..banyak lagi cuma nak tunjuk yang ini shj...yg lain2 tu nnt kalau idah rajin cari dan snap idah tepek k...




2 buah novel remaja yang berbentuk islamik..best sgt jalan ceritanya..penulisnya nama "Zaharah Mohamad." ada seorg lagi penulis yang idah suka sgt tulisannya dan pola cerita nocelnya iaitu "Ramli Awang Murhsid"...ada juga koleksi novel beliau cuma ada kat rumah mak..dan ada pada kakak...




yang ini pulak koleksi buku2 Dr.HM Tuah Iskandar...idah pun suka tulisan beliau...minat ni hadir waktu idah menuntut di Kolej..sbbnya ada seorg kawan perkenalkan buku beliaun bertajuk"Bina Hati Bahagia"...terus jatuh cinta dgn penulisannya...buku ni bagus utk pasangan yang bakal/sudah berumatangga...




4 buah buku kat ni...mmg best sesgt..idah sayang....belum habis baca lagi actually...
ada beberapa buah lagi buku yang sedang menanti utk dibaca...ada tu dapat hadiah(masuk contest dalam blog2 blogger, hadiah dr kakak, sahabat2..dan ada juga beli)...semuanya tak sempat lagi nak habiskan...

Impian idah kalau boleh nak wujudkan mini perpustakaan sendiri kat rumah...insya Allah..gambar bawah ni idah search google..:)


Monday, 24 May 2010

Family Day at De Rhu Beach Resort...

Alhamdulillah baru ada kesempatan nak menulis tentang Family Day yang dianjurkan oleh Syarikat tempat Hubby bekerja..setelah 4thn berkhidmat inilah kali pertama Family Day di adakan...Syukur alhamdulillah dapat juga kenal-kenal dengan kawan2 ofis hubby dan keluarganya...Berikut antara butir2 maklumat yang boleh diringkaskan...

Tempat : Hotel De Rhu Beach Resort Balok Kuantan
Tarikh : 21/05/2010 sehingga 23/05/2010
Dinner : tema merah hitam..(1st time hubby pakai Batik..:-) best jugaklah...tak lari dari nyanyi2 ni..dan juga beberapa games mcm lucky draw dan ucapan.
Makanan : memang best2 tau...semuanya self services...(berselera betullah...sampaikan tak igt tgh diet...)
Bilik : oklah..boleh bagi 3 bintang
Kolam Renang: part ni best...kolam renangnya besar tau...mmg seronok tgk anak2 bermandi manda.

Pada masa yang sama juga ada 3 buah lagi Badan2 kerajaan dan swasta yang buat program yang sama iaitu hari keluarga juga...hari Sabtu tu memang meriah sekali...Kat bawah ni antara gambar2 yang sempat dimasukkan..nak tgk lagi boleh jenguk2 laman FB idah ye :







sekitar majlis Dinner...ni shj yang sempat snap..:) seronok betul Afifah dan Aisyah main2 belon-belon yang bergayut2 kay ruang legar atas syiling tuh...sampaikan suh makan pun tak bape selera...



PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews