Sunday, 9 May 2010

Lafaz Yang Tersimpan...Selamat Hari Ibu...

Assalamualaikum...

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH."

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE."

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang, sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata --- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi, anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata - "saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu. Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.


Friday, 2 April 2010

~Supplimet...apa yang anda amalkan?~

Assalamualaikum semua...Diharapkan ceria2 selalu ye..
Hari ni saya nak kongsi sikit info tentang pemakanan saya sewaktu hamil anak sulung dan kedua..Bukan apa saya selalu diajukan persoalan tentang makanan tambahan ssewaktu hamil oleh kawan-kawan/customer melalui email/ym/sms/call...
  • Akk..masa peknen hari tu makan apa?? Anak2 akk aktif,sihat dan cantik...(huhuhu perasan jer ummi ni..)

  • nak dapat kat mana semua produk2 tu??? (soalan ni kekdng malas nak jawab...bukan apa..kekdng dah bgtau jelas2...masih nanya lagi..terus...)

  • apa kesan dia ek???(...bab ni suh mereka tgklah anak2 ku...hahahah..confirmlah mereka dapat tgk luaran aje kan...sbbnya bukan mereka yang jaga...)...dan mcm2 soalan lagi..

Ok kawan-kawan semua ni nak share sikit....masa saya peknen anak 1st...mcm biasalh anak sulung kan..waktu ni tak dok pengalaman lagi..so tiap2 bulan gi klinik..so makanlah ubat2 doktor....rasa nak muntah makan asid folik...(uweeekkk...muntah lagi..almaklumlah alahan teruk...)...makan vitamin B complex,vitamin C, zat besi dan asid folik...

tup2 masa kandungan 8bulan..kawan asben ada syorkan satu produk..Namanya "NeuroGain"...bagus untuk minda baby...buat pengetahuan semua..saya cuma makan sebulan jer tau...SBB??? mahal woooo...

cecah RM60.00++...namun apa yang saya nak kongsi..ianya amat2 bagus utk otak baby tau..
Anak saya yang sulung tu cepat belajar, aktif, mindanya cergas...

Sekarang dah pandai mengaji..mudah terima apa yang ummi ajar...alhamdulillah.. Nak tahu info lebih pasal neurogain ni masuk website ni ye :



Inilah rupa botol neurogain ni...drpd pati minyak ikan... nak dapat kat mana??? hah boleh dapakan di Farmasi2 ye..Online rasanya tak dok lagi..trylah buka web td...






Ok itu kisah pemakanan saya masa peknen anak sulung....Hok bawah ni citer pasal hok no. 2 lak..

ok masa adiknya ni ekonomi suram sikit..so berbelanjalah setakat yang mampu..namun sepanjang peknen mmg berlaku alahan terhadap ubat2 klinik lak...ntahlah bila makan aje asid folik+zat besi+vitamin bagai2 tu..semua keluar balik...letih rasanya...fobia lak nak peknen lagi...tak larat dgn alahan bagai...mujurlah yg ni tak masuk hospital...huhu...

dipendekkan cerita...suami saya beli pulak produk HPA...namanya Omega 3 (kapsul)..dari minyak ikan juga..keluaran bumiputera...harga pun berpatutan...
Yang ni mmg saya makan sejak 3 bulan peknen sampailah 9bulan...lebihan ada lagi tu...hahahaha...

Hah..sekarang saya dapat lihat perkembangan si adik mmg aktif daripada kakaknya..badan adik pun lebih sihat daripada kakaknya...montel juga..hahahah...otaknya cergas..perkembangan minda,tumbesaran mmg amat baik sekali...jarang sekali demam+sakit...kalau kena cucuk tu tak nangis kuat..sekejap aje...

So kepada ibu2 yang diluar sana yang tgh peknen saya amat2 syorkan amalkan produk HPA Omega 3 ni...kalau anak2 kurang selera makan pun boleh campurkan dgn susu atau makanan mereka...





Info tentang produk kat atas ni:

OMEGA – 3 (KAPSUL)


Produk ini khusus menggunakan Ikan Tenggiri Biru dari Lautan Artik ini mempunyai kadar DHA yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan-ikan laut yang lain. Keunggulan produk ini :

1. Mengandungi kadar mineral yang tinggi

2. Mengandungi protin yang berkualiti

3. Lebih mudah diserap oleh badan

4. Amat sesuai dijalankan amalan oleh ibu mengandung untuk kecergasan minda bayi yang dikandung

5. Sesuai mulai bayi hingga dewasa untuk pemakanan kesihatan

6. Meningkatkan daya kesuburan lelaki dan perempuan

7. Mengatasi masalah kardiovaskular


Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Scomber scombrus

2.Mallotus villosus

3. Clupea harengus

4. Engraulis ringens

Dos :

Umur di bawah 3 tahun : 2 kapsul sehari

Umur 3 hingga 7 tahun : 3 kapsul sehari

umur 7 tahun ke atas : 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam

Harga :

Semenanjung : RM30

Sabah/Sarawak : RM35
Oklah itu sahaja utk hari ni..lain hari sambung ye...mana nak dapat produk HPA ni?? mcm biasa cari stokis terdekat...kalau malas nak cari kat luar atau tempat lain...boleh aje nak order dengan saya...huhu..

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews