Google+ Followers

Followers

Saturday, 13 September 2014

Herba untuk kekal istimewa...

Herba untuk kekal istimewa

Kita memang memerlukan sumber alam untuk kekal istimewa. Untuk jadi lebih biasa daripada yang luar biasa, manusia perlu memaksimumkan penggunaan sumber-sumber alam agar aura alam dan manusia menjadi satu. Daripada dua kekuatan ini, sudah pasti kita akan terlihat lebih istimewa dan mengagumkan.

      Salah satu sumber alam yang dimaksudkan itu ialah penggunaan herba dalam perapian wajah dan tubuh yang menjurus pada kesempurnaan total mental, fizikal dan spiritual. Herba telah diketahui sejak zaman berzaman sebagai keperluan istimewa manusia untuk menjadi sihat dan istimewa. Malah boleh dikatakan manusia telah menggunakan herba sejak bermulanya masa. Masyarakat purba bergantung pada herba untuk makanan dan perubatan, menggunakannya untuk perasa dan kemudian sebagai bahan awet untuk daging dan ikan agar lebih tahan disimpan.

      Herba adalah anugerah istimewa alam untuk manusia. Bayangkan alam ini tanpa herba, bagaimanakah manusia melalui hidup mereka dan apakah agaknya yang akan mereka gunakan sebagai bahan-bahan kecantikan, kesihatan dan perapian. Manusia telah mengagumi herba sebegitu tinggi hingga menjadi bahan dalam upacara-upacara keagamaan dan juga teknologi. Catatan terawal tentang penggunaan herba dalam perubatan ditemui tercatat dalam papyrus kerajaan purba Mesir sekitar 2000 Sebelum Masihi. Di situ tercatat kehadiran doktor herba.

      Di India dan China , herba masih dianggap mengatasi perubatan moden pada sesetengah kelompok bahkan secara umum ia adalah pilihan utama para pesakit berpandukan pada pengeluaran bahan perubatan herba yang amat besar jumlahnya. Kebanyakan bahan-bahan asas perubatan herba dunia datangnya dari sini. Sehingga hari ini pun masih bertebaran dengan banyaknya sinseh-sinseh Cina yang merawat menggunakan bahan-bahan herba. Dalam perubatan holistik, para pengamal pengubatan semula jadi dan para aktivisnya menggunakan herba sebagai bahan utama.

      Dalam kerajaan purba Greek pula, Hippocrates pada kurun ke-3 Sebelum Masihi dalam fomulasi herbanya, â€?De Materia Medica and Dioscorides”, memasukkan beratus-ratus herba dalam kandungan bahan perubatan botani mereka. Tidak cukup itu herba disebut dalam â€?Old dan New Testaments”. Kerajaan Rom purba juga diketahui menggunakan herba untuk menambah kekuatan dan kepekaan para tenteranya.

       Para penjajah Eropah pada abad ke-15 dikatakan belayar ke Timur untuk mencari rempah.

      Kisah pelayaran Marco Polo ke China pada penghujung 1200 memberitahu perdagangan rempah telah mewujudkan beberapa penempatan baru, seterusnya membawa orang Barat melakukan perjalanan perdagangan untuk mencari rempah berkenaan. Pada kurun 15 hingga ke-17, orang Sepanyol, Inggeris, Portugis dan Belanda bersaing untuk menguasai pedagangan rempah di Timur Jauh. Dalam tahun-tahun 1800-an, orang Amerika terlibat dalam pedagangan ini. Orang Amerika yang pertama menjadi jutawan mencipta kekayaan melalui herba.

      Sayang sekali, begitu hebat anugerah alam ini dan kebanyakannya tumbuh subur di sini, kebanyakan kita masih negatif terhadap penggunaan herba untuk kesihatan dan kerapian. Motivasi tidak bermakna apa-apa tanpa adanya wadah. Wadah motivasi ialah tubuh yang sihat, bertenaga, segar dan rapi. Tanpa wadah yang begini motivasi tidak berupaya masuk dan pasti gagal berperanan.

      Paling tidak, jika pun herba memualkan, ia adalah bahan potpori yang boleh menyegarkan persekitaran. Letakkan sebotol potpori daripada campuran herba di dalam sebuah bilik dan rasai kelainannya. Jika ia bukan sesuatu yang memualkan maka cuba campurkan dalam masakan, atau hidangkan saja sebagai sayuran.

      Formula 3X (Xtra Mind, Xtra Mild dan Xtra Mile) yang menjadi teras motivasi saya menjadikan herba dan sumber alam lain sebagai asas berubah. Sumber alam yang dimaksudkan itu ialah udara. Ia dihiru secara dalam pada kiraan 7 saat (tarik), 7 saat (simpan) dan 7 saat (lepaskan), dibuat tiga kali berturut-turut menjadikannya 63 saat kesemuanya. Ini dibuat biasanya pada awal pagi sewaktu hendak memulakan hari ataupun pada bila-bila masa yang dirasakan perlu. Keadaan ini berkesan untuk menstabilkan minda dan ketenangan (Mind dan Mild).

      Sumber alam lain yang digunakan ialah pengambilan makanan tambahan untuk kesihatan dan kerapian dan makanan tambahan yang disyorkan itu tidak lain adalah herba. 3X mengesyorkan para pelatih motivasinya mengambil supplemen herba setiap hari. Daripada amalan ini lahirlah satu lagi ciri hebat 3X iaitu Mile. Mile adalah stamina. Gabungan ketiga-tiga faktor ini; Mind (Pemikiran), Mild (Ketenangan) dan Mile (Stamina) adalah motivasi power yang tuntas lagi kekal. 

      Penggunaan herba untuk motivasi boleh diistilahkan sebagai memudah atau seni memudahkan. Herba dikenal sebagai â€?mudahâ€? kerana pengamalannya dan penanamannya juga tidak rumit. Lantaran kebanyakan herba jenis tumbuh melata atau â€?tumbuhan bawahâ€? seperti parsley, chives, marjoram, thyme, basil, caraway, dill, oregano, rosemary dan celery leaves, ia boleh digunakan sama ada sewaktu kering mahupun basah.

      7 situasi di mana herba boleh menjadi bahan istimewa perubatan dan juga motivasi ialah apabila diambil pada sukatan dan amalan tertentu ia boleh membantu menyembuhkan:

1. Gangguan pada gerak kerja badan atau fikiran atau simpton pada orang dewasa.

2. Gangguan pada gerak kerja badan atau fikiran pada sistem imuniti.

3. Penderitaan penyakit saraf atau otak yang teruk dan aduan psikiatri.

4. Simpton perasaan.

5. Terapi alternatif untuk mereka yang alegik.

6. Terapi kombinasi untuk mempercepat kesan pada perubatan konvensional, dan

7 . Terapi kombinasi untuk mengurangkan kesan sampingan perubatan konvensional.

      Rapikanlah diri anda dengan kesihatan dan motivasi, mengamalkan pengambilan herba adalah salah satu cara yang termudah dan berkesan. Ia menyatukan kita kepada alam agar sekuat alam.

-Dr Tuah Iskandar.

Friday, 12 September 2014

Anugerah.. Apakah ia?

Selamat petang semua. Alhamdulillah, hari ni update sikit blog yang dah lama bersawang2 ni. Nak mood santai2 je kan.Petang ni nak post sikit tentang Doa yang kekadang kita nak sangat namun belum dimaklbulkan, Allah ganti dengan yang lain dulu. Namun janji ALLAH pasti! 
Siapa yang usaha pasti ALLAH beri, dan kita perlu sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.

Kadang-kadang perjuangan adalah sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa sebarang dugaan dan rintangan, itu mungkin akan melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak akan menjadi kuat, tabah dan yakin menempuh segala rintangan untuk meneruskan kehidupan. Fikir dan renungkan…….

ANUGERAH….

Saya mohon kekuatan….
Dan Tuhan memberi saya kesulitan-kesulitan untuk membuat saya kuat.

            Saya memohon kebijaksanaan…
            Dan Tuhan memberi saya persoalan untuk diselesaikan.

Saya memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi saya otak dan tenaga untuk bekerja.

            Saya memohon keteguhan hati…
Dan Tuhan membari saya bahaya untuk diatasi.

Saya memohon CINTA….
Dan Tuhan memberi saya orang-orang bermasalah untuk ditolong.

Saya memohon kemurahan dan kebaikan hati..
Dan Tuhan memberi saya kesempatan-kesempatan.

            Saya tidak memperoleh yang saya inginkan,
            Saya mendapatkan segala yang saya perlukan.


Salam Sayang,
Idah Arba'i
013-9097825
http://aurasihatceria.blogspot.com
Dari Meja Sohoku,

Thursday, 11 September 2014

Monday, 21 July 2014

Promosi Julai - Vivix

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Alhamdulillah baru ada kesempatan nak menulis dalam blog ni. Tetamu kita Ramadan AlMubarak semakin dipenghujungnya. Sekarang kita berada dalam fasa terakhir Ramadan.

Syukur Alhamdulillah, Idah dapat juga berpuasa di 3/3 Ramadan. Terima kasih Ya ALLAH..

Yeaaayyyy suka juga sebab dah habis pantang...so rutin berjalan seperti biasa.
Afiqah Hanani pun dah semakin bam-bam.. Banyak peel juga..Paling kuat suaranya menangis..dan umur menginjak ke 2bulan ni..Siang kurang tido...
Mujur malam tdo lena..

Oh di samping citer2 kisah family, Idah nak selit juga satu promosi produk dari Shaklee bulan ni..: Promosi Beli 6 Free 1 - VIVIX.



comeynye je kan botol Vivix ni...eksklusif form Shaklee untuk kita as pengguna. Mesti nak tau kan Vivix ni fungsi nya. Namun Idah amat2 syorkan produk vivix kpd anda semua sbb ini satu2 nya produk yang membaiki sehingga ke sel DNA.

Vivix ni sesuai untuk siapa?
Meh tgk gambar bawah ni.Kalau asyik tulis je..
korang confirm mesti malas nak baca ayat2 panjang kan?kan?
hihi...gurau je..xde..tgk gmbr lagi mudah.

Hah! cek cepat ada tak family anda yang sedang alami masalah di atas? Dah puas cari ubat dan buat rawatan namun xde hasil...Apa kata cuba ikhtiar dengan vivix pulak..Insya ALLAH dengan izin ALLAH hendaknya. Tak percaya lagi?
Meh baca testimoni pulak. Atau boleh juga layari blog shaklee Idah di sini :


Testimoni Pengguna Produk VIVIX :-










Macamana lepas baca?
Teruja nak cuba?
HARGA RETAIL =RM475
HARGA PROMOSI BELI 6 FREE 1 = RM407

Jimat banyak kan?
RM68 tu jimat...Jika bajet lebih amik 6 botol terus, hah lagi best
penjimatan RM475 sbb dpt free sebotol..
-keahlian free
-Cash Bonus
-Dapat less lepas2 ni dalam 20-30% semua produk shaklee..

Best ke syok?
Ok untuk Order direct boleh sms/whatsapp idah = 013-9097825
cepat2 grab sekarang.
Nak lagi Murah?
tu cepat2 sms/whatsapp/telegram idah ok..

Sihat tu satu nikmat dan anugerah
Ingat  5perkara seblm 5 perkara..
Sihat sebelum sakit.
Cegah dengan VIVIX.

Salam Sayang,
Idah Arba'i
23 Ramadan 1435H

Wednesday, 9 July 2014

Kisah Puasa dan Supplimen (^__^)

Selamat pagi semua...Semoga ceria selalu..
Alhamdulillah dah 11 Ramadan hari ni..Macamana pencapaian anak-anak kita berpuasa? Syukur alhamdulillah Hanani2 Idah kedua2nya berpuasa penuh..walaupun kekadang setiap jam tanya :
"ummi...lambat lagi ke.."
"ummi.. skng dah petang ke.."
"ummi...hauslah..."

Layan aje kerenah diorang berdua...lepas tu setiap hari dah siap2 bagi kat ummi menu apa yang mereka nak makan time berbuka..Alhamdulillah ok juga tu..tak lah ummi pening kepala fikir nak buat juadah apalah time berbuka..kihkih..

Dah besar rupanya Hanani2 ni..
Itulah dia kawan, teman, kekdng jadi teman gaduh..
Ummi pun kekdng jadi mcm tarzan, singa, rimau..hahaha...semua ada..
Namun itulah kemeriahan bila ada anak2 ni..
Masa rehat ummi kekdng boleh kata mmg xcukup..
tido pun kekdng tu dapat 5minit terlelap tanpa gangguan..saat itulah paling best utk rehatkan diri dan minda...hihi..

Ramadan kali ni Idah dalam pantang, alhamdulillah namun berkesempatan untuk berpuasa..Syukur alhamdulillah. Tapi hari ni dah genap 44hari..yeayyyy bestnya..kihkih. So far puasa kali ni idah rasa segar+bertenaga+ cergas..kenyang pun lebih lama..kalau tidak.. dalam pukul 2 petang tu dah lembik..

Hah...nak tau idah amik apa? hihi
Idah amik suplimen Shaklee untuk set berpuasa...Alhamdulillah..
Best sangat2 terutama amik ESP+KURMA+MEALSHAKE..
rasa dah lah sedap..kenyang..plus bertenaga..

Kawan2 nak cuba?
Boleh contact Idah ye.. Jika rasa tak bertenaga , penat, letih, ye lah terutama bagi yang bekerja lepas tu nak uruskan rumahtangga lagi.. huhu mmg faham sangat..double trouble tenaga diperlukan..
So idah cadangkan try set berpuasa shaklee ni..
Insya ALLAH dengan izin NYA...kita dapat khasiatnya..
Ada pilihan bajet untuk anda semua..
Nak less??
Hah cepat2 contact idah tau..




Sedap+lazat+segar+bertenaga+kenyang lebih lama..
BONUS :- insya ALLAH boleh kurus dan dapatkan berat idaman anda..


Salam Sayang,
Dari Meja SOHO Idah
11 Ramadan 1435H

Tuesday, 8 July 2014

Blog baru untuk biz baru

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah Fasa 1 Ramadan sudah berlalu...

1/3 Ramadan - done
2/3 Ramadan - progress
3/3 Ramadan - still loading

Dalam bulan ramadan ni juga, Idah sudah create satu lagi blog khas untuk produk2 Shaklee dan perjalanan idah dalam shaklee.
Kini Idah sah sebagai Shaklee Independent Distributor : 1127496

Kepada kawan2 blog afizart bolehlah kita saling tukar2 link ye..
Selamat menziarah blog baru idah dengan klik sahaja pada gambar di bawah ye.

Jika ada kawan2 nak order produk shaklee dengan Idah pun amat2 dialu-alukan insya ALLAH Idah akan berikan konsultasi yang sebaiknya untuk anda.

"Sihat itu nikmat dan anugerah, pilihlah yang terbaik untuk gaya hidup sihat."




Salam Sayang,
Dari Meja Soho...
11 Ramadan 1435H

Saturday, 28 June 2014

Salam Ramadan Al Mubarak

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..

Lama sungguh idah tinggal dunia blog ni. Salah satu sebab kekeringan idea nak menulis di samping tugas2 lain yang perlu diutamakan. Cewah mcmlah busy sgt...hihi..

Hari ni tiba2 mood dtg semula nak menulis...
Hari ni juga merupakan 1 Ramadan 1435H...
Idah sekeluarga nak ucapkan Salam Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua. Semoga Ramadan kali ni akan memberikan lebih makna kepada kita semua.




Salam Sayang,
Meja Soho.. 1 Ramadan 1435H
ummihanani



Friday, 30 May 2014

AlhamdulilLah, ahli keluarga baru kami ... Afiqah Hanani Binti Afizullah

AlhamdulilLah, anak kami yang ke-4; Afiqah Hanani selamat dilahirkan pada Isnin, 26 May 2014, 11.35malam (Malam Israk Mikraj). berat 3.15kg di Wad Bersalin Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Semoga membesar menjadi anak solehah penyejuk mata Abah dan Ummi :)


Tuesday, 25 February 2014

Promosi Maajun Anggun Bistari -MAB

HARGA TERKINI MAB 
**RM18/BTL (SEM)
*Exc postage
**Mengandungi 21biji.. cukup utk makan sebulan

PROMOSI MINGGU GAJI
(25 FEB 2014 - 10 MAC 2014)

BELI 5 Botol MAB HANYA RM90 (Harga Normal RM96)
BELI 10 BOTOL MAB HANYA RM170 (Harga Normal RM176)
BELI 20 BOTOL MAB HANYA RM320 (Harga Normal RM367)

*****************************************************************


MUTIARA PACK(KOD : MAB01)
(SESUAI UTK SUAMI ISTERI YANG IKHTIAR ANAK)
 

Boleh juga layari website kami untuk info lanjut tentang produk :-

http://kedainiaga.net

atau LIKE FB kami :-




Friday, 10 January 2014

Sesuatu yang sangat berharga untukku catatkan...

Alhamdulillah baru ada kesempatan nak menulis. Apa yang berlaku hari ini mesti Idah catatkan sebagai satu kenangan yang terindah. Kisahnya...

Kisah hari ni :-
Terharunya sebab dapat hadiah dr Hananiku...
Setibanya waktu untuk menjemput Hananiku yang sulung dari sekolah... Sampai2 je terus meluru :-

Kakak: ummi...ummi... kakak ada belikan hadiah utk ummi... kakak guna duit belanja yang Abah bagi tadi..Maaf ye ummi, kakak takde duit nak simpan dlm tabung hari ni...

ummi : tergamam seketika... (ok kak..kita balik dulu ye..hari nak hujan dah ni..sian kat adik..kang demam..)

Kakak : ok ummi...( muka berseri2...)

Ummi pun bawa motor mcm biasa...tapi dalam kepala ni penuh dengan tanda tanya... Sampai je rumah turun dari motor...

Kakak : ni hah....hadiah utk ummi...maaf ye ummi..setiap kali hari ibu kakak xpernah bg ummi hadiah...ni kakak beli kat kedai sek(koperasi)...

Ummi: ........(senyum..) dalam hati kata...terharunya aku... tapi still tergamam...mcm surprise gitu..
Alhamdulillah...cantik buku ni..ok ummi terima..nnt ummi boleh catat order... terima kasih kakak... hbs lah duit kakak td ye? RM1...

Kakak: a'ah ummi...tak leh simpan dah dlm tabung....xpelah ummi..kakak nak sgt bg ummi hadiah...

huwaaaaaaaaa terharunya hati keibuanku ini..... terima kasih kakak....

p/s: huhuhu sungguh tak kuduga apa yang berlaku pd hari ni..patutlah masa ummi sampai tadi kakak dah siap2 tunggu kat pondok.. kalau tak mesti xde..sbb sibuk gi beli sesuatu... ada je dia bawa balik utk adik2nya..belon lah..gula2 lah...

hari ni xde...rupanya hr ni dia beli sesuatu utk umminye... 1st time dpt hadiah dr hanani buat jiwaku rasa begitu tersentuh... Setiap hari kakak dapat RM2, tapi Abahnya dah pesan awal2 mesti ada duit lebih supaya boleh simpan dalam tabung. Mmg dia igt, cuma hari ni Abahnya bagi RM1 je.. Buku harga RM1..so mmg tak de baki...

sesungguhnya hatiku masih lagi tersentuh....
Aduhai anak2ku...
Afifah Hanani,
Aisyah Hanani,
Ahmad Al Fateh...
Ummi sentiasa doakan kalian menjd anak yang SOLEH,PINTAR, CEMERLANG dunia akhirat..
Ummi sayang kamu kerana ALLAH..
Amanah Allah dan Anugerah ALLAH yang tidak ternilai buat ummi dan abah...

huhuhu....tiba2 air mata mengalir pulak...
inilah hadiah dr hananiku...
Buku nota kecil...