Thursday, 30 March 2023

5 Idea Menu Sahur Sihat Selain Nasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat pembaca blog AFIZART. Semoga sahabat diberkati Allah swt selalu. Terima kasih sahabat masih setia berkunjung dan menjadi pembaca blog kami.

8 Ramadan 1444h | Khamis 30 Mac 2023

Alhamdulillah sudah 8 hari kita menjalani ibadah puasa. Bagaimana perjalanan puasa sahabat pada tahun ini? Semuanya on progress ye, anak-anak, semuanya okay? Alhamdulillah. Saban tahun setiap kali Ramadan masalah utama yang selalu terjadi antaranya keletihan, lesu, kurang bertenaga, masalah gastrik yang teruk, rasa cepat lapar, ibu menyusu terpaksa berbuka puasa, tekak terlalu kering, kurang bermaya dan lain-lain. Mengapakah ini biasa terjadi?

Wednesday, 29 March 2023

Comel dan Fifie

Comel dan Fifie ni nama kucing 2branak ni...

Depan ni Comel, yang atas meja tu Fifie 
Fifie tu Ibu kepada Comel.

Camne dapat nama ni?
Ni kena tanya Hanani yang bongsu, suka sangat dia bagi nama kucing-kucing kat rumah ni 😂.

Comel ni asalnya ada abang nama Alex, tapi dah meninggal sebab sakit misteri. 🤔😔

Oh ya, bapak pada Comel ni nama dia Boboi.
Gambar takde ye, sebab hensem sangat. 🤭😁.

Panjang kalau nak cerita pasal kucing-kucing kat rumah ni.

Next time la sambung crita.

#santaipetang

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews