Saturday, 16 October 2010

Ayat-ayat Cinta...



“Kalau kita ingin mencintai manusia,cintailah seadanya. Cintailah…walaupun hakikatnya cinta nafsu tetap ada. Cinta dgn nafsu buat kita menyempurnakan fitrah kejadian Allah terhadap manusia…dengan jalan yang dibenarkan Allah..yang akan melahirkan generasi demi generasi buat mengagungkan kebesaranNya. Cinta dengan maruah adalah buat menyempurnakan iman kita akan kepercayaan terhadap takdir Allah. Kerana dengan maruah kita kenal antara hak milik kita atau yang bukan milik kita. Cinta dengan maruah itulah yang menjadi benteng pada kita, mana yang boleh kita ambil dan mana yang tak boleh kita ambil. Dan dengan maruah itu, kita percaya bahawa apa yang Allah berikan itulah yang terbaik buat diri kita walaupun nafsu mengatakan kita mahukan juga ia.

***********************************************************

“Bercinta bukan berdosa. Perbuatan demi cinta itu yang selalu membuahkan dosa. Ketidakrelaan hati juga menerbitkan dosa. Marilah kita memuliakannya semula dengan kepercayaan dan keyakinan akan ketetapan Allah itu adalah yang lebih baik buat diri kita walaupun perlu hancur dan gugur kerananya. Tak hina seorang pencinta yang ditolak dan dicampak cintanya, dan tak mulia seorang yang dicintai hanya kerna dia berjaya menolak dan mencampak cinta orang yang mencintainya. Kemuliaan hanya ada pada hati yang mencintai dan membenci kerna Allah semata. Bukan kerna nafsu, bukan kerna mata. Yang selalu menjadikan manusia itu hina ialah kerna mereka tak nak terima ketentuan Allah”


Ummu Hanani
Teratak 23
08 Zulkaedah 1431H

Tuesday, 12 October 2010

Tips Perniagaan:- Pesaing menjatuhkan anda?

Dunia perniagaan bermacam-macam ragamnya.

Apa yang patut dilakukan sekiranya pesaing anda cuba memburuk-burukkan anda dan cuba menjatuhkan anda?

Pesaing yang cuba memburukkan dan menjatuhkan anda datangnya dengan pelbagai cara. Ada yang buat secara direct, ada yang buat secara kiasan ataupun secara perli. Namun, tujuannya tetap sama iaitu cuba memburukkan perniagaan anda, dan ingin meningkatkan perniagaan mereka.

Jangan salah fikir. Memburukkan perniagaan pesaing sebenarnya memburukkan perniagaan anda sendiri. Sekiranya anda memburukkan 1 perniagaan, 10 orang akan memburukkan perniagaan anda! Memburukkan perniagaan pesaing sama ada secara direct, kiasan, atau perli hanya akan menjatuhkan jualan dan keuntungan perniagaan sendiri sahaja oleh kerana kredibiliti perniagaan itu akan musnah.

Sekiranya kredibiliti perniagaan anda musnah, ianya amat sukar untuk mendapat kepercayaan kembali.

Pengguna kini adalah bijak & sophisticated. Oleh itu, ia adalah kesilapan besar sekiranya anda menggunakan teknik “memburukkan pesaing” pada zaman ini.

Apa yang anda akan lakukan sekiranya terdapat pesaing yang memburukkan dan cuba menjatuhkan perniagaan anda?

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews