Tuesday, 29 June 2010

Sakit Urat2...Sejuk dan cirit birit...

Assaamualaikum semua....

Hari ni dah dua hari idah rasa tak enak badan...punca drpd semalam...maybe keracunan makan tidak dapat dikenal pasti..sbb tak gi klinik...bila2 difikir2 semula rasanya puncanya sbb idah try makan ulam petai...sudah sedari dulu dah tau penyakit ni..tiba-tiba semalam terasa nak cuba-cuba makan...ada pulak gulai tempoyak...hah lepas aje makan...tiba-tiba badan jadi seram sejuk..perut memulas-mulas...sakitnya teramat sangat...berlarutan daripada itu terus rasa macam nak demam, sejuk, sakit-sakit urat...sehinggalah hari ini...



Hari ni en.kanda attend kursus selama 3hari...ikut perancangannya maybe akan menetap di tempat kursus selama 3hari...harap2 kesihatan idah akan pulih sekadar segeranya...sbbnya tak de org kat rumah..ada dua org puteri yang masih kecil dan perlukan perhatian...Ini idah petik daripada kata2 seorg kawan Nurhuda Cahaya Petunjuk

~Ujian datang daripada Allah S.W.T sebagai tanda sayangnya Allah kepada hambaNYA. Adakah kita kuat dalam menempuh ujian itu. Allhu Akbar..Allah menguji saya lagi dengan demam, sakit2 badan dan sakit perut. Sabar itu indah, ujian itu tarbiyah~


Semoga kesihatan idah akan segera sembuh hendaknya...Terima kasih buat hanani ummi...yang amat memahami akan ketidaksihatan umminya...rajin memicit2 tubuh ummi...syukur padaMu ya Allah atas anugerah ini....

Renungan buatmu ....Insan bernama suami

Sebagai pengajaran ringkas buat para suami. Antara Kesalahan Lelaki (Suami):-

1. Lalai Berbakti kepada orang tua setelah menikah

2. Kurang serius dalam mengharmonisasikan antara isteri dan org tua

3. Ragu dan buruk sangka kepada isteri

4. Kurang memiliki sikap cemburu terhadap isteri

5. Meremehkan kedudukan isteri

6. Melepaskan kendali kepemimpinan & menyerahkannya kepada isteri

7. Memakan Harta isteri secara batil

8. Kurang semangat dalam mengajari isteri ajaran-ajaran agamanya

9. Bersikap pelit terhadap isteri

10. Datang secara tiba-tiba setelah lama pergi

11. Banyak mencela dan mengkritik isteri

12. Kurang berterima kasih dan memotivasi isteri

13. Banyak bersengketa dengan isteri

14. Lama memutus hubungan & meninggalkan isteri tanpa sebab yg jelas

15. Sering berada di luar rumah & jarang meluangkan masa dengan keluarga

16. Interaksi yang buruk dengan isteri

17. Tidak menganggap penting berdandan untuk isteri

18. Kurang perhatian terhadap Doa yang dituntut ketika menggauli isteri

19. Kurang memperhatikan Etika, Hikmah dan Hukum hubungan badan

20. Menyebarkan rahsia ranjang

21. Tidak mengetahui kondisi biologis perempuan

22. Menggauli isteri ketika haid

23. Menggauli isteri pada duburnya

24. Memukul isteri tanpa alasan

25. Kesalahan tujuan poligami

26. Tidak bersikap Adil antara beberapa isteri

27. Terburu-buru dalam urusan Talak

28. Tidak mahu mentalak, padahal sudah tidak mungkin ada perbaikan & keserasian

29. Mencela isteri setelah berpisah dengannya

30. Menelantarkan anak-anak setelah mentalak isteri

31. Kurang setia terhadap isteri

32. Kurang puas dan selalu melirik perempuan lain

sumber artikel drpd sini : Ust.Zaharuddin.Net

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews