Friday, 5 March 2010

~Untung rugi bekerja dari rumah~

Apa kaba semua...Hari ni idah nak menulis tentang kerjaya idah...kiranya ada kait-mengait..selalunya idah bercerita tentang kehidupan harian,aktiviti idah...so sekarang untuk jadikan blog idah lebih bermanfaat so idah selitkan juga dengan artikel yang sesuai...semoga kita dapat berkongsi bersama... Artikel yang idah nak tulis ni idah perolehi daripada pembacaan Idah melalui Majalah PAMA edisi Mei2006..Idah suka baca majalah PAMA ni sebabnya ianya banyak info tentang keibubapaan dan anak-anak..Cukup berinformasi..Ok berbalik kepada tujuan asal idah nak berkongsi tips2 untuk bermula bagi yang sudah bersedia untuk bekerja dirumah...semoga info ini dapatkan dimanfaatkan bersama...:




Gambar hiasan: kredit to google



Tips untuk bermula

Sebelum memulakan perniagaan, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan. Antaranya:

  1. Niat - adalah faktor penting sebelum anda memulakan perniagaan. Semuanya perlu bermula dengan niat. Apabila niat sudah ditanam, anda perlu berusaha untuk merealisasikannya. Percayalah niat yang ikhlas pasti membuahkan hasil yang diimpikan.

  2. Minat - Ramai daripada anda bercadang untuk berniaga. Namun anda masih keliru untuk memilih perniagaan yang bakal dijalankan. Apa kata anda olah minat kepada perniagaan. Seronok bukan jika minat anda bertukar kepada wang. Untuk itu, anda perlu berfikiran kreatif agar minat yang tersemai selama ini dapat diubah ke dalam bentuk perniagaan.

  3. Perancangan Awal - Sebelum bercadang untuk berhenti kerja anda perlu membuat perancangan awal terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan anda menyesal sekiranya tidak berjaya menguruskan perniagaan akibat masalah-masalah yang tidak dijangka. Oleh yang demikian, anda perlu membuat simpanan khusus untuk dijadikan modal niaga. Buatlah perancangan yang teratur sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun sebelum berhenti kerja.

  4. Pelan bertulis - Dalam merancang, jangan lupa catatkan setiap idea yang timbul dalam bentuk tulisan. Ini perlu dilakukan kerana dikhuatiri anda tertinggal idea2 bernas dan menyukarkan untuk anda majukan perniagaan.

  5. Keunikan - Untuk memulakan sesuatu perniagaan, anda digalakkan untuk membuat sesuatu yang belum dibuat oleh org lain. Namun, jika tidak mahu mengambil risiko, anda perlu mempunyai keunikan tersendiri pada produk anda jika perniagaan yang hendak dijalankan telah banyak dimiliki oleh orang lain.

  6. Sokongan - Dapatkan sokongan daripada suami. anak-anak dan ahli keluarga yang lain.ini penting kerana tanpanya anda tentu tidak dapat menjalankan perniagaan dengan selesa.

  7. Displin - Bekerja di rumah memerlukan anda memiliki displin yang tinggi. Ini kerana, selain bekerja anda turut memainkan peranan dalam menguruskan rumahtangga, suami dan anak2. Jadi anda perlu bijak dalam membahagikan masa antara kerja dan keluarga.

  8. Ramah - Anda perlu menjadi seorang yang peramah jika mahu mendapatkan lebih ramai pelanggan. Untuk itu, anda perlu gunakan kebolehan diri untuk menarik perhatian mereka. Jika tidak tahu, anda perlu belajar teknik yang betul ataupun tingkatkan keyakinan diri untuk meyakinkan orang lain membeli produk anda.

  9. Azam dan ketabahan - Di peringkat awal perniagaan, kadangkala anda mungkin gagal mendapatkan pelanggan atau lebih teruk lagi, anda ditipu. Itu perkara biasa, janganlah anda terus patah semangat. Belajar dari kesilapan dan perbaiki diri.






Sumber : Artikel Untung rugi bekerja dari rumah PAMA Mei 2006
Gambar : kredit to google

Semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat memberikan anda sedikit info dan persediaan.. Anda juga boleh lawati web E-home Maker utuk mendapatkan maklumat lagi: www.ehomemakers.net/my

Wednesday, 10 February 2010

Perubahan Ruang Pejabatku(SOHO)


Rasa tak berapa sihat sikit hari ni...dah 3-4hari hujan..banyak baju-baju yang tak kering...maybe i need more rest..kurang tidur...oh ye lama dah kan Idah tak update about diet Idah bersama Usana...bukan nya apa..sbbnya Idah tak konsisten dalam berdiet...USANA pun jarang makan..so insya Allah mulai 4 Jan 2010 ni akan bermula Program diet Idah...Idah akan cuba displinkan diri..Moga2 azam tahun ni nak kurus tercapai...

Website pun lama tak berupdate...stok baru pun masih tak amik lagi...Insya Allah dalam minggu depan semuanya akan terurus insya Allah..kerja-kerja update akaun alhamdulillah sudah siap...
Mesti semangat!!SEMANGAT!..

Banyak yang nak diubahsuai terutama tempat bekerja..sekarang alahai kelam kabut rasanya..sebabnya SOHO Idah kekdng diganggu oleh puteri2...nak fokus kena tunggu tengah-tengah malam...



SOHO idah..yang agak serabut jugaklah...


Kalau boleh nak buat dekorasi ruang pejabat mcm kat bawah ni...Nampak lebih tersusun dan teratur...Pink lembut gitew..rasa semangat nak buat kerja dan fokus....bilalah agknya..insya Allah tanam azam lagi ni...(berapa byk azam daaaa.....:))



kredit to masayu.blogspot.com

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews