Thursday 19 January 2023

Air Tenaga? Performance Drink Shaklee Memang Sedap

 Alhamdulillah...
Semalam dah petik buah Limau Kasturi,
Hari ni Idah terus buat Performance Drink perisa Oren dengan perahan limau Kasturi,
MasyaAllah sedap! 
Rasa mcm air 100 plus oren,
Cuma versi yang lebih berkhasiat sebab tiada gula. 

Buah limau Kasturi tu banyak sungguh la airnya. Biji kurang. Tak masam sangat. Sedap buat jeruk asam boi ni. Ada yang cadangkan buat jus. 

Sahabat nak tengok buahnya boleh klik link dibawah ni ye :


Cara nak buat mudah sangat. Letak  3 sudu PD Oren dalam shaker hijau, air masak dalam 400ml dan shake2. Lepas tu taruk ais. Perah limau Kasturi. dah siappppp!


Ok sahabat, Idah nak share jugak lah manfaat PD ni. Jika sahabat berminat nak dapatkan stok PD, boleh terus whatsapp Idah ye : Nak tanya tentang PD Shaklee





Sahabat nak baca lebih banyak lagi boleh klik link Info tentang Performance Drink Shaklee Alhamdulillah dalam website Shaklee ni, ada banyak info yang sahabat boleh baca. Ada apa2 nak tanya sahabat boleh je whatsapp Idah ye. Insya ALLAH Idah sedia berkongsi pengalaman dan testimoni best PD ni. Minum time puasa mmg best, badan bertenaga dan kurang rasa haus. Elok sangat bagi anak2 minum. Mereka aktif, cergas dan insya ALLAH lebih fokus dalam kelas. 

Okay sahabat, terima kasih sudi singgah dan baca blog kami.

Idafizart
Sihat itu jihad. Berjiwa besar untuk terus beri manfaat kepada orang lain.
Nak dapatkan produk Shaklee, tekan je link ni : Nak Order Shaklee

#shaklee #performance drink #limaukasturi

Wednesday 18 January 2023

Aktiviti Bersama : Bersihkan Kawasan Rumah

Kisah pagi semalam, hari ni baru boleh upload dalam blog. 

Rumput dah potong ✅
Buah limau dah kutip ✅
Bersihkan kawasan rumah, menyapu sampah, bakar² , potong2 dahan pokok ✅

Rumput dah potong. Masya ALLAH sedapnya bau rumput ni..rasa segar...hahaha...sape suka bau rumput lepas di potong? kita geng! 

Limau Haji Doloh

Limau Kasturi (dan sebijik limau Hj Doloh)

Alhamdulillah. 

Mmg sedap bau² semua ni... 🤭

Minum air performance drink lemon sejuk² + letak perahan limau kasturi. Masya Allah sedapppp sangat sahabat. Payung jugaklah gambar sekeping. Buat jamu mata sahabat.



MasyaAllah sedap, segar! Nak try meh order PD Oren dengan Idah. Sahabat tuggu je kat rumah, adik Gdex datang hantar. Mudah kan?

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad 

Terima kasih singgah blog kami!
Idafizart
Sihat itu Jihad.

#idahsharing

Sunday 15 January 2023

Minggu Exam Ahmad dan Afiqah

 اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً


“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezki yang baik dan amalan yang diterima.”


Adik Hanani start exam minggu ni. Abg Chik sambung hari ni & esok. Semoga urusan anak² dipermudahkan & berjalan lancar InsyaAllah. Aamiin. 



#idahsharing #ahmadalfateh #afiqahhanani


Thursday 12 January 2023

ABG FATEH | Kisah Lucu Awal Tahun 2023

Kisah lucu bagi Idah. Haha. Belum apa² dah rasa nak gelak.

Cuti sekolah baru ni kami satu keluarga kurang sihat. Berfasa-fasa dan bersambung-sambung. Time ni rumah agak sunyi. Sebab yang selalu bising, buat banyak hal kurang sihat.
Lebih kurang 2 minggu jugaklah. Makanya set² ni pakat naik penimbang. Tiber jer jadi bff dengan penimbang. Boleh kata hari² timbang.
Adoila tak leh tahan gelak. 🤣


Abg Fateh,
Dia punya tahap tak sihat tu, sampai hilang selera makan. Bila naik je penimbang, dgn bangganya byk kilo hilang. Muka byk senyum.
Terus muka nampak kecik. Hilang pipi kembung. Perut nampak kempis. Hilang buncit. Si kakak duk puji, Abg Chik dah nampak makin slim.
Elok jer sihat dah buka sekolah. Dannnnn part selera makan dia juga bertambah sihat. Adoila lawak.

Dia naik penimbang, senyap je. Takde dah update dgn ummi setiap hari. Sebelum ni bangganya dia, hilang byk kilo.
Sekarang..... Penimbang bukan lagi best friend.
Setiap kali dia nak tambah makan, ummi akan cepat² cakap,
"Tu kejap lagi naik penimbang muka awak masam jer. Sudah ye. Kekgi nak sarung baju pengawas, seluar sekolah tak muat."
Di jawabnya, "Ummi tu bila nak kurus?"
Eh eh sesuka hati dia sound ummi. Tak bagi makan baru tahu. Dia tak nampak ke hari² ummi naik treadmill, buat IF. Dia yang nak sgt bff dengan penimbang sape yg suruh.
😆

Begitulah sahabat. Abg Fateh sekarang dah pandai nak nampak macho. Selalu cakap dia bukan anak kecik tapi dah besar. Tak boleh panggil dia kanak2.. cepat je dia jawab.
Along balik cuti raya ni mesti terkejut tgk adiknya dah bam bam balik. Pipi kembung kata Along. 🤭
Alah anak ummi kan...kembong² comey gitu.
Nanti ummi ajak dia buat IF sekali, makan Omega + Lecithin sekali. Ajak buat plank sekali. Lari² atas treadmill.
Fighting Abg Fateh! 💪

Baru ni ummi buat protein shake Matcha + pisang, dari gaya nak try minum tapi sebab ada pisang terus tak jadi. Adik duk puji sedap sedap.

Takpe2 lepas ni ummi blendkan ESP+buah² lain pulak. Nak dia minum sama. Biar kurang makan nasi. 🤭

Moga² stok ESP promo tu sampailah esok. Dua tong hy RM150 shj sahabat. Nak wat stok sampai Ramadan grab 3 tong terus. Harga RM250. Berbaloi.
Sahabat nak grab, boleh piyem Idah.
Boleh buat smoothie esp dragon fruit, smoothie 🍓, smoothie kurma, smoothie mangga, nanas dan byk lg...

Gambar Hiasan : Masa ni tahun 2015 kat Besut, Terengganu

2022 Abg Fateh & Adik Hanani 


#idahsharing #AhmadAlFateh #AfiqahHanani

Sunday 1 January 2023

Selamat Datang Tahun 2023


Tahun 2023 sudah menjelma... tahun ni juga kita sambutnya dengan pelbagai ketidaktentuan dari segi ekonomi, politik dan iklim dunia.

Syukur padaMu ya Allah..Diri ini masih bernafas untuk meneruskan perjalananku. Teruskan perjuangan dan sentiasa mencari redhamu...


Di sini saya nak berkongsi Pesanan Lukman Hakim...moga jadi renungan bersama.. 
Jika ada salah silap maafkan saya dan sila perbetulkan...:

Pesanan Luqman Hakim kepada anak2nya:

Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu:

1) apabila engkau sedg solat kepada Allah maka jagalah baik-baik fikiranmu.
2) apabila engkau berada dirumah org lain, maka peliharalalah pandanganmu.
3) apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
4) apabila engkau hadir di jamuan makan maka jagalah perangaimu.
5) Ingatlah kepada Allah.
6) lupakan baik budimu kepada org lain.
7) lupakan segala kesalahan org lain terhadap dirimu.
8) ingat kepada mati.