Sunday 1 January 2023

Selamat Datang Tahun 2023


Tahun 2023 sudah menjelma... tahun ni juga kita sambutnya dengan pelbagai ketidaktentuan dari segi ekonomi, politik dan iklim dunia.

Syukur padaMu ya Allah..Diri ini masih bernafas untuk meneruskan perjalananku. Teruskan perjuangan dan sentiasa mencari redhamu...


Di sini saya nak berkongsi Pesanan Lukman Hakim...moga jadi renungan bersama.. 
Jika ada salah silap maafkan saya dan sila perbetulkan...:

Pesanan Luqman Hakim kepada anak2nya:

Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu:

1) apabila engkau sedg solat kepada Allah maka jagalah baik-baik fikiranmu.
2) apabila engkau berada dirumah org lain, maka peliharalalah pandanganmu.
3) apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
4) apabila engkau hadir di jamuan makan maka jagalah perangaimu.
5) Ingatlah kepada Allah.
6) lupakan baik budimu kepada org lain.
7) lupakan segala kesalahan org lain terhadap dirimu.
8) ingat kepada mati.

No comments:

Post a Comment