Thursday, 19 August 2021

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Sayangku, Terima Kasih untuk Segalanya.

Bismillah,
Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin,
Allahumma Ya Syakur, Ya Wadud,
 
HAPPY ANNIVERSARY SYURGAKU
 
Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya ALLAH,
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melanjutkan lagi usia perkahwinan kami ini agar dapat menikmati kurniaan Mu dan menambahkan amal ibadat kami buat bekalan di sana nanti.
 
Ya ALLAH, kami mohon pada-Mu,
berkatilah perkahwinan kami,
kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah, nikmat kesihatan fizikal dan mental agar dapat kami menjalankan amal ibadat kami dengan sempurna.
 
Ya ALLAH, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan kami di akhirat.
Ya ALLAH lindungilah kami sekeluarga ini dari fitnah dunia dan bala bencana.
Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro,
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra,
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
 
Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu,
Jadikanlah kami pasangan suami & isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam beribadat. 
 
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu, 
 
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah, 
 
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.
Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai.
Jadikan mereka Ya Allah teladan yang baik bagi manusia.
 
Ya Allah,
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.
 
Ya Allah,
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah Ya Allah untuk takdir hari ini. 
 
Bersebab dia adalah suami ku. Bersebab juga berlaku segala kisah tahun2 yang berlalu.
Harini, hidup indah dengan segala nikmat serta rezeki melimpah ruah dari Mu.
Semoga aku tergolong di kalangan orang-orang yang bersyukur.
Aamiin Ya Rabbal'alamin
 
Happy Annivesary Suamiku En.Afiz & Isterimu Idah Arba'i.❤️💓💗
19/8/2006 - -19/8/2021
15 tahun melayari rumahtangga. Terima kasih Abang.
 
Nukilan hati Isterimu,
Idah Arba'i
Hamba Allah swt yang bersyukur memilikimu. 
 
Gambar : Throwback yang tahun lepas 21/8/2020. Tahun ni belum boleh lagi nak dating di kedai.
 






Kami, Pengedar Sah Shaklee Malaysia
No Id : 1127496 bersedia menjadi 'sponsor/penaja' sahabat.

Nak tahu lagi pasal membership Shaklee dan lain-lain info, mehhubungi Idah seperti di bawah, just klik ini insya Allah Idah sedia membantu 👉 https://linktr.ee/idafizart

---------------------

CikIdah @ Idafizart
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : Pengedar Vitamin Malaysia






No comments:

Post a Comment