Friday 5 March 2010

~Untung rugi bekerja dari rumah~

Apa kaba semua...Hari ni idah nak menulis tentang kerjaya idah...kiranya ada kait-mengait..selalunya idah bercerita tentang kehidupan harian,aktiviti idah...so sekarang untuk jadikan blog idah lebih bermanfaat so idah selitkan juga dengan artikel yang sesuai...semoga kita dapat berkongsi bersama... Artikel yang idah nak tulis ni idah perolehi daripada pembacaan Idah melalui Majalah PAMA edisi Mei2006..Idah suka baca majalah PAMA ni sebabnya ianya banyak info tentang keibubapaan dan anak-anak..Cukup berinformasi..Ok berbalik kepada tujuan asal idah nak berkongsi tips2 untuk bermula bagi yang sudah bersedia untuk bekerja dirumah...semoga info ini dapatkan dimanfaatkan bersama...:




Gambar hiasan: kredit to google



Tips untuk bermula

Sebelum memulakan perniagaan, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan. Antaranya:

  1. Niat - adalah faktor penting sebelum anda memulakan perniagaan. Semuanya perlu bermula dengan niat. Apabila niat sudah ditanam, anda perlu berusaha untuk merealisasikannya. Percayalah niat yang ikhlas pasti membuahkan hasil yang diimpikan.

  2. Minat - Ramai daripada anda bercadang untuk berniaga. Namun anda masih keliru untuk memilih perniagaan yang bakal dijalankan. Apa kata anda olah minat kepada perniagaan. Seronok bukan jika minat anda bertukar kepada wang. Untuk itu, anda perlu berfikiran kreatif agar minat yang tersemai selama ini dapat diubah ke dalam bentuk perniagaan.

  3. Perancangan Awal - Sebelum bercadang untuk berhenti kerja anda perlu membuat perancangan awal terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan anda menyesal sekiranya tidak berjaya menguruskan perniagaan akibat masalah-masalah yang tidak dijangka. Oleh yang demikian, anda perlu membuat simpanan khusus untuk dijadikan modal niaga. Buatlah perancangan yang teratur sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun sebelum berhenti kerja.

  4. Pelan bertulis - Dalam merancang, jangan lupa catatkan setiap idea yang timbul dalam bentuk tulisan. Ini perlu dilakukan kerana dikhuatiri anda tertinggal idea2 bernas dan menyukarkan untuk anda majukan perniagaan.

  5. Keunikan - Untuk memulakan sesuatu perniagaan, anda digalakkan untuk membuat sesuatu yang belum dibuat oleh org lain. Namun, jika tidak mahu mengambil risiko, anda perlu mempunyai keunikan tersendiri pada produk anda jika perniagaan yang hendak dijalankan telah banyak dimiliki oleh orang lain.

  6. Sokongan - Dapatkan sokongan daripada suami. anak-anak dan ahli keluarga yang lain.ini penting kerana tanpanya anda tentu tidak dapat menjalankan perniagaan dengan selesa.

  7. Displin - Bekerja di rumah memerlukan anda memiliki displin yang tinggi. Ini kerana, selain bekerja anda turut memainkan peranan dalam menguruskan rumahtangga, suami dan anak2. Jadi anda perlu bijak dalam membahagikan masa antara kerja dan keluarga.

  8. Ramah - Anda perlu menjadi seorang yang peramah jika mahu mendapatkan lebih ramai pelanggan. Untuk itu, anda perlu gunakan kebolehan diri untuk menarik perhatian mereka. Jika tidak tahu, anda perlu belajar teknik yang betul ataupun tingkatkan keyakinan diri untuk meyakinkan orang lain membeli produk anda.

  9. Azam dan ketabahan - Di peringkat awal perniagaan, kadangkala anda mungkin gagal mendapatkan pelanggan atau lebih teruk lagi, anda ditipu. Itu perkara biasa, janganlah anda terus patah semangat. Belajar dari kesilapan dan perbaiki diri.






Sumber : Artikel Untung rugi bekerja dari rumah PAMA Mei 2006
Gambar : kredit to google

Semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat memberikan anda sedikit info dan persediaan.. Anda juga boleh lawati web E-home Maker utuk mendapatkan maklumat lagi: www.ehomemakers.net/my