Tuesday 20 October 2009

Selamat Hai Lahir Kandaku...




Hari ini merupakan hari kelahiran suamiku yang tercinta...Alhamdulillah genaplah 29tahun umur abang sekarang...Ucapan daripada sayang untuk Abang:

"Kaulah segalanya untukku...
Kaulah curahan hati ini..
Tak mungkin kumelupakanmu...
Tiada lagi yang kuharap hanya kau seorang..."


  • Selamat Hari Lahir

  • Semoga Abang panjang umur,murah rezeki dan mendapat keberkatan dalam rumahtangga kita

  • I LOVE YOU so much...

  • Ucapan khas dari sayang dan puteri-puteri Abah..


Erm..sambutan sekadar biasa-biasa sahaja...tak pernah buat majlis besar-besaran...Sayang lebih suka akan privacy...Terima Kasih Abang...


Ini Gambar kek hadiah daripada sayang untuk Abang:



ini gambar gelap sikit...masa ni kat dapur..hihi..



Hah...yang ini paling istimewa tau..sbbnya "Kek Batik" ni Sayang buat khas untuk
Abang....



gambar kredit to google.


Apa yang sayang harapkan dan doakan semoga ikatan perhubungan kita semakin erat hendaknya...Perkahwinan merupakan sebuah ikatan yang paling suci...semoga Allah memberkatinya...amin...

Sunday 18 October 2009

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

  1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
  2. Bersabar apabila mendapat kesulitan;
  3. Tawakal apabila membuat perancangan;
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
  5. Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan;
  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
  7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
  8. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;
  9. Jangan hasad dan iri hati di atas kejayaan orang;
  10. Jangan sombong kalau memperolehi kejayaan;
  11. Jangan tamak kepada harta;
  12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
  13. Jangan hancur kerana kezaliman;
  14. Jangan goyah kerana fitnah;
  15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
  16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
  17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
  18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
  19. Jangan sakiti anak yatim;
  20. Jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar;
  21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
  22. Perbanyakkan berkunjung ke rumah Allah (masjid);
  23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu';
  24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
  25. Biasakan solat malam;
  26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;
  27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
  28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
  29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
  30. Jangan marah berlebih-lebihan;
  31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
  32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
  33. Berlatihlah mengawal fikiran;
  34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila tidak dapat dipenuhi kerana sesuatu sebab ;
  35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
  36. Jangan percaya ramalan manusia;
  37. Jangan terlalu takut miskin;
  38. Hormatilah setiap orang;
  39. Jangan terlalu takut kepada manusia;
  40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
  41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
  42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
  43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
  44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
  45. Perbanyakkan silaturrahim;
  46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
  47. Bicaralah secukupnya;
  48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
  49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
  50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
  51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
  52. Sediakan waktu untuk bersama dengan keluarga;
  53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
  54. Hormatilah guru dan ulama;
  55. Sering berselawat ke atas nabi;
  56. Cintai keluarga Nabi saw;
  57. Jangan terlalu banyak berhutang;
  58. Jangan terlalu mudah berjanji;
  59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah sementara;
  60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengucapkan ungkapan yang tidak berguna;
  61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
  62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
  63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
  64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
  65. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
  66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
  67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
  68. Berlatih untuk berterus-terang dalam menentukan sesuatu pilihan
  69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
  70. Jangan melukai hati orang lain;
  71. Jangan membiasakan berkata dusta;
  72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
  73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
  74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
  75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
  76. Jangan membuka aib orang lain;
  77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita;
  78. Ambilah pengajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
  79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
  80. Jangan bersedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
  81. Jadilah manusia yang selalu berbakti kepada agama, bangsa dan negara;
  82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
  83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
  84. Berkatalah yang baik-baik atau jangan berkata apa-apa;
  85. Hargai pemberian orang;
  86. Jangan habiskan waktu untuk hiburan dan kesenangan;
  87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
  88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan batas-batas agama dan keadaan diri kita;
  89. Jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu;
  90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
  91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
  92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
  93. Jangan cepat percaya kepada berita buruk berkaitan dengan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
  94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
  95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (muhrim) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
  96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
  97. Waspadalah akan setiap ujian, dugaan dan cabaran.
  98. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
  99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
  100. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;