Friday, 1 January 2010

~Welcome 2010~




Tahun 2010 sudah menjelma..tahun ni juga kita sambutnya dengan kehadiran gerhana bulan.Syukur padaMu ya Allah..Diri ini masih bernafas untuk meneruskan perjalananku. Teruskan perjuangan dan sentiasa mencari redhamu...

Di sini saya nak berkongsi Pesanan Lukman Hakim...moga jadi renungan bersama..Jika ada salah silap maafkan saya dan sila perbetulkan...:

Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya:

Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu:

1) apabila engkau sedg solat kepada Allah maka jagalah baik-baik fikiranmu.
2) apabila engkau berada dirumah org lain, maka peliharalalah pandanganmu.
3) apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
4) apabila engkau hadir di jamuan makan maka jagalah perangaimu.
5) Ingatlah kepada Allah.
6) lupakan baik budimu kepada org lain.
7) lupakan segala kesalahan org lain terhadap dirimu.
8) ingat kepada mati.

Thursday, 31 December 2009

~Detik akhir 2009....~



Foto: kredit to google (sekadar gambar hiasan)


Minggu-minggu akhir 2009 ni, ada banyak tempahan customer yang perlu idah dipos...so mcm biasa kerja bungkus-membungkus pun berjalan..sbbnya selalu en.kanda yang akan buat kerja2 penghantaran ni..so idah perlu siapkan semuanya...mmg penat sebab kena tunggu puteri2 idah beradu dahulu...so waktunya dalam jam 11.00 pm ke atas...namun alhamdulillah walupun kurang tidur,kurang rehat namun berbaloi-baloi..nama pun kerja sendiri..sendiri bos sendiri kuli...inilah kerjayaku...

Syukur alhamdulillah sudah 3thn idah memegang title " WAHM" atau kata lain " Graduate Housewife"...namun ianya memerlukan komitmen yang tinggi untuk idah menjadi WAHM..dengan rumahtangga dan kerjaya sendiri...kekdng byk juga kerja2 terbengkalai...yang bestnya tiada due date..tak perlu dgn bebelan org jika kerja tak siap...waktu dapat diuruskan insya Allah dgn fleksibel...masa rehat yang tidak ditetapkan...ada masa cuti..so idah amat2 suka dengan situasi sekarang walaupun kekdng rasa bosan dan boring....dan kekdng timbul hasrat nak kerja makan gaji..huhuhu...

Tahun 2009 semakin hampir penamatnya...Tahun baru masihi akan menjelma...seperti biasa dah jd tradisi kita nak smbt tahun baru dgn pelbagai gaya...tanam azam baru..agenda baru..matlamat baru..pendek kata nak baru belaka...

Azam idah sudah idah catatkan sewaktu tahun baru hijrah yang lalu (18/12/09)...utk tahun masihi ni sekadar ucapan shjlah..hihi...semoga akan perolehi yang lebih baik dr sebelumnya...

Bg peniaga seperti idah ni...hujung2 tahun banyak benda nak kena settle...

  1. close akaun...ni nak kena kira untung rugi..jualan tahunan..kunci kira2..dan tutup..

  2. update stok yang masih berbaki

  3. business planning perlu dirangka

  4. target dan strategi marketing

  5. check akaun domain/hosting dan mcm2 lagi...
Untuk penutup tirai 2009..saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata hikmah ini:


PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews