Saturday 3 June 2023

Multivitamin Shaklee Berwajah Baru


Tahukah sahabat, multivitamin Shaklee merupakan multivitamin mineral yang pertama dicipta di dunia. Pada tahun 1915, Dr Forest Shaklee telah mencipta mutivitamin antara yang pertama di Amerika Syarikat. Hasil inovasi lebih daripada 100 tahun ini telah membawa kepada formulasi Vita-Lize.

1. Sejarah Awal Multivitamin Shaklee

Dahulu dikenali dengan nama Vitalize-Mineral dan istilah vitamin yang digunakan sehingga kini adalah berasal daripada nama asalnya yang telah diringkaskan. Lagi menarik kan sahabat ketika itu usia Dr Forest Shaklee baru berusia 21 tahun. Hebat kan? Muda-muda lagi dah melakar sejarah dunia dalam bidang kesihatan. Sungguh tak sangka, Shaklee merupakan perintis kepada perkataan vitamin yang digunakan secara global. Satu kebanggaan menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee. 

Kisah ini disiarkan oleh Majalah iSihat edisi Febuari 2013.

Sahabat nak tahu lagi, peningkatan teknologi telah mengubah bentuk multivitamin ini dari cecair kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea Iron Formula. Ia dihasilkan dengan kaedah teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab" dan merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. 

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea Iron Formula telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multivitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.


2. Tak Kenal Maka Tak Cinta

Idah bermula dengan Shaklee pada April 2014 dan masa itulah Idah kenal dengan multivitamin ShakleeSetiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran. 12 vitamin dan 7 mineral sepert saranan RDA. Formula Vita-lea sangat komprehensif dan seimbang. 2 tablet Vita-lea bersamaan 40 jenis lauk. 

Amacam sahabat? Banyak kan 40 jenis lauk tu untuk cukupkan keperluan multivitamin dan multimineral dalam badan kita. Jadi pentingnya kita top-up suplemen multivitamin dalam diet harian kita. 

Multivitamin pertama Idah consume ketika hamil anak yang ke 4

Untuk orang yang ada masalah tekanan darah rendah macam Idah ni , memang Idah tak tinggal langsung multivitamin. Kalau sebelum ni hidung Idah senang berdarah , senang rasa nak pitam, mudah diserang migraine, badan kurang bertenaga, alahan yang teruk setiap kali hamil dan luaran nampak seperti orang selalu sakit, Alhamdulillah sejak amalkan vitamin-vitamin Shaklee, semua masalah tersebut berjaya diatasi. Syukur Alhamdulillah. 

Masalah jika badan kekurang vitamin dan mineral

Alhamdulillah baru-baru ini, pihak syarikat mengumumkan wajah baharu multivitamin Shaklee. Dari namanya Vita-Lea Iron Plus, kini dikenali dengan nama Vita-Lize. Lebih mudah disebut dan diingat. Formula baru Vita-lize lebih tertumpu terhadap apa yang badan kita lebih perlukan. Terdapat tambahan dalam jumlah kandungan Vitamin D , Folic Acid dan juga Vitamin K1 berbanding dengan Vitalea formula lama. 


Berbanding dengan multivitamin jenama lain di pasaran, Vita-Lize ini sangat istimewa kerana:

  1. Mengandungi 25 jenis multivitamin dan mineral penting untuk tubuh.
  2. Disokong oleh Kajian Klinikal (Kajian Landmark) yang hanya dijalankan oleh syarikat Shaklee.
  3. Sistem Penghantaran Salutan Mikro Berpaten yang direka untuk memastikan penyerapan asid folik oleh tubuh badan dengan lebih berkesan.
Apakah fungsi vitamin K sebenarnya?
Vitamin K adalah nutrien yang penting yang diperlukan oleh proses biologi dalam badan. 
1. Membantu proses pembekuan darah , tugas utama Vitamin K adalah membantu untuk pembekuan darah
2. Vitamin K juga penting dalam kesihatan tulang kerana ia membantu penciptaan protein yang dikenali sebagai osteocalcin yang penting dalam mineral tulang.
3.Vitamin K membantu memberi manfaat terhadap kesihatan kardiovakular dimana yang melibatkan klasifikasi arteri.
4.  Vitamin K dipercayai boleh mengekalkan fungsi otak dan mempertahankan diri daripada penurunan kognitif yang berkaitan dengan usia.
5.Vitamin K mempunyai kesan anti-radang yang boleh melawan keradangan dalam badan.


3. Manfaat Multivitamin Shaklee Vita-Lize


Faedah Vita-Lize boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama: kesihatan dan kesejahteraan umum, pencegahan penyakit dan peningkatan prestasi:

1. Kesihatan dan Kesejahteraan Am

Vita-Lize membekalkan vitamin dan mineral penting untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan. Vitamin dan mineral penting seperti Vitamin A, D, C, E, B6, dan B12 menyokong sistem imun, kesihatan jantung, kesihatan tulang, penghasilan tenaga dan fungsi kognitif. Selain itu, suplemen itu menyediakan nutrien penting yang mungkin kurang dalam diet ramai individu, termasuk selenium, magnesium, dan zink.

2. Pencegahan penyakit

Vita-Lize mengandungi beberapa khasiat yang terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit kronik. Sebagai contoh, Vitamin D dan kalsium telah ditunjukkan untuk mengurangkan risiko osteoporosis dan patah tulang. Vitamin E, zink, dan selenium telah terbukti mempunyai sifat antioksidan, yang boleh membantu mencegah penyakit jantung, kanser, dan penurunan kognitif.

3. Meningkatkan Tenaga

Suplemen dengan Vita-Lize boleh meningkatkan tenaga dan mengurangkan risiko kekurangan nutrien pada semua. Suplemen ini mengandungi vitamin dan mineral penting yang penting untuk pengeluaran tenaga, fungsi otot, dan pemulihan. Selain itu, beberapa nutrien seperti Vitamin C dan E telah ditunjukkan dapat mengurangkan kesakitan otot, keradangan dan tekanan oksidatif, yang boleh meningkatkan pemulihan dan prestasi senaman bagi orang yang aktif.


Dengan hasil kajian rakyat Malaysia yang kurang pengambilan makanan yang bernutrisi, kurang vitamin dan mineral, menjadi inisiatif para saintis Shaklee untuk menghasilkan Vita-Lize yang akan memenuhi segala jurang nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. 

Sebelum ni Vitalea Iron ada 28 jenis minerals dan vitamin. Kini dalam Vita-Lize dikurangkan menjadi 25 jenis vitamin dan mineral sahaja di mana hanya mikrovitamin yang betul-betul penting diperlukan oleh badan kita. 

Setiap hari kita cuma perlu ambil 2 biji selepas makan. Dan setiap 2 biji tersebut kita akan dapat 600 mcg folic acid dan vitamin B. 

Lebih banyak manfaat berbanding Vita-Lea Iron Plus sebelum ni. Mudah untuk ibu ibu hamil yang mempunyai masalah anemia untuk consume Vita-Lize sepenuhnya tidak perlu tambahan supplemen iron yang lain. 

Wajah Baru Multivitamin Shaklee

Eksklusifnya hanya dalam multivitamin Shaklee adanya teknologi Sistem Penghantaran Salutan Mikro berpaten yang direka khas untuk memastikan penyerapan Folic Acid lebih optimum

Kalau nak tahu Folic Acid adalah antara vitamin yang mudah rosak dan tak mudah untuk badan dapat sepenuhnya nutrien jadi sebab itu Shaklee hasilkan teknologi khusus untuk memastikan folic acid yang badan kita terima adalah yang terbaik sepenuhnya. 

Masya Allah, best kan sahabat?

Shaklee setiap kali ada produk baru yang akan masuk dalam pasaran pasti kelas info produk akan diadakan dan di sampaikan sendiri oleh Pegawai Pemakanan Shaklee yang bertauliah. Dan hasil daripada kesedaran tentang ilmu nutrisi ni, Idah yakin 100% betapa pentingnya berikan juga kepada anak-anak. 

Kenapa? 
Sebab anak-anak tak mampu nak mengambil semua ini dalam diet harian mereka.
👉Zat Besi = 1 cawan kubis Brussels
👉Vitamin C = 2 biji oren saiz sederhana
👉Vitamin D = 5 cawan susu
👉Vitamin E = 31 biji kacang badam dipanggang
👉Vitamin A = 10 cawan brokoli
👉Tiamin = 2 cawan bijirin 
👉Biotin = 3 biji telur
👉Asid Pantotenik = 17 cawan cendawan
👉Kromium = 200 gelas anggur
👉Magnesium = 1.5 hidangan kekacang campuran
Mereka memang selected terutama part sayur! 

Setiap kali ada sayur memang mereka akan asingkan siap-siap kat tepi pinggan. Bila disuruhnya makan, macam-macam alasan mereka cipta, paling kelakar jawapan mereka kerana warna sayur tersebut. Hahaha. Andai anak-anak sahabat dan keluarga seperti anak-anak Idah, nampaknya sahabat memang perlu membeli multivitamin Shaklee ini. 

Kita bersama-sama rapatkan jurang nutrisi tersebut dan tingkatkan lagi kesihatan tubuh badan diri dan keluarga. 

Hidup muda lebih lama, kekal muda dan jelita.
4. Kelebihan mengambil Vita-Lize setiap hari,
  1. Mengisi lompong nutrisi dalam badan
  2. Memberi tenaga extra
  3. Mengurangkan tekanan dan kebimbangan
  4. Menambah mood baik

Pengambilan Vita-lize sehari 2 biji bersamaan seperti sahabat makan 1 cawan kubis, 31 biji kacang badam dipanggang, 10 cawan brokoli, 2 biji oren saiz sederhana, 2 cawan bijirin penuh, 5 cawan susu, 3 biji telur, 200 gelas anggur, 1.5 hidangan kekacang campuran dan 17 cawan cendawan. 

Lebih mudah kan kita telan je Vita-Lize ni? Ada jalan pintas, jom kita buat pilihan yang lebih bijak. Alhamdulillah Vita-Lize sudah available di website. 

Oh ye sebelum terlupa, Shaklee juga sudah menyediakan multivtamin khas untuk kanak-kanak. Formulasi dihasilkan sesuai untuk kana-kanak, lebih mudah ditelan dan mesra tekak anak-anak. 

Vita-Lea for Children akan bantu beri perlindungan imunisasi pada anak anda, menyokong penghasilan tenaga untuk anak anda kekal aktif , tulang dan gigi jadi lebih kuat serta otak dan penglihatan juga jadi lebih sihat bila cukup vitamins dalam badan. 

Multivitamin khas untuk kanak-kanak

Boleh hubungi Idah untuk cuba dan dapatkan konsultasi percuma. Insya Allah Idah akan bantu sahabat yang berminat nak dapatkan multivitamin Shaklee. 

Bagus ke suplemen Shaklee ni? Idah yakin semakin sahabat kenal dengan suplemen Shaklee, pastinya akan terus setia mengamalkannya. Ketahui 7 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia


Jom hubungi Idah sekarang!


---------------------

CikIdah @ Idafizart
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : Pengedar Vitamin Malaysia

No comments:

Post a Comment