Saturday 1 January 2022

Selamat Tahun Baru 2022

 


Assalamualaikum sahabat Blog AFIZART,

Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah tahun baru 2022. Semakin pantas masa berlalu. Dari hari ke minggu ke bulan ke tahun, sekejap jer. Semoga kita semakin memanfaatkan waktu yang sedia ada ini untuk terus melakukan kebaikan dan menyampaikan kebenaran.

APA AZAM TAHUN 2022?

Alhamdulillah, kami masih meneruskan lagi azam-azam tahun sebelumnya. Apa yang kurang kami perlu usaha untuk pertingkatkan lagi dan yang sukses insya ALLAH kami terus kekalkan serta upgrade agar lebih baik. 2022, lebih banyak mengajak kepada kebaikan, umur makin meningkat, amal mesti ditingkat, sakaratulmaut semakin mendekat. #dakwahitucinta .

AZAM DALAM BISNES

Dalam dunia bisnes pulak, Idah memilih untuk lebih fokus kepada bisnes Shaklee. InsyaAllah FOKUS kali ni lebih kepada kebangkitan setelah mengalami pelbagai cabaran dan ujian. Tekad buat sungguh-sungguh walaupun jelas apa yang bakal dilalui dan ditempuhi. Pengalaman banyak mengajar Idah. Struggle pada bisnes yang lebih berbaloi.

Kenapa SHAKLEE?
 
1. Idah dah merasai manfaatnya sejak mengamalkan produk² Shaklee, jadi kali ni Idah nak bantu lebih ramai sahabat berusaha untuk memiliki gaya hidup yang lebih baik dan kehidupan yang baik. 
 
2. Ingin menyebarkan kebaikan manfaat produk Shaklee agar lebih ramai dapat manfaatnya.
 
3 Tawaran yang Shaklee jelas dan banyak proven LIVING PROOF. Cash Bonus Shaklee itu benar, Car Bonus Shaklee itu benar dan insya ALLAH boleh capai capai impian-impian kita.
 
4. Paling penting ingin menjalani hari² tua dengan sihat walafiat. 
 
5. Saham akhirat 
 
Jadi sahabat, mohon doa daripada sahabat blogger semua agar mendoakan kejayaan Idah dan suami ye. Doa Idah buat sahabat-sahabat, semoga apa jua yang sahabat impikan akan tercapai. Aamiin.
""Tanamlah KEBAIKAN di Dunia, sebagai BEKALAN di Akhirat"

Sihat itu JIHAD!
- Idah Afizart -
Shaklee Bisnes Leader 

NAK JOIN VITAMIN SHAKLEE? Klik pada gambar.