Saturday 13 July 2019

Perkampungan FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya.


Pintu Gerbang Perkampungan FELDA Kerteh 6

SEJARAH KAMPUNG

Kampung FELDA Kerteh 6 terletak dalam kawasan Ketengah Jaya. Jalan masuk ke Kampung FELDA kerteh 6 ialah bertentangan dengan bangunan Koperasi FELDA Kerteh 6 dan berdekatan Dewan Orang Ramai. Sekarang kampung ini mempunyai penduduk seramai 820 orang dari 208 keluarga dengan bilangan rumah sebanyak 176 buah.
Pada awal tahun 1980 seramai 99 keluarga peneroka telah memasuki FELDA Kerteh 6. Pada awalnya penduduk ini telah ditempatkan di FELDA Kerteh 1, Ketengah Jaya kerana kemudahan asas seperti rumah belum dapat disiapkan lagi. Pentadbiran FELDA dan KETENGAH telah berjaya mengurus sebaik mungkin kawasan perkampungan sehingga mendapat kemudahan asas seperti air dan elektrrik.
Setelah lebih 38 tahun perkampungan ini dibina, pada hari ini sebahagian besar kemudahan asas telah diperolehi. Hari ini Kampung FELDA Kerteh 6 telah berubah wajah dengan rumah-rumah Peneroka tersergam indah dan mempunyai kenderaan selesa disamping ramai anak-anak Peneroka telah berjaya menjawat pelbagai jawatan disektor kerajaan dan swasta.

Maklumat Tambahan:
Terdapat tiga Kampung dalam FELDA Kerteh 6. Maklumat diatas adalah untuk sebuah Kampung sahaja iaitu Kg FELDA Kerteh 6. Dua kampung lagi ialah Kg. Baru FELDA Kerteh 6 dan Kg. Semai Bakti FELDA Kerteh 6. 
 
Penafian:
            Maklumat diatas dikemaskini sehingga Bulan Mei 2019.
 
 

Sunday 25 February 2018

Throwback - Mula Sesi Persekolahan 2018


Alhamdulillah syukur selesai urusan anak-anak sekolah hari ni. Seperti tahun lepas, pembukaan sekolah dengan musim tengkujuh, harung air bah lagi tahun ni.

Syukur tahun ni tak lagi berpayungkan air hujan yang mencurah-curah seperti tahun lepas. ALLAH berikan rezeki yang lebih baik tahun lepas dan semoga tahun ni lebih lebih baik lagi.

Ada budak excited bebenor nak sekolah. Siap awal pagi lagi, menggesa Abahnya untuk ke sekolah. Alhamdulillah. Mudah sangat tahun ni daftar anak-anak tahun sebab adik sangat independent.

Tahun lepas seminggu ummi terpaksa ikut sekali Abam join dalam kelas. Macam macam ragam si Abam Fateh buat.

Lega sangat ummi.

Kakak & Kak Ngah pun tahun baju berubah color dan excited nya lebih juga.

Alhamdulillah.

Catatan sesi persekolahan 1 Jan 2018.

-ZA-

Thursday 4 January 2018

Kek Minyak Oren Style Klasik Kesukaan Ummi


Catatan Ummi 3/1/18,

Alhamdulillah. Tahun ni permulaan ummi tanpa anak-anak di sisi. Semua dah masuk alam persekolahan.

Rasa sunyi sebab dah xde teman pot pet pot pet, teman tengok tanyalah ustaz, teman tengok kartun, teman main ketuk2 kuali pinggan mangkuk, teman pergi pejabat pos dan teman tidur waktu tengahari.

Hah rasakan lah ummi oii, nak sangat ME TIME kan? Huhuhu. Apa pun Ummi bersyukur sebab anak-anak suka pergi sekolah.Bangun pagi pun mudah. Tak perlu nak susah payah kejut bagai. Walaupun kakak2 amik masa juga nak bangun berbanding adik2.

Oklah sebab ummi dapat ME TIME, maka nya azam ummi tahun 2018 ni nak asah skill memasak.
Nak rajin masak-masak. #sayamasak bakal beraksi. Maka nya hari ni berlaku satu kejadian. Ummi "membaking cake". Gigih google resepi. Syukur alhamdulillah Allah bagi rasanya sedap..gebu..semangat ummi nak buat lagu nanti. Senang je.

Alhamdulillah.

Teratak Ummi, 

~Idah Afizart~
Sihat itu Jihad