Sunday 15 January 2017

PROMOSI AWAL TAHUN MAAJUN ANGGUN BISTARI MAB

PENGUMUMAN PENTING!

Julung -julung kalinya HQ mengadakan PROMOSI AWAL TAHUN MAB DI SELURUH NEGARA. Anda boleh dapatkan PEK SEANGGUN BIDADARI DENGAN HARGA JIMAT.

PROMO INI BERLANGSUNG DARI 15/1/2017 SEHINGGA 15/2/2017 SAHAJA. BERMINAT NAK ORDER BOLEH KLIK TERUS PADA GAMBAR DI BAWAH ATAU DIRECT :

WHATSAPP / SMS : CIKIDAH 013.909.7825


Jom rebut peluang superrr JIMAT!!!
  • JIMAT HARGA
  • JIMAT KOS POS
  • DAPAT FREE GIFT
wowwww..mablesss :)

Untuk order sebarang promosi atau stok Maajun Anggun Bistari boleh Klik link ni di bawah ye : 
 

Wednesday 11 January 2017

Selamat Datang 2017, Apa Azam Baru Sahabat?

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah azam baru, semangat baru Insya ALLAH Idah akan lebih aktif menulis di blog. Mohon doa dari semua ye. Dah 11 hari berlalu untuk tahun 2017 dalam bulan Januari, syukur alhamdulillah suka Idah kongsikan salah satu azam dan impian Idah pada tahun 2015 kini tercapai.

 

 


Kegembiraan tu Idah kembalikan kepada ALLAH yang MAHA MEMBERI, rasa macam mimpi pun ada tau. Dan rasa tak sangka pun iye. hihihi agaknya apa lah tu kan?

Inilah sahabat. Tahun ke 10 Idah berbisnes online akhirnya dapat jua Idah miliki kereta baru. 9/1/2017 dengan rasminya Proton Saga VVT warna putih Idah miliki. Cumanya plat kereta idaman tak dapat nak miliki. Beli ikut no plate family dan amik plat Pahang. Tanah kelahiran Idah. 


Kereta ni sepenuhnya Idah beli dengan berbisnes online. Idah jual Maajun Anggun Bistari. 9 tahun dah Idah amal dan 10 tahun berbisnes. Syukur alhamdulillah. 


So apa azam sahabat-sahabat Idah pulak ye?

Idah insya ALLAH tahun ni bila ditanya azam dalam bisnes, Idah letak target besar untuk jualan #MaajunAnggunBistari. Semoga empayar AFIZART GROUP terus berkembang pesat dan ada Master Dealer dan Dealer2 aktif di setiap negeri seluruh Malaysia. Idah juga nak kembangkan sayap mana tau sahabat dari Brunei ke, Singapura ke atau Indonesia berminat nak jadi Pengedar MAB di sana.

Semoga ALLAH makbulkan. aamiiin.

Jumpa lagi nanti...

12 Rabiul Akhir 1438H
~Ummu Hanani Al Fateh~
Stokis MAB S00019

Monday 28 November 2016

Testimoni Pengguna #MAB - Kisah 22/11/2016

Alhamdulillah testimoni dari pengguna MAB ..

... dan meh baca apa yang dia suggest kat ibu ibu yang bersalin secara cser.

Syukur kepada Allah

Allah Maha Penyembuh





#idahanggun
#masterstokismab
#emanetwork

Sunday 27 November 2016

Keputusan Exam Akhir Tahun 2016

Alhamdulillah hari ni kakak balik sekolah dengan wajah yang ceria.
Keputusan exam akhir tahun dah keluar.

"Ummi...kakak dapat no 3".

Prestasi sedikit merosot dari exam pertengahan tahun. Apa yang buat ummi rasa hepi dah takde airmata yang menangis dan redhanya si kakak terima keputusan tu. 😊

Al kisahnya minggu lps dia kakak dapat result BI nyer "C", dia menangis dan keruh wajahnya hingga beberapa hari. Ummi dah brainwash cukup cukup dan berikan semangat baru.
Alhamdulillah hari ni rasa lega bila kakak cakap,
" Ummi...insya Allah tahun depan akk nak lebih usaha, belajar rajin dan yang penting Solat dan Doa akk nk tmbh lagi. Ummi doakan tau."

Itulah dia Afifah Hanani bt Afizullah always tau apa yang dia dan impikan.
Namun result math nyer still yg tertinggi dan result Sekolah Agama sangat baik.

Bacaan Al Quran pun dah semakin lancar.
Tahun depan ummi boleh train untuk sesi hafazan pulak. Insya Allah 😊




#idahanggun

Sunday 25 October 2015

Berbakti Pada Tanah ... org kata, saya kata "Kahwinkan pokok dengan tanah"

Semalam saya ada beli 4 pohon anak pokok, 1 lagi tak tahu la dipanggil anak pokok ke tak.

Senarai pokok seperti kat bawah:
1. Kelapa Matag
2. Durian Belanda
3. Mangga Epal
4. Durian Mas Muar
dan ...
5. Pudina

Semua empat anak2 pokok tu dah selamat dikahwinkan dengan tanah dengan maskahwinnya
kalimah Bismillahirrahmaanirrahim.

Gambar akan menyusul kemudian, sebab tak sempat nok upload dalam laptop....
InsyaAllah dalam masa 3-6 tahun dari sekarang dapat la merasa buah-buahan tersebut...

Wednesday 5 August 2015

Sambal Tumis Tempoyak Ikan Bilis Dari Dapur Ummi

 Alhamdulillah, Idah ni asalnya orang Pahang. Lahir di Raub. :) So tempoyak dengan Idah ni memang sejak dari kecil lagi tau Idah dah makan. Tengok mak buat tempoyak macamane.

1/8/2015 hari tu Idah upload gambar sambal tumis tempoyak ni ramai pulak yang minta resepi. Idah masak ni main campak2 jer. Namun demi memenuhi permintaan kawan2 FB, maka Idah upload dalam blog ye.

Lagi mudah kawan2 nak rujuk.  Tadaaa ini lah rupanya sambal yang idah buat. Ok untuk resepi kawan-kawan baca di bawah ye. InsyaALLAH mudah dan pastinya sedap. 



 Resepi Ummi yang simple but osem tau :-

Bahan-bahan :

  1. Ikan bilis (ini suka hati koranglah..suka banyak letaklah banyak)
  2. Cili Padi - 10biji atau lebih ikut suka
  3. Bawang Merah Kecil - 2 biji
  4. Bawang Putih - 3 biji (ni pun ikut selera ye)
  5. Bawang Merah Besar - 1 biji (potong bulat)
  6. Tempoyak - 3 sudu besar (jika suka lebih pun tak pe)
  7. Garam secukupnya
  8. Perasa - 1 sudu kecil
  9. Minyak masak

Cara- Cara memasaknya..simple je :-

1. Tumbuk semua bahan 1 - 4 sehingga betul2 lumat.
2. Kemudian masuk tempoyak dan tumbuk sekali untuk bagi sekata semua bahan.
3. Panaskan minyak masak dan sedia untuk tumiskan semua bahan yang sudah di tumbuk tadi.
4. Bila sambal sudah separuh masak, Masukkan bawang merah besar yang telah di potong bulat tadi. Masukkn garam dan perasa juga ye.
5. Siap! Tak lama pun masak sambal ni..dalam 10minit je macam tu. Pastikan lada betul2 masak ok. Baru sedap.

Itu je kot...Maaf la bab nak menulis resepi dan cara masak ni Idah perlu banyak belajar lagi ni.
Selamat Mencuba semua. Oooppsss... jangan lupa tau lepas makan elok sangat ambil OMEGA GUARD dan Herbalex. Bantu bakar balik kalori dan juga untuk detox usus. Kasi clean & clear balik.


Untuk Order Vitamin Shaklee,
Klik link ni ye : Order Shaklee