Wednesday 9 July 2014
Set Berpuasa Shaklee Untuk Anak-anak
Alhamdulillah dah 11 Ramadan hari ni..Macamana pencapaian anak-anak kita berpuasa? Syukur alhamdulillah Hanani2 Idah kedua2nya berpuasa penuh..walaupun kekadang setiap jam tanya :
"ummi...lambat lagi ke.."
"ummi.. skng dah petang ke.."
"ummi...hauslah..."
Layan aje kerenah diorang berdua...lepas tu setiap hari dah siap2 bagi kat ummi menu apa yang mereka nak makan time berbuka..Alhamdulillah ok juga tu..tak lah ummi pening kepala fikir nak buat juadah apalah time berbuka..kihkih..
Dah besar rupanya Hanani2 ni..
Itulah dia kawan, teman, kekdng jadi teman gaduh..
Ummi pun kekdng jadi mcm tarzan, singa, rimau..hahaha...semua ada..
Namun itulah kemeriahan bila ada anak2 ni..
Masa rehat ummi kekdng boleh kata mmg xcukup..
tido pun kekdng tu dapat 5minit terlelap tanpa gangguan..saat itulah paling best utk rehatkan diri dan minda...hihi..
Ramadan kali ni Idah dalam pantang, alhamdulillah namun berkesempatan untuk berpuasa..Syukur alhamdulillah. Tapi hari ni dah genap 44hari..yeayyyy bestnya..kihkih. So far puasa kali ni idah rasa segar+bertenaga+ cergas..kenyang pun lebih lama..kalau tidak.. dalam pukul 2 petang tu dah lembik..
Hah...nak tau idah amik apa? hihi
Idah amik suplimen Shaklee untuk set berpuasa...Alhamdulillah..
Best sangat2 terutama amik ESP+KURMA+MEALSHAKE..
rasa dah lah sedap..kenyang..plus bertenaga..
Kawan2 nak cuba?
Boleh contact Idah ye.. Jika rasa tak bertenaga , penat, letih, ye lah terutama bagi yang bekerja lepas tu nak uruskan rumahtangga lagi.. huhu mmg faham sangat..double trouble tenaga diperlukan..
So idah cadangkan try set berpuasa shaklee ni..
Insya ALLAH dengan izin NYA...kita dapat khasiatnya..
Ada pilihan bajet untuk anda semua..
Nak less??
Hah cepat2 contact idah tau..
Sedap+lazat+segar+bertenaga+kenyang lebih lama..
BONUS :- insya ALLAH boleh kurus dan dapatkan berat idaman anda..
Salam Sayang,
Dari Meja SOHO Idah
11 Ramadan 1435H
Wednesday 2 July 2014
Alhamdulillah Akhirnya Rank Up 1st Level Rank dalam Shaklee...Supervisor Jun 2014
Alhamdulillah sujud syukurku kepada ALLAH, apa yang berlaku insya ALLAH
sudah tertulis. Allah tak pernah sia-siakan doa hambanya. Allah
beri,beri,beri apa yang diminta oleh hambaNYA..sesuai dengan keadaan
seseorang hambaNYA.
Kisah kejayaan Idah naik rank SUPERVISOR JUN dalam biz Shaklee perlu
dicatakan. Untuk tatapan anak-anak team AFG. Semoga menjadi pendorong
semangat buat semua.
Bulan Jun merupakan bulan 3 Idah join biz Shaklee. Memang sangat
mencabar kerana Idah masih dalam berpantang, baru dalam beberapa hari.
Alhamdulillah semangat nak SUPERVISOR memang besar. Idah cabar diri
Idah. Tiada alasan lagi, aku harus redah kasi pecah, bukan senang nak
senang ianya perlukan komitmen yang tinggi dik nun...hihi
Bayangkan dalam pantang, kita fokus buat sesuatu yang kita nak capai.
Seolah2 mcm kita paksa diri kan. Namun bagi Idah ianya bukanya satu
paksaan. Ini CABARAN! Minggu 1 dan 2 Jun, Idah tak bangkit lagi sebab
time tu luka belum betul2 sembuh, nak duduk pun sakit. Idah buat santai2
aje. Namun dalam hati dan setiap hari mesti Idah sebut..
AKU SUPERVISOR JUN
AKU SUPERVISOR JUN
Best dan syoknya Idah ada kawan seperjuangan yang sama2 bina impian nak
naik SUP ni. Kak Ira namanya..Seorang yang sangat2 agresif, tidak kenal
erti kalah, sentiasa bermotivasi..Ayat2 dia ada aura seorang leader yang
bagus. Idah follow dia. Kami sama2 berjuang.hihi..dah nama nya satu
team kan..
Mommy idah memang always beri support, tunjuk cara apa nak buat. Kata2 semangat setiap hari dia lontarkan..
Wajarnya bulan Mei tu idah harusnya ambil peluang naik SUP, namun time
nak bersalin dan closing hampir2 sahaja. So Idah forward impian Idah ke
bulan Jun. Bonus bulan Mei (bulan kedua join shaklee) alhamdulillah 3
angka. Bulan 1st pun idah dapat 3 angka..Alhamdulillah syukur sbb ALLAH
berikan anak2 yang superaktif nak BERJAYA dan KAYA Dunia Akhirat.
Nak ke nak tak?
Duduk rumah jaga anak kerja suri rumahtangga boleh jana income begitu..
Ada ke orang nak bagi duit kat kita duduk2 sahaja..
kecuali suami lah kan..hihi
ok sambung semula..hihi..seronok sgt actually..itu yang panjang aje Idah menulis.
Idea tengah mencurah-curah kan..So apalagi tulis..tulis..tulis.. typing error tu check kemudian..kihkih..
Oh ye..selepas tu masuk Minggu 3 June. Idah da mula rasa sihat sikit,
dah boleh duduk mengadap laptop.selalunya Idah guna tab 7.0 idah
je..Namun tak syok juga..kena juga guna lappyku ini..Oh my
samsung..sayang kamu..hadiah birthday dari suami tersayang..sayang kamu
Abang..I love you lah..forever tau..hihi
uik..sila jangan muntah hijau bila baca..
Hah time ni Idah bangkit.. kejutkan anak2 Idah..sebab anak2 umminya
kurang aktif anak2 mcm terlena sebentar..namun bukan begitu tau..dalam
SHAKLEE team kami ada support group..Upline akan sentiasa pantau
dowmline bawah.
Time ni lah idah bangkit buat marketing kat FB sahaja. Lagipun dah dekat nak puasa kan. So produk yang paling hot time tu dan sekarang ni SET 3 MIGHTY GEM. Selit satu gambar nye..ni ye.
Sekian itulah kisahnya..semoga menjadi inspirasi buat semua. Nak join jadi ahli Team AIS MAGIC amat dialu-alukan. Idah akan bimbing anda sehingga anda berjaya. Kita buat berjemaah, insya ALLAH lebih kukuh network kita.
Nanti idah sambung pulak..macamane Idah terjebak dengan bisnes SHAKLEE ni
mcmane Idah boleh jatuh cinta dengan Shaklee ok.
Allhamdulillah.
Boleh klik link ni ye : https://linktr.ee/idafizart
Friday 30 May 2014
Alhamdulillah, Ahli Baru Keluarga Kami.. Afiqah Hanani Binti Afizullah
Semoga membesar menjadi anak solehah penyejuk mata Abah dan Ummi :)
Friday 10 January 2014
Ibu Kaulah Ratu Hatiku, Sesuatu Yang Terindah
Kisah hari ni :-
Terharunya sebab dapat hadiah dr Hananiku...
Setibanya waktu untuk menjemput Hananiku yang sulung dari sekolah... Sampai2 je terus meluru :-
Kakak: ummi...ummi... kakak ada belikan hadiah utk ummi... kakak guna duit belanja yang Abah bagi tadi..Maaf ye ummi, kakak takde duit nak simpan dlm tabung hari ni...
ummi : tergamam seketika... (ok kak..kita balik dulu ye..hari nak hujan dah ni..sian kat adik..kang demam..)
Kakak : ok ummi...( muka berseri2...)
Ummi pun bawa motor mcm biasa...tapi dalam kepala ni penuh dengan tanda tanya... Sampai je rumah turun dari motor...
Kakak : ni hah....hadiah utk ummi...maaf ye ummi..setiap kali hari ibu kakak xpernah bg ummi hadiah...ni kakak beli kat kedai sek(koperasi)...
Ummi: ........(senyum..) dalam hati kata...terharunya aku... tapi still tergamam...mcm surprise gitu..
Alhamdulillah...cantik buku ni..ok ummi terima..nnt ummi boleh catat order... terima kasih kakak... hbs lah duit kakak td ye? RM1...
Kakak: a'ah ummi...tak leh simpan dah dlm tabung....xpelah ummi..kakak nak sgt bg ummi hadiah...
huwaaaaaaaaa terharunya hati keibuanku ini..... terima kasih kakak....
p/s: huhuhu sungguh tak kuduga apa yang berlaku pd hari ni..patutlah masa ummi sampai tadi kakak dah siap2 tunggu kat pondok.. kalau tak mesti xde..sbb sibuk gi beli sesuatu... ada je dia bawa balik utk adik2nya..belon lah..gula2 lah...
hari ni xde...rupanya hr ni dia beli sesuatu utk umminye... 1st time dpt hadiah dr hanani buat jiwaku rasa begitu tersentuh... Setiap hari kakak dapat RM2, tapi Abahnya dah pesan awal2 mesti ada duit lebih supaya boleh simpan dalam tabung. Mmg dia igt, cuma hari ni Abahnya bagi RM1 je.. Buku harga RM1..so mmg tak de baki...
sesungguhnya hatiku masih lagi tersentuh....
Aduhai anak2ku...
Afifah Hanani,
Aisyah Hanani,
Ahmad Al Fateh...
Ummi sentiasa doakan kalian menjd anak yang SOLEH,PINTAR, CEMERLANG dunia akhirat..
Ummi sayang kamu kerana ALLAH..
Amanah Allah dan Anugerah ALLAH yang tidak ternilai buat ummi dan abah...
huhuhu....tiba2 air mata mengalir pulak...
inilah hadiah dr hananiku...
Buku nota kecil...
Sunday 5 August 2012
Sampul Duit Raya
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah,
Setelah 5tahun menceburkan diri dalam dunia bisnes alam maya, tahun ni 2012 mencatat sejarah(cewah..hihi) pertama kalinya ,Idah dan sahabat(rakan kongsi) menempah SAMPUL DUIT RAYA. Syukur alhamdulillah semoga hasilnya juga memberangsangkan.
Simple designnya namun Masya ALLAH hasilnya bila lihat sendiri, mmg cantik dan cute. Memang kena dengan tema Hari Raya...(^____^). Sebenarnya Idah tak plan pun nak buat semua tu, namun bila fikir2 semula dah tiba masanya cuba keluar dari kepompong online. Nak cuba pasaran dalam dunia offline pulak..
Jom tgk hasilnya SAMPUL DUIT RAYA yang mana designnya dicari oleh partner Idah sendiri. Amacam cun tak?
Monday 30 July 2012
"Imam Muda Ahmad Al Fateh...rindu Abahnya"
Salam Ramadan Al Mubarak buat semua kawan2 blogging.....
Lama sungguh Idah meninggalkan dunia penulisan blog. Bukan tidak mahu meneruskan cacatan di sini, cuma mood nak menulis tu belum tiba. hihihi..biasalah kan bukan minat sangat bidang penulisan ni... alhamdulillah tiba-tiba malam ni rasa mood nak menulis semula datang...hihi...Maybe keboringan melayari "MUKABUKU" hari-hari..
Lagi satu sebab,errrmmm En.Kanda tak dok. Sunyilah pulak rumah ni walaupun anak2 ada.hehe..Ok stop citer pasal rindu-rinduan ni kang tak tidur pulak ambe. Actually nak cerita pasal Mujahid Idah yang baru berusia 3 bulan..Idah baru mendapatkan cahaya mata pada 14/4/2012. Alhamdulillah kali ni bersyukur ke hadrat Ilahi doa dimakbulkan.
Idah dikurniakan anak lelaki yang ke-3 ni. Kegembiraan buat Idah sekeluarga. Insya ALLAH bakal IMAM MUDA.
Sunday 4 December 2011
Cuti Hujung Minggu Bersama Keluarga, Mesra Mall Kerteh
Assalamualaikum dan selamat bersua kembali ye,
Alhamdulillah sekarang amik masa sikit nak menulis. Jumaat Sabtu kat sini merupakan hujung minggu sebab duk di Negeri Terengganu. Maka nya setiap hari Jumaat atau Sabtu, idah dan keluarga akan jalan2 cari makan ke, jalan2 kat pantai ataupun akan balik kampung ziarah Mak dan Ayah. Jumaat baru-baru ni Idah sekeluarga keluar jalan-jalan ke Mesra Mall Kerteh, yang mana merupakan pasaraya yang besar di kawasan idah ni.
Ada TMC (dulu Giant tapi dah tukar nama). Kebetulan pada hari yang sama, ada PC FAIR sedang berlangsung. Ya ALLAH ramainya umat manusia yang ke sana. Sesak dengan orang ramai. Rasa pening+loya pun iye jugak. Hanani-hanani pun tak reti duk diam.
Bawalah kemana-mana pun mcm itulah ragamnya. Naik pening+keletihan umminya melayan. Abahnya seperti biasa kalau dah jumpa gadget2 yang berkaitan dengan dunia siber ni, memang melekatlah. Sambil jalan2 tgk apa yang ada kat PC Fair tu, hah..jeng..jeng...
^______^ En.Kanda beli lappy baru...weee bestnya. Al- maklumlah lappy yg ada kat rumah sekarang ni nampaknya sudah mula menunjukkan tanda-tanda sudah uzur. Perlu masuk workshop, lagipun lappy tu pun lebih kepada untuk kerja-kerja dakwah. Sungguh tak sangka, lappy itu untuk Idah....Wah berbunga2 hati tapi maintain aje muka sbb tak mahu tunjuk sangat kegembiraan tu..(cewah..poyo ajekan...kang En.Kanda baca blog, dia tau jugak...).
Idah ni amik aje jurusan Sains Komputer, tapi tak lah mahir mana bab2 komputer hardware mahupun software..tahu guna aje...:( tak bagus kan??? Hah, jangan tipah tertipu udeh ler ye... lappy idah idak lah serupa yang ini. Yang ni sekadar gambar hiasan aje yang idah copy from Pak Google...Jangan marah ye...Bukan xmahu bagitau jenama apa..tapi better biarlah rahsia kan..kan...kan...Ermmm cantik juga color purple ni kan?
Dah puas pusing2 dalam tu, perut pun dah mula berkeroncong lapar...Hanani2 pun dah mula buat perangai, bila letih mmg mcm2 masalah mereka buat. Pilih punya pilih Idah pun terpilihlah Pizza Hut...Huwaaaaaaaaaaaaaa rasa bengang pun ada, dah tak tau nak explain mcmane perasaan tuh. Nak tahu kenapa? Time tu memang ramailah pelanggan. Tapi tidak ketahuan lah pulak kena tggu hampir sejam baru leh makan. Kalaulah dari awal2 pekerja tu bagitahu kena tunggu 1jam, mmg idah tak masuk dah. Baik makan kat tempat lain.
Itulah al kisahnya...nak citer panjang2 pun malas. Sempat juga cari barang mainan untuk Hanani, set peralatan yang boleh main kat pasir. Lepas maghrib bertolak balik rumah...Nanti sambung cerita hari Sabtu pulak ye.. mata dah mula mengantok.Idea nak menulis pun dah layu...
Bersambung.....
Ummi Hanani Teratak 23 8 Muharram 1433