Saturday 14 May 2011

Selamat Hari Lahir Sayangku Afifah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, hari ni genaplah 4tahun umur Hanani idah yang sulung. Dilahirkan pada 14 Mei 2007, merupakan kelahiran sulung yang amat dinantikan oleh pihak keluarga mertuaku.Kelahiran puteriku ini merupakan kelahiran cucu sulung dalam keluarga En.Kandaku.Alhamdulillah Idah bersalin normal tepat Jam 5.35pagi yang disambut dengan azan Subuh.Syukur padaMU Ya ALLAH memudahkan kelahiran puteriku. Berat sekitar 2.8kg yang Ummi Abah berikan Nama AFIFAH HANANI.

Sepanjang mengandungkan cahaya mataku ini,alhamdulilah tak banyak ragam atau keinginan mengidamku terhadap apa2pun...Jikalau teringin sekalipun tidak lah sampai menangis nak juga. Idah juga selalu baca surah Yusuf (nak dapat anak yg cantik+soleh), surah lukman dan surah maryam.Banyak kisah sepanjang kehamilanku waktu ini. Tapi tak mahu cerita banyak.Insya ALLAH lain kali ye.

Sambutan majlis kecil-kecilan insya ALLAH selepas Abahnya pulang dari outstation. Tahun ni birthday kakak jatuh time Abah kena gi outstation.Maaf ye sayang...Perbualan Ummi+Kakak:-

Ummi :- Kakak....Selamat hari lahir sayang...Dah genap 4thn umur akk..Alhamdulillah..
Hananiku :- iye ke ummi? hr ni bufday kakak? ermmmm...kakak nak hadiah boleh ummi?
Ummi:- nak adiah apa?
Hananiku:- jap..jap...kakak nk tgk dalam beg sekolah kakak jap...
Ummi:- ...blurrrrrrr....apa agknya yg ada dlm beg anakku ni
Hananiku:- hah! ini ummi(sambil tunjuk color magic warna merah)..kakak nak kek warna merah ye ummi...
Ummi:- **sambil gelak kecil**...ooo ini..igtkan apa lah..ok boleh tunggu Abah balik dulu ye..
Hananiku:- nnt ummi bgtaulah abah ye..kakak malu lah nak bgtau bufday akk..
Ummi:- **senyum**
Wah sekarang dah pandai minta itu ini..Nampaknya Abahnya balik nnt kena jgklah sambut..Anak2 kita aje.hihi..Ada sedikit bingkisan:-

Koleksi video Afifah Hanani sejak dari lahir hinggalah kini…Ummi doakan semoga Hanani Ummi akan menjadi seorang srikandi yang terbilang, muslimah dan wanita yang solehah…Doa ummi sentiasa mengiringi setiap langkahmu wahai permatahatiku…Ummi sayang hanani ummi….
















Salam Sayang,
Ummihanani -> teratak 23

Wah...seronoknya

Bismillahirrahmanirrahim.

Entry ni patutnya lama dah dikeluarkan tapi biasalah suka peram sampai jadi mcm ikan pekasam..Cerita lama baru dikeluarkan..oklah tu kan..leh share2..Masa cuti hari Pekerja 1Mei yang lalu, En.Kanda ajak balik kampung melawat mak2 sedaranya di Kuala Terengganu..Sudah lama tak ziarah mereka...Kiranya macam kamching(rapat), so melawat tu satu kewajipan.Cewah.Apa2 pun time tu lah "Mrs. S" datang menyerang.huhuhu..mmg kalau dah kena serangan Mrs.S mood terus down.So ubatnya selalunya Idah akan tidur. Tapiiiiiiiiiiiiiii.....so bergegaslah kemas2 barang dan bertolak.

Nak dipendekkan cerita, on the way balik tu En.Kanda ajak singgah satu tempat yang sangat2 best.Hilang sedikit rasa sakit tu..Hihih dan part paling best dapat jenjalan naik bot...Jom layan gambar2 di bawah ye.(ni kes malas nak berceloteh panjang2)..Layanzzzzzzzzzzz:-

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang sejarah BUKIT BESI, sila KLIK DISINI YE!




















Salam Sayang,
Ummi Hanani,
http://kedainiaga.net
http://butikhanani.blogspot.com




Salam Sayang,
Ummihanani -> teratak 23

Tuesday 8 March 2011

SIKAP penentu segala oleh Irfan Khairi

Tip pilihan: SIKAP penentu segala Oleh: Irfan Khairi 

 Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude.

 
attitude1.jpg

Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.

Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.

Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.

Idafizart