Saturday 3 July 2010

Pertemuan itu suatu yang indah....

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua...

Begitu bersemangat Idah hari ni...Alhamdulillah...Kerja-kerja tertangguh untuk mengemas ruang tamu, ruang makan, ruang solat dan mainan anak2 berjalan lancar...Kebetulan pulak en.kanda cuti..so dapatlah membantu idah...Penat namun ianya berbaloi sbb dapat lihat ruangan yang semak tu kelihatan kemas...alhamdulillah...Oh ye actually entry hari ni idah kongsi cerita tentang hari semalam...

Petang Jumaat semalam 02/07/10, hujan turun dengan kadar yang tak berapa lebat..ihik...so sudah berjanji dengan seorg sahabat online nak bertandang rumahnya hari sabtu...namun atas sebab2 tertentu idah bagitahunya nak dtg jumaat...Alhamdulillah dipermudahkan urusannya...Nama sahabat idah ni Siti Maisarah bt Hj Saifuddin @ Ummu Habib. Idah kenal Sarah ni melalui FB pada asalnya...Kemudian pertemuan pertama kami di Pusat membeli belah di Kerteh MESRAMALL...syukur alhamdulillah...


pic: kredit from her blog http://habibtajuddin.blogspot.com

Idah suka sesgt dapat bertemu lagi seorg kawan yang duduk di kawasan berhampiran dengan idah...Bukan apa idah tak de kawan kat sini..al maklumlah org luar kan...Walaupun duduk di kawasan felda rumah dekat, namun kebanyakkan jiran semuanya sudah golongan senja..percakapan mereka juga kekdng sukar untuk idah fahami...(idah org pahang...bila duk terengganu ni..mcm2 loghat dengar..) kdg2 faham kdg2 tak..:)

So itu agak membataskan pergaulan idah dengan jiran-jiran...lagi pulak hidup idah selepas kawin ni lebih banyak berada di dalam rumah daripada dunia luar...Oleh sebab itu, bila jumpa kawan blogger yang duk berhampiran dan boleh kata umurnya tak jauh beza..lagi pulak pergaulan dunia maya telah mendekatan jarak yang jauh menjadi dekat, rasa lebih mesra...Sebab itu bila jumpa dengan Sarah ni membuatkan Idah suka sangat...Sikapnya yang peramah, mesra itu membuatkan idah rasa selesa sesangat berkawan dengannya...

Jadinya semalam pertemuan terjalin dirumahnya..Maka nya en.kanda pun dapat berkenalan sekali dengan suami sarah...Alhamdulillah kemesraan dan ukhwah itu dapat dilihat...Yang bestnya kan...dalam nak jumpa tu mcm biasalah kan...kebanyakkan blogger ni suri rumah mereka ni ada bisnes sekali...Begitu juga dengan Sarah ni...Rupanya suami mmg org bisnes..igtkan sarah sahaja...itu lagi satu yg membuatkan idah rasa serasi...

Sebelum nak cerita pasal bisnes Sarah, sehari sebelum tu (dalam Rabu atau Khamis)...En.Kanda baru pulang dari kurusunya...Tiba2 en.kanda bercerita pasal isteri kawannya ada bisnes dan web sendiri jual CD...Idah tidak terkejut sbbnya mmg dah lama idah dengar pasal CD ni..en.kanda berminat...So susulan dari situlah idah suggestkan utk dapatkan daripada Sarah...(Sarah nnt leh bg diskaun kat k.zu ni ye...pomote..) ihik:) Sbb tu tujuan nak datang nak tgk produk CD - Lampin Moden...Di samping Sarah pulak nak tgk stok Jubah dan Abaya..Molek sangatlah tu...

Terima kasih buat Sarah sekeluarga...Buat Habib yang comel dan cute aje tgk dia pakai CD...Idah pun beli lah 1 set utk percubaan pada Aisyah nnt...Inilah rupanya CD tu..(org dah lama guna..ida baru nak cuba...ihik..takpelah..moga2 dapat jimatkan duit pampers..) Bila tgk CD ni..rupanya seperti lampin mak2 dulu gunakan..cuma dimodenkan aje skng...


CD utk Aisyah... walaupun coraknya lebih sesuai utk boy..erm..idah tak kisah sgt..ihik sbb pakai kat dalam kan...

Buat Sarah...Akk ucapkan terima kasih sekali lagi ye...Akk doakan semoga ukhwah yang terjalin antara kita berpanjangan hendaknya...aminnn....

Terima Kasih K.Chik...

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah cuti-cuti hujung minggu bersama keluarga..




Idah nak amik kesempatan ni untuk ucapkan kepada sahabat blogger iaitu K.CHIK ...award utk follower blognya...cantik sangat..terima kasih k.chik..Mula1 idah kenal k.chik ni actually melalui blognya http://kelatemaghi.blogspot.com/
Penulisannya dalam blog tersebut fully in english...idah bangga dgn k.chik...Susulan drpd itu barulah idah kenal blog keluargakusayang...hah kat sini idah lebih mengenali peribadi k.chik dgn penulisannya...Alhamdulillah...

K.chik juga seorg usahawan wanita yang berjaya tau...seorg yang berkerjaya dan sekarang sedang mengendalikan bisnes ABAYA...so kepada sesiapa yang berada di Kelantan berminat nak tgk live koleksi ABAYA dari Timur Tengah bolehlah kunjungi blog kak chik ni.:- http://abayaelegan.blogspot.com/

Ok sekian dulu ye...

Friday 2 July 2010

Suatu Perjalanan....

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.



SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab:- 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

Yang Lebih..Yang Kurang

" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


Engkau yang terbaik Untukku...

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."


Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi...Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..



min Kedainiaga