Wednesday 30 June 2010

Semuanya cantik, menawan hatiku...Stylish&Elegant

Assalamualaikum semua blogger2....nampaknya malam ni mood menulis idah mencapai 200%..:) so selagi mood menulis masih ada..idah nak kongsikan sedikit apa yang idah surfing hari ni...seperti yang telah sedia maklum sekarang ni idah memang suka mengumpul, mengkaji, surfing pakaian muslimah yang dinamakan ABAYA...

Dalam surfing-surfing tu tentang dunia fesyen Abaya ni... ada beberapa design Abaya yang menjadi piihan idah..pada idah ianya sangat cantik...Berikut antara koleksi terpilih yang idah amik daripada satu website ni :- kredit to Lebaas- Modesty Redefind



1. Ni design Swarovski Abaya Dubai - ada batu2 kat abaya ni



2. Ni new design Ballon Sleeves Jilbab


2. Design Butterfly Abaya - utk lebih dekat leh klik sini



4. Silk Garden-Emerald Green.- utk lebih jelas klik sini

Cantik2 kan...actually banyak lagi design yang cantik2..tapi harganya boleh tahan juga...tak pelah ini sekadar perkongsian idah kepada peminat2 abaya...mana tahu ada designer2 atau tukang2 jahit yang leh jahitkan abaya mcm style di atas...sesungguhnya semuan boleh berlaku...

oklah dah lewat..idah pun nak mengundurkan diri..mahu beradu...apa=apa pun semoga anda suka baca entry idah ni..komen sgt2 diperlukan...yang baik amat2 dialu-alukan...

Apa yang penting?....KERJASAMA

Dah mcm tema cerita kartun "WONDERPETS" pulak...tak kisahlah apa pun tajuk kan..:)

Alhamdulillah hari ni kesihatan idah pulih sepenuhnya....syukur pada Mu Ya Allah....hari ni juga merupakan hari kedua En.Kanda berkursus...Maka nya en.kanda tidak pulang ke rumah hari ni...esok insya Allah baru pulang....jadi kangan sama en.kanda...:)

Ada mood nak menulis hari ni....1st idah nak cerita pasal aktiviti idah pagi tadi...kesihatan pun ok jadinya pagi tadi ambil kesempatan bersihkan kawasan di luar rumah...semak mata memandang dengan sampah daun2 kering berguguran di kawasan laman rumah dan belakang...dah mcm gambar kat bawah ni...kalau betul mcm kat bawah ni..cantik juga..ni tak alahai....


pic: kredit to google ok!

Aktiviti bergotong royong bersama dengan ayah mertua...Alhamdulillah sayang sangat dengan ayah mertua...mmg dah anggap mcm ayah kandung...banyak membantu dan ringan tulang...sentiasa kaya dengan kata-kata yang berunsur motivasi dan nasihat( ni idah ambil sebagai kata-kata positif..ihik..:))...seperti pagi tadi...sebelum ayah pergi kerja...dia tgk idah dalam keadaan tak berapa sihat...membersihkan kawasan rumah..ayah turut membantu melayan cucu-cucunya dahulu....lepas idah siap menyapu dan kumpul2 sampah..ayah akan bakar...angkat kayu2 utk dibakar...idah masih lagi kurang sihat kat bahagian perut ni..tak tahu nape...nak gi klinik...adus mmg malas rasanya....terima kasih kat ayah...sayang kat ayah mertuaku...

Namun ada juga yang menyedihkan berlaku hari ni...masih dalam mood bergotong royong dengan ayah..tengok pokok-pokok buah-buahn dah berbuah...ada tu diambang nak masak dah..maybe 2 weeks masaklah rambutan kat belakang rumah tu...manggis pun berbuah...alhamdulillah...yang sedihnya kali ni....ayah cek kat bahagian setor rupanya besi2 kerja2 ayah telah dicuri....nampak ayah macam cool aje..namun idah tahu ayah marah dan sedih...idah betul-betul rasa benci dengan pencuri tersebut..dahlah menyusahkan orang lain...perbuatan tu keji...beberapa bulan lepas baja yang dicurinya..habis licin...30 bag...

Sekarang ni masalah gejala sosial dikalangan masyarakat dan anak muda felda semakin menjadi-jadi...Walaupun duduk rumah sendiri still rasa macam tak selamat aje...mana tak nya..walaupun siang2 hari pintu, mesti sentiasa berkunci hatta nak keluar sekejap aje...kalau dah begitu anda rasa bagaimana? tak selamat kan...kalau nurse datang rumah buat check up selalu pesan pintu mesti kunci walaupun siang2 hari..lebih2 lagi kalau tinggal sorang dan anak2 kecik..byk sgt dah kes pecah masuk, rompak, bunuh berlaku di kawasan felda ni...( dah membebel benda lain lak...ihik:)


Alhamdulillah pagi tadi juga ada gotong royong sesama tetangga...aktiviti mengecat tayar2, menanam bunga...amalan begini mmg selalu ada kat kawasan felda ni...agak2 dalam jam 9.30pg alhamdulillah semuanya selesai...

Penat dan peluh membasahi tubuh...rasa segar tubuh...bagus sebenarnya selalu buat kerja2 luar rumah ni...jadi satu senaman....minda pun tenang...otak pun rasa lapang aje... ye lah hari-hari mengadap pc aje...lenguh anggota badan ni kan...

Apabila urusan luar sudah selesai...idah kembali bekerja di dalam rumah semula...rutin harian sebagai seorg suri rumahtangga, ibu, anak dan bekerja sendiri (SOHO @ WAHM). Macam biasa cek email utk pastikan order pelanggan diproses, cek stok, hantar stok pd supplier, kemaskini akaun(sbb dah hujung bulan...30/6/2010), kemaskini blog, kedai kat forum, website, FB dan mcm2 tempat lagi....Sesungguhnya Idah rasa sungguh letih....rasa nak jadi mcm baby kat bawah ni..tidurnya sungguh2 melenakan..bagaikan tiada apa yang difikirkan....


pic: kredit to google

Ingat lagi pesan mak...."kalau dah kawin..ada anak...hah masa tu nanti taulah mcmane mak dulu..." betullah kata mak...kekdng tak de masa utk urus diri sendiri...huhuhu....kekdng juga rasa mahu menangis( mmg menangis pun kalau dah penat sgt...terutama kalau anak2 buat mcm2 hal..) pernah cakap kat en.kanda...rasa nak gi bercuti tanpa gangguan...huhu..time tu sebab dah rasa penat sgt dgn kerenah anak2....tak baik kan?

Ya Allah ampukanlah dosaku...
Kanda ampunkan adinda ye...
Hanani Ummi maafkan ummi ye...

Tuesday 29 June 2010

Sakit Urat2...Sejuk dan cirit birit...

Assaamualaikum semua....

Hari ni dah dua hari idah rasa tak enak badan...punca drpd semalam...maybe keracunan makan tidak dapat dikenal pasti..sbb tak gi klinik...bila2 difikir2 semula rasanya puncanya sbb idah try makan ulam petai...sudah sedari dulu dah tau penyakit ni..tiba-tiba semalam terasa nak cuba-cuba makan...ada pulak gulai tempoyak...hah lepas aje makan...tiba-tiba badan jadi seram sejuk..perut memulas-mulas...sakitnya teramat sangat...berlarutan daripada itu terus rasa macam nak demam, sejuk, sakit-sakit urat...sehinggalah hari ini...



Hari ni en.kanda attend kursus selama 3hari...ikut perancangannya maybe akan menetap di tempat kursus selama 3hari...harap2 kesihatan idah akan pulih sekadar segeranya...sbbnya tak de org kat rumah..ada dua org puteri yang masih kecil dan perlukan perhatian...Ini idah petik daripada kata2 seorg kawan Nurhuda Cahaya Petunjuk

~Ujian datang daripada Allah S.W.T sebagai tanda sayangnya Allah kepada hambaNYA. Adakah kita kuat dalam menempuh ujian itu. Allhu Akbar..Allah menguji saya lagi dengan demam, sakit2 badan dan sakit perut. Sabar itu indah, ujian itu tarbiyah~


Semoga kesihatan idah akan segera sembuh hendaknya...Terima kasih buat hanani ummi...yang amat memahami akan ketidaksihatan umminya...rajin memicit2 tubuh ummi...syukur padaMu ya Allah atas anugerah ini....

Renungan buatmu ....Insan bernama suami

Sebagai pengajaran ringkas buat para suami. Antara Kesalahan Lelaki (Suami):-

1. Lalai Berbakti kepada orang tua setelah menikah

2. Kurang serius dalam mengharmonisasikan antara isteri dan org tua

3. Ragu dan buruk sangka kepada isteri

4. Kurang memiliki sikap cemburu terhadap isteri

5. Meremehkan kedudukan isteri

6. Melepaskan kendali kepemimpinan & menyerahkannya kepada isteri

7. Memakan Harta isteri secara batil

8. Kurang semangat dalam mengajari isteri ajaran-ajaran agamanya

9. Bersikap pelit terhadap isteri

10. Datang secara tiba-tiba setelah lama pergi

11. Banyak mencela dan mengkritik isteri

12. Kurang berterima kasih dan memotivasi isteri

13. Banyak bersengketa dengan isteri

14. Lama memutus hubungan & meninggalkan isteri tanpa sebab yg jelas

15. Sering berada di luar rumah & jarang meluangkan masa dengan keluarga

16. Interaksi yang buruk dengan isteri

17. Tidak menganggap penting berdandan untuk isteri

18. Kurang perhatian terhadap Doa yang dituntut ketika menggauli isteri

19. Kurang memperhatikan Etika, Hikmah dan Hukum hubungan badan

20. Menyebarkan rahsia ranjang

21. Tidak mengetahui kondisi biologis perempuan

22. Menggauli isteri ketika haid

23. Menggauli isteri pada duburnya

24. Memukul isteri tanpa alasan

25. Kesalahan tujuan poligami

26. Tidak bersikap Adil antara beberapa isteri

27. Terburu-buru dalam urusan Talak

28. Tidak mahu mentalak, padahal sudah tidak mungkin ada perbaikan & keserasian

29. Mencela isteri setelah berpisah dengannya

30. Menelantarkan anak-anak setelah mentalak isteri

31. Kurang setia terhadap isteri

32. Kurang puas dan selalu melirik perempuan lain

sumber artikel drpd sini : Ust.Zaharuddin.Net

Monday 28 June 2010

Mangkuk yang cantik,Madu dan sehelai rambut..

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Sunday 27 June 2010

Cerita 2....aktiviti masak memasak...

Sambungan entry td...

Kali ni aktiviti idah hari Sabtu pulak...Bangun awal pagi tu otak dan minda idah telah memikirkan menu utk hari ni..ihik:) (tetiba rasa nak menulis tentang dunia masakan lak..) So idah pun merealisasikanlah rasa keinginan nak makan ketpat nasi+kuah kacang....mcm hari raya lak...ye lah menu utama utk juadah raya jarang dijumpai kalau bukan bulan perayaan.

Semua bahan2 cukup ut dimasak...so sebelum bermula...mcm biasa telefon mak dulu...hahahahahaha...sejak dari kawin sampailah dah ada anak 2...apa2 rasa nak masak sesuatu yang agak special mestu telefon mak dulu....ty resepinya...

Masuk dapur lebih awal sikit...semangat nak makan ketupat lah katakan...ihik:..
tadaaaaaaaaaaaaaaaa....inilah hasilnya...maaf ye resepi rasa malas nak tepek..so masukkn gambarnya aje..



bawah ni gambar close up bagi menu2 di atas :-


ayam masak merah buat en.kanda...



ketupat yang dipotong kecil2...memudahkan utk makan...nyum..nyumm..



kuah kacang versi idah kitchen...ihihi...rasanya manis sedikit sbb en.kanda suka manis...


Cerita 1....Kisahnya bermula

Assalamualaikum semua...
Lama juga rasanya tak berupdate blog ni...Seperti biasa idah tak de idea nak mengarang...almaklumlah bab2 penulisan idah mmg agk kurang sikit...sejak dr bangku sekolah lagi..so kalau nak minta buat karangan ni alahai mmglah agak lambat sikit...namun jika buat point2 penting mmg idah suka...ihik...cerita kali ni idah nak cerita aktiviti sepanjang dua hari cuti Jumaat Sabtu..

Mcm biasa selalunya kalau cuti, itulah masa utk Abahnya menghabiskan masa bersama puteri2nya...itupun jika Abahnya tak mengadap laptop dan kejenya...dah memang hobi abahnya...So Jumaat lalu Abahnya ada program Al-Falah..igtkan mmg tak keluarlah minggu ni..lagi pulak ada sahabat maya Idah kata nak datang rumah amik Maajun Anggun Bistari...Dalam jam 12.30thnr En.Kanda pun balik drpd program...dan bertanya:-

E.Kanda :- Ermmm nak keluar tak petang ni?

Idah: Keluar? erm...malas lah pulak...nak gi mana ye?

E.Kanda :- ikutlah....

Idah:- erm...kan kawansayang kata nak datang rumah...kan dah bgtau abang maring...

En.Kanda :- a'ah iye tak iye...kul bape dia nak datang? bgtaulah dia kita nak keluar...leh juga bawa anak2 jalan2 kat M.Mall...sian diorg duk rumah aje..( waktu puteri2 dgn kata nak keluar bukan main sonok lagi....)

Idah:- alahai...nak kemana ye...(ikut rasa malas...bila pandang wajah anak2...)...oklah juga..kebetulan nak masukkan cek dr WWN hari tu..leh singgah bank...(dalam pala ni masih memikirkan lagi....sampailah jam 3petang...)


Akhirnya jadi juga keluar...alau ikutkan mmg idah malas nak keluar..disebabkan ada hal so pergi jugaklah..sampai aje kat MMall tu...ramai juga org..penuh...maybe sbb hujung bulan kan...destinasi pertama Bank..nak masukkan cek dr WWN...lepas tu bawa puteri2 ni jalan2 sekitar M.Mall...sambil2 tunggu en.Kanda habis program....Jom tgk apa aktiviti puteri2 Idah buat..tak byk sgt gambar....ini antaranya:-



kelaka tengok gelagat si kakak melayan adiknya makan jagung manis dan minum..pandai dah suapkan adiknya makanan...selalu pesan kat dua beradik ni..."kalau sikit makan sama sikit(share)...byk sama byk...jgn ada sifat kedekut...Allah tak suka...Jgn membazir Allah tak suka juga"..Alhamdulillah skng kakak faham...bila adiknya buat sesuatu yg mungkin pd dia tak elok..dia akan guna ayat yang umminya selalu sebut..." aicah(bahasa dia)...jgn buat cenggitu..Allah tak suka"...bila Idah dgr senyum aje...



ini bahagian food court yang terdapat kat Mesra Mall....byk pilihan kedai makanan..


Kedai@gerai2 makanan dan minuman...


ini pulak aktiviti yang selalu si kakak dan adik minta..nak main "boling..." sbbnya permainan duk dalam pusat boling...sbb tu setiap kali dtg M.Mall ni mesti dorg kata nak main boling....masa mula2 dulu pening juga nak faham kehendaknya..skng dah tau...



gaya seorg Juru terbang sedang nak menaikkan pesawatnya...ihik:)