Tuesday 18 May 2010

Aku...dan bisnesku...

Assalamualaikum semua..

Setelah sekian lama saya mendiamkan diri daripada berblog..kini saya kembali aktif semula..insya Allah selepas ni pengurusan masa akan saya aturkan agar lebih fleksibel dan displin untuk saya patuhi. Sebelum ni saya ada satu blog yang menggunakan nama Ummihanani..namun atas sebab2 tertentu saya delete blog tersebut...so skng saya kongsi dengan blog kekandaku..jadinya mmg banyak perkara nak buat semula...nak kene jejak kawan2 blogger lain..insya Allah step by step...(mesti en.kanda ku jarang menulis..sbb semua geng2 blogger wanita belaka...hihihi...)

so mana2 kawan2 blogger yang tersinggah kat sini..nak exchange link di persilakan ye...

Ok topik yang saya nak bawakan pada hari ini berkaitan dengan produk yang sudah mendapat sambutan hangat daripada wanita diluar sana iaitu Maajun Anggun Bistari(MAB). Saya sudah menjual MAB ni sudah genap dua tahun. Alhamdulillah ramai sudah wanita diluar sana mengambilnya. Nanti saya akan tepek juga testimoni-testimoni drpd pengguna MAB ni.



Nak tahu apa itu MAB? Apakah khasiat2nya? ok baca selanjutnya di bawah ye..sebelum tu nak tepek gambar sikit..bg nampak lebih suka untuk anda membacanya...

hah itulah rupanya MAB ni...Ok sekarang saya nak bagitahu maklumat selanjutnya tentang Maajun Anggun Bistari ni.

Maajun Anggun Bistari(MAB) ialah produk tradisional yang dibuat daripada herba, rempah ratus dan madu. Ianya bertindak untuk merawat kesihatan luaran dan dalaman kaum wanita sahaja.

Maajun Anggun Bistari(MAB) adalah maajun perancang keluarga. MAB ini adalah rumusan tradisional yang telah diusahakan oleh pengusahanya selama 30 tahun. Cara penyediaannya pula adalah bersih, suci dan halal disamping bacaan surah-surah tertentu untuk memantapkan lagi penggunaannya.

MAB ini dirumuskan 100% daripada bahan akar-akar kayu dan tiada langsung penggunaan bahan steroid yang dapat memudaratkan kesihatan. Jadi tidak perlulah merasa ragu-ragu untuk mengambilnya. Ia juga tidak akan menyebabkan bertambahnya selera makan jadi tidak perlulah merasa takut akan masalah kegemukan. Kerana ia juga dapat mengurangkan berat badan ke tahap yang optima.

Oleh kerana kandungan yang digunakan adalah bahan-bahan tradisional jadi ia dapat memanaskan dan menyihatkan badan. Ini amat bagus bagi kaum-kaum wanita yang selalu merasa sejuk terutamanya selepas bersalin. Perlulah dinasihatkan supaya mengambil air dengan secukupnya.

Hah? mcmane semua? teruja tak bila baca penerangan saya tentang MAB ni? Ok anda mesti nak tau juga kan apakah khasiatnya? Testimoni daripada pengguna? dan lain2 tentang MAB?ok nnt saya akan sambung lagi ye...bg suspen sikit kat semua..:)

Sunday 16 May 2010

~Kerjaya Wanita...dan pahala~

Menjahit adalah satu kemahiran (seni) yang perlu dipelajari oleh setiap wanita kerana Rasulullah pernah menganjurkan agar anak-anak perempuan diajarkan menjahit, menenun dan membuat kerja-kerja yang dilakukan oleh kaum wanita. Kepandaian menjahit akan memudahkan mereka bagi keperluan keluarga.



Walau bagaimanapun tidak ramai wanita hari ini yang berminat untuk terlibat dalam tugas-tugas seperti ini kerana ia memerlukan tumpuan dan penelitian. Tidak ramai yang boleh bersabar untuk duduk lama menyudahkan satu-satu bahan jahitan, tambahan pula jika ia perlu dijahit dengan tangan. Maka kebanyakan wanita hari ini lebih suka membuat tempahan pakaian di kedai ataupun membeli pakaian yang telah siap. Tetapi, tahukah kita bahawa Allah swt sebenarnya telah menyediakan sebesar-besar pahala bagi mereka-mereka yang menjahit untuk keperluan keluarga sendiri untuk dirinya, suami dan anak-anak.

Pernah suatu hari Rasulullah bersabda kepada anaknya Fatimah: “Wahai Fatimah, setiap wanita yang menenun kain dan dibuatkan pakaian (untuk ahli rumahnya: suami dan anak-anak) Allah telah menetapkannya di tempat khas di atas takhta di akhirat.”

Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa ganjaran pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian. Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa ganjaran pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian. Begitulah, betapa besarnya kurniaan yang Allah sediakan buat para wanita. Bukanlah mudah untuk memberi makanan dan pakaian kepada 1000 orang yang sedang kelaparan dan tidak berpakaian! Tetapi dengan melakukan tugas-tugas yang kecil seperti ini, yang mana ramai wanita yang tidak endah kerana agak merumitkan itu, Allah membalasnya dengan balasan yang luar biasa pada logik akal kita.

Rasulullah juga pernah memberi jaminan dalam hadisnya yang bermaksud: “Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang (menenun kain untuk pakaian keluarganya), Allah akan mencatatkan kebajikan terhadap perbuatan kebajikannya itu sebanyak jumlah benang yang ditenunnya dan Allah menghapuskan pula 100 perbuatan jahatnya (dosa-dosanya).” Begitulah ganjaran pahala yang Allah swt sediakan buat wanita. Jika seorang wanita ketahui dengan hanya menjahit pakaian untuk keluarga, Allah ampunkan segala perbuatan jahat kita yang lalu, nescaya seorang isteri itu tidak akan sibuk ‘merengek’ pada suami untuk pergi shopping setiap bulan.



Seorang isteri hendaklah, rajin-rajin memeriksa pakaian suami dan anak-anak. Butang-butang yang tanggal diganti, jahitan yang teretas, dijahit semula. InsyaAllah, seorang suami akan merasa bangga bila pakaian dia dijahit oleh isteri. Anak-anak juga akan merasa senang bila ibunya menjahit pakaiannya. Seorang isteri perlulah kreatif dalam menjahit sama ada menjahit alas meja, kusyen, lansir, tabir dan sebagainya.

Menjahit, menyulam atau pun mangait bagi segala keperluan hiasan rumah sendiri tentu lebih menarik dan menyejukkan mata memandangnya. Memang tidak ramai wanita atau isteri-isteri yang mengambil berat tentang perkara-perkara kecil seperti ini. Sedikit sangat yang mengambil perhatian dan yang sedikit itulah yang dilihat oleh Rasulullah ketika baginda di Israk Mikraj. Baginda dapati paling ramai wanita menghuni neraka dan sedikit sahaja yang menghuni syurga. Ini semua disebabkan para wanita atau isteri-isteri tidak mahu kembali kepada tugas sebenar mereka yang telah Allah swt tetapkan bersesuaian dengan fitrah sebenar.

Oleh itu para wanita ataupun yang telah bergelar isteri-isteri, marilah sama-sama menjadikan rumah sebagai tempat untuk mencari syurga dan sebagai tempat untuk mencapai darjat yang tinggi di akhirat kelak. Jadikanlah rumah sebagai medan jihad buat isteri atau kaum wanita semua mencari keredhaan Allah swt.

Friday 14 May 2010

Selamat hari Lahir Hanani...(Afifah Hanani)

Assalamualaikum...Alhamdulillah hari ni genaplah 3tahun umur puteriku yang sulung...AFIFAH HANANI BINTI AFIZULLAH...seperti kebiasaan setiap tahun mmg kalau birthday kakak...ummi akan belikan kek...tahun ni kelainan sikit..ummi order cupcakes...namun sedih anak ummi tak suka makan cupcakes...tak pelah yang penting ummi sentiasa ingat birthday kakak ye...Jika dipanjangkan usiamu..apabila menatap blog ummi+abah, kakak akan ingat selalu..Ummi+abah sayang kak...



bawah ni gambar2 sekitar MesraMall...bawa jenjalan kakak dan adik...tak banyak sgt gambar masa makan-makan sebabnya waktu sibuk layan kerenah dua beradik ni..so umminya hanya sempat tangkap mana yang ada aje..:) Jom layan :







Akhir sekali....Doa Anak Yang Soleh...



Thursday 13 May 2010

Piala Thomas...Tahniah Buat Malaysia

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah pasukan Badminton Negara kita (malaysia) mara ke semi final setelah menewaskan pasukan Denmark malam tadi...Tahniah buat Malaysia...(cewah mcm penulis/wartawan pulak)....Malam td berkesempatan melihat aksi mereka...Idah ni kalau tengok sukan2 begini...mulut memanglah bising...mujur tengok dengan suami...kalau dengan kawan2 mahunya idah dah terjerit2....semangat orang kata...oklah apa2 pun semoga Malaysia terus mara hendaknya ke Final...

Keratan Akhbar Utusan Malaysia Online:

Malaysia ke separuh akhir


Lee Chong Wei bersama Hafiz Hashim (kanan) meraikan kemenangan Malaysia menewaskan Denmark 3-2 pada suku akhir badminton Piala Thomas di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi. – Utusan/Ahmad Zakki Jilan


SKUAD badminton Piala Thomas negara berjaya melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan Denmark 3-2 pada perlawanan suku akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. Muhammad Hafiz Hashim muncul wira negara apabila memberikan mata kemenangan selepas mengalahkan Joachim Persson 21-12, 21-10.

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong terdahulu meletakkan Malaysia selesa mendahului 2-0.

Begitupun, keadaan bertukar cemas apabila Wong Choong Hann dan beregu Mohd. Zakry Latif-Hoon Thien How kalah, untuk Denmark mengikat kedudukan 2-2, sebelum Hafiz memberi mata kemenangan. Malaysia akan bertemu China di separuh akhir, esok.

Wednesday 12 May 2010

Mujahidah...Teruskan Mujahadah Mu



Wahai mujahidah,
Bila ku melihat semangatmu yang berkobar-kobar
Hatiku pun ikut tercabar
Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu

Kental semangatmu tidak disangsi
Tidak mengenal apa erti putus asa
Setiap kekurangan cuba kau perbaiki
Setiap kelemahan cuba kau atasi
Setiap kesilapan cuba kau hadapi

Aku bangga melihatmu
Seorang mujahidah yang berjuang
Demi untuk menolong Tuhanmu
Dan menjunjung sunnah nabimu

Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi
Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri
Usahkan mundur
Setapak pun tak mungkin berundur
Sucinya hatimu wahai mujahidah

Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu
Ikhlas kau salurkan untuk-Nya
Keyakinanmu untuk mengembalikan
Islam kembali Pasti menjadi realiti
Hakikat itu pasti terjadi

Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian
Untuk menatap saat-saat kegemilangan
Namun itu bukan penghalang bagimu
Perananmu sudah kau laksanakan
Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya
Berusahalah dan teruslah berusaha
Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya

Usah disesali harta yang telah kau infakkan
Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan
Keyakinan terhadap janji Tuhanmu
Penawar bagi segala kedukaanmu

Syurgalah tempatmu
Istanamu teguh berdiri di sana
Para anbiya dan sahabat teman bicaramu
Pakaian indah pembalut tubuhmu
Makanlah dan minumlah semahumu
Semua untukmu Hanya untukmu
Yakinlah wahai mujahidah tercinta

Usaha kita untuk Palestin

USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga - 10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidakmembatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaiatan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

Petikan dari Ustz Zaharuddin (www.zaharuddin.net)

Sunday 9 May 2010

Lafaz Yang Tersimpan...Selamat Hari Ibu...

Assalamualaikum...

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH."

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE."

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang, sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata --- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi, anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata - "saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu. Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.