Thursday 14 January 2010

~Buku Inspirasi Contest 2010~

~Buku Inspirasi Contest 2010~

Alhamdulillah baru ada kesempatan nak menulis tentang contest Buku Inspirasi 2010..sebelum ni tahun 2009 idah dah join jugak contest ni...Alhamdulillah terpilih sebagai salah seorang pemenang...so tahun ni nak join lagi..moga-moga tuah tahun ni...Idah memang suka buku...Kalau dapat hadiah kali ini syukur...Oleh kerana Idah sekarang sudah menceburikan diri dalam dunia perniagaan maka nya plihan buku idah seharusnya berkaitan dengan fulus manis $$$$...so pilihan idah sudah idah letakkan di side kiri...Ok kepada semua nak join contest ini boleh klik link di bawah ye:-

Buku Inspirasi Contest : http://naufalsayang.blogspot.com/
Penaja Contest : http://www.galeriilmu.com.my/ & http://www.nazira.biz/
Buku Pilihan:




Jawapan :
1. Status terkini:
- Jawapan: a dan c iaitu suri rumah dan wanita yang bekerja dirumah

2.Pengalaman dan cabaran yang dihadapi:
- Jawapan :2 .Cabaran menjadi surirumah sepenuh masa dan 4. Cabaran wanita bekerja di rumah
Cabaran wanita bekerja dirumah dan sebagai Suri Rumahtangga.


Apabila sebut cabaran terlalu banyak yang ingin Idah lakarkan untuk perkongsian semua. Bukan senang dan mudah untuk hadapinya jika betul-betul belum bersedia. Begitulah perjalanan atau rentetan kisah Idah sebagai wanita yang bekerja di rumah dan suri rumahtangga sepenuh masa. Selepas berkahwin dan disahkan hamil memang Idah tidak bekerja. Idah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet ini adalah disebabkan dorongan dan sokongan suami. Pemikiran Idah waktu itu bukanlah bekerja sendiri tetapi ingin bekerja makan gaji kerana sejak dari alam belajar lagi minda ini telah ditanam,disemai dengan pemikiran selepas habis belajar mesti cari kerja.


Namun setelah berkahwin semuanya berubah. Status suri rumahtangga idah pegang. Di awal perkahwinan memang tidak dapat dinafikan selalu berlaku konflik dalam diri Idah(bukan konflik dgn suami ye...jgn salah faham..hihi). Idah selalu berfikiran ingin bekerja.. Idah meminta keizian daripada suami nak bekerja..jadinya mcm biasa perlu hantar permohonan...Suami idah lebih suka isterinya dirumah..namun maybe disebabkan desakan dan kedegilan idah...dia izinkan...Banyak juga tawaran temuduga yang idah dapat...namun apa yang terjadi ada hikmahnya kerana setiap tawaran temuduga yang idah perolehi tidak dapat Idah hadiri.


Temuduga pertama Idah dapat tawaran daripada Telekom Berhad, namun pada ketika itu Idah sudah pun sarat hamil 7 bulan dan temuduga tersebut di jalankan di Kuantan Pahang..Idah duduk di Terengganu. Maka kesukaran untuk ke sana telah membuatkan idah menolak tawaran tersebut. Temuduga kedua daripada Kerajaan dan Idah tidak dapat hadari juga disebabkan hal-hal tertentu. Ada sahaja halangan. Dan temuduga yang terakhir sebelum idah terus nekad untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa adalah daripada Syarikat Minyak di Kerteh iaitu OPTIMAL. Temuduga yang ketiga idah hadiri sebab dekat..Namun pada waktu itu Idah betul-betul baru habis pantang hari ke 44 bersalinkan anak pertama. Disebabkan mereka inginkan kekosongan tersebut diisi segera makanya Idah tidak diterima. Idah redha kali ini dan betul-betul tekad. Tidak sanggup rasanya nak tinggalkan buah hati yang tersayang. Maka idah telah memotivasikan diri dan mengubah pemikiran Idah.


Idah mula berjinak-jinak dengan internet disebabkan sokongan suami supaya idah mencari pendapatan sampingan disamping dapat membantu kewangan kami. September 2006 Idah mula berjinak-jinak dengan bisnes affiliate. Perniagaan Affiliate yang pertama idah join adalah membuat dan menghantar sale letter...affiliate ini memang popular masa tu..Modal idah dalam Rm40.00(suami yang keluarkan modal..sbb dia yang beria-ria suruh idah duduk rumah)...cabaran paling hebat waktu ini adalah untuk meyakinkan pelanggan dengan bisnes ini..kerana di Malaysia perniagaan seperti ini masih baru..setiap hari idah membuat pemasaran melalui pelbagai cara...Berkat daripada usaha itu idah berjaya memperolehi RM210 dalam seminggu.....Ini telah menaikkan semangat Idah untuk terus berkecimpung dalam dunia perniagaan online. Idah banyak join affiliate menjual ebook dan antara jualan affiliate ebook yang banyak idah perolehi ialah menjual affiliate ebook Belajar Bahasa Arab. Disebabkan bisnes affiliate ini juga idah telah bertemu dengan seorang kawan maya berasal dari kelantan. Persahabatan ini telah membawa idah kepada dunia forum.


Idah mula mengaktifkan diri dengan forum-forum bisnes. Forum pertama yang Idah aktif adalah wanitaniaga.com. Di situlah idah kenal ramai wanita-wanita yang berniaga di rumah malah ada yang bekerjaya dan cuba menambahkan sumber pendapatan dengan bisnes online.Bertitik tolak daripada itu...timbul minat yang mendalam dalam diri idah untuk mencuba berniaga. Alhamdulillah sudah ditakdirkan dalam bulan september 2007 Allah temukan idah dengan seorang kakak yang menjual Pad Susen..Inilah bisnes fizikal pertama idah ceburi. MLM. Modal serendah RM55.00...




Cabaran yang paling hebat idah lalui ketika itu adalah selepas melahirkan anak sulung dan dalam masa yang sama idah perlu menguruskan bisnes yang baru nak bertapak dan belum pun setahun jagung...disamping itu idah perlu hadiri kelas belajar membuat website sendiri secara online ...Ya ketika itu benar2 menguji tahap emosi, fizikal idah. Idah memerlukan fokus, komitmen yang besar untuk menyiapkan sebuah laman website. Masa idah banyak dihabiskan sehingga lewat pagi... kekurangan masa tidur...tenaga dan emosi juga kadang-kadang terganggu..kesihatan juga begitu... kadang-kadang idah terabaikan juga perhatian untuk anak idah...Alhamdulillah suami memahami dan membantu...Ye lah bukan senang nak senang...Perlukan pengorbanan...





Setelah 2 tahun lebih idah dalam dunia bisnes online dan bekerja dirumah pelbagai ragam dan rentak pelanggan idah temui..tidak ketinggalan juga kritikan dan kutukan serta menjadi mangsa penipuan dunia siber ini....namun semua itu banyak mengajar idah untuk terus menjadi matang dan memperbaiki serta menambahkan ilmu di dada...Bukan mudah untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa dan menjalankan perniagaan dirumah. Memerlukan kekuatan dari segi mental, fizikal dan spiritual. Perlu kuat untuk hadapinya...kerana masa kita bekerja adalah 24 jam sehari...sama sahaja seperti wanita yang bekerjaya...kadang2 memenatkan namun ianya berbaloi-baloi...

Kini Idah mampu tersenyum kerana walaupun berstatus suri rumahtangga, idah boleh memperolehi pendapatan sampingan seperti orang lain...malah rasa bertuah kerana dapat menjaga, menguruskan dan melaksanakan sendiri keperluan suami dan anak-anak... Masa yang fleksibel...biarpun sendiri Bos sendiri juga kuli...Syukur kini perniagaan idah terus berkembang dengan dua bidang iaitu bidang Dunia Fesyen Muslim, Produk kesihatan dan kecantikan. Mempunyai syarikat Enterprise hak milik sendiri... Oklah cukuplah setakat ini..(actually banyak lagi nak menulis...hihi)...



Kini idah telah mempunyai rangkaian produk Busana Muslim dengan pelbagai koleksi Abaya, Jubah dalam mahupun luar negara : http://kedainiaga.com/abaya
1. Nama penuh mengikut ic: ZUBAIDAH BINTI ARBA'I
2. Blog: http://kedainiaga.com/abaya
3. Email: wirdatulhanani[at]yahoo.com
4. Buku Pilihan: Kemana Wang anda
5. Buku Bonus: tidak mendaftar
6. Status tudung: Ya..Idah nak hadiahkan buat ibu tersayang.


Nukilan: Idah@wirdatul
28 Muharram 1431H

Monday 4 January 2010

Selamat kembali KeSekolah




Di kesempatan ini Idah nak ucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua guru2 dan pelajar2 yang memulakan hari persekolahan pada hari semalam 03/01/2010 bagi negeri Terengganu/Kelantan/Kedah dan 04/01/2010 bg seluruh negeri. Kepada Along dan Angah selamat bertugas ye...semoga tahun ni anda berdua dapat menjadi guru cemerlang lagi...cayalah..

Buat kawan-kawan,sahabat dan teman yang mejadi guru selamat bertugas walau di mana anda berada ok...samada ke Sabah dan Sarawak sekalipun..

Saturday 2 January 2010

Aktiviti jalan-jalan (shopping time...)



Gambar hiasan sahaja-kredit to google


Jumaat dan sabtu baru-baru ni..keluar lagi jalan-jalan...Jumaat petang gi Kemaman...(actually En.Kanda ada program...oleh kerana bawa sekali isteri dan anak-anak yang masih kecil dan tak reti duk diam...makanya en.Kanda tak dapat nak hadiri sepenuhnya programnya...so kami jalan-jalan disekitar bandar kemaman...Jarang juga gi sana..bukan apa..boleh kata jauh jugaklah dr rumah...
Kemaman ni bandar besar juga kat Terengganu ni..skng dah baru dan byk pasaraya dan kedai-kedai buka dan wujud..so berlakulah kesesakan lalu lintas dan limpahan kenderaan...

Kalau kat pasar basah...mmg kete kalau lalu mmg slow bangat sih..sebb semua pakat berenti tepi jalan..singgah kedai buah,kedai kepok lekor,pasar jual barangan basah mcm ikan.udang,stong,sayur-sayuran...pasar ni dekat dengan sungai tau..cantik tempatnya...mcm kat kuantan pun ye juga..(lupa lak nama tempat tu...)

masuk The store..saja jalan2...so shopping juga sikit2...beli barang dapur...yang bestnya...
sambil jalan-jalan kat dalam tu...ada yang menarik hati ni...hah..apalagi kedai jual pakaian...
wah mmg rambang mata tengok koleksi Abaya, Jubah moden...cantik2 dan pelbagai design...dah lak mmg sukakan fesyen muslimah ni terutama Abaya atau dengan kata lain jubah hitam...ada pelbagai design kat situ..HARGA???? ermm.....leh tahan jugaklah...Insya Allah jika berkesempatan gi sana lagi..idah akan snap pic dan ambil peluang bertanya...dalam kul 7.30malam bertolak balik kerteh...

Sabtu...memula tak plan pun nak keluar...sbbnya penat maring dok hilang lagi...oleh kerana ada customer nak stok maajun anggun bistari...so idah pujuk gok en.Kanda gi paka dan dungun...
igt nak singgah Butik batik kawan..tapi tak dok..dia gi amik stok lak...so amik keputusan gi jalan-jalan kat Pantai Teluk Gadong( dekat dgn UITM Dungun)...

Makan-makan...gi taman permainan...Jom layan gambar yang sempat idah snap...maaf kualiti gambar kurang sbb waktu kereta sedang bergerak..gambar anak2 akan dimasukkn kemudian ye..sbb dalam hp en.Kanda.



kedai makan yang terdapat disepanjang jalan pantai ni..boleh pilih kedai mana jadi pilihan..mcm2 ada..waktu ni ramai sungguh orang..




ni idah snap pic gambar laut dr dalam kete...ombak kuat sgt..angin pun tiup kencang..meskipun begitu still ada juga org duk birai pantai...rasanya 2-3hr lepas ada berita pasal2org budak lemas kat pantai dungun....air laut mmg bergelora ni...besar mcm air pasang...

Friday 1 January 2010

~Welcome 2010~




Tahun 2010 sudah menjelma..tahun ni juga kita sambutnya dengan kehadiran gerhana bulan.Syukur padaMu ya Allah..Diri ini masih bernafas untuk meneruskan perjalananku. Teruskan perjuangan dan sentiasa mencari redhamu...

Di sini saya nak berkongsi Pesanan Lukman Hakim...moga jadi renungan bersama..Jika ada salah silap maafkan saya dan sila perbetulkan...:

Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya:

Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu:

1) apabila engkau sedg solat kepada Allah maka jagalah baik-baik fikiranmu.
2) apabila engkau berada dirumah org lain, maka peliharalalah pandanganmu.
3) apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
4) apabila engkau hadir di jamuan makan maka jagalah perangaimu.
5) Ingatlah kepada Allah.
6) lupakan baik budimu kepada org lain.
7) lupakan segala kesalahan org lain terhadap dirimu.
8) ingat kepada mati.