Tuesday 8 September 2009

Petua Imam Syafie ...

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka

Wednesday 19 August 2009

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 3thn

Alhamdulillah kupanjatkan kepada Ilahi..Tarikh 19/08/09 kulalui juga dengan rasa penuh kesyukuran..Genaplah hari ini 3tahun perkahwinan kami (Idah+Afiz)...Syukur...Tanggal dan hari kami disatukan menjadi suami isteri...bila teringat semula kenangan 3thn lepas rasa bahagia sangat saat bergelar seorg isteri..dari status anak dara kepada mak dara..hihihi..anak kepada isteri...and status kini daku bergelar ummi kepada 2 org puteri...

Ucapan Buat Kanda....
Terima kasih atas segalanya...
Kaulah segalanya untukku...
Kaulah curahan hati ini...
Tak mungkin kumelupakanmu..
Tiada lagi yang kuharapkan hanya kau seorg...
Sayang Kanda..

Ini gambar kek Ulangtahun perkahwinanku....tempah kat kawan namanya Kak Naemah..sedap tau...yg ni cheese kek perasa oren...Jika anda berminat leh lah tempah kek ni...klik perkataan kek tu ye...



gambar kek yang dah siap kena potong...(kes lupa nak amik gambar)..simple aje sambutannya..
kami bertiga aje yang sambut..hihihi

potongan pertama untuk kanda yang tercinta...





potongan kedua untuk dinda lak...yum..yum... mmg favorite saya cheese kek ni..

Saturday 20 June 2009

Aktiviti: Cuti-cuti Malaysia Legend Cherating

lama sungguh tak menulis lat blog..huhu..empunya blog demam+selesema+batuk..Ini alhamdulillah dah sihat sikit..Ok entry hari ni pasal bercuti..pernah kan sebelum ni ummi bgtau kata nak bercuti..hah inilah sedikit foto2 yang sempat di snap pic nye...maaf ye kualiti gambar dok bape molek..Ini kami gi bercuti kat Hotel Lagend Cherating...saja husband kata nak bercuti jenjalan bawa anak-anak sambil nak rehat2kan minda...



Ni reaksi 3 beranak kat kolam renang..Abahnya walaupun bercuti namun tetap sibuk..huhu..jawab panggilan dari Office...si kakak lak tak sabar2 nak mandi kolam..
Si adik yang maintain duk dalam stroller...




Hah inilah yang best nak kabo..Umminya join sekali mandi kolam sbb sian tgk Aisyah melonjak2 kegembiraan tgk kakak..last2 ummi pun turun sekali...



Hok atas td gambar ummi dah masuk dalam kolam..yang ni adalah gambar sebelumnya...tgk tu dua beradik pandang kolam..almaklumlah time ramai orang kat situ..




Si comel aisyah yang sudah mandi...suka tgk gambar ni..comel+cute...oklah itu shj..
apa-apa semoga kalian suka membacanya...

Monday 15 June 2009

Selamat hari Bapa...(Jun Special)

Walaupun sudah terlewat 3 hari untuk ummi tulis di diari ini, namun tetap mengambil kesempatan sedikit waktu untuk meluahkannya...Ummi nak ucapkan "Selamat Hari Bapa kepada suamiku yang tercinta, ayah mertuaku, abangku,abang2 iparku dan adik iparku serta kepada semua bapa-bapa diluar sana..."

Abahku sudah 3tahun pergi...namun segala pengorbanannya masih belum mampu untukku balas...Abah..Tam doakan semoga roh abah tenang di sana.. Akan tam panjatkan doa selalu untuk bekalan abah di sana..kerana hanya doa anak yang soleh akan sampai..."Adakah aku soleh"???...huhuhu...


Buat Suamiku...
Sempena hari bapa ni, sayang mohon keampunan dalam segala hal...
Terima kasih yang tidak terhingga pada abang di atas kasih sayang yang abang curahkan..
Terima kasih kerana sentiasa sabar menghadapi "ketidakseimbangan" sikap sayang yang sentiasa br"angin" kus-kus....hihihi
Terima kAsih kerana sentiasa memahami diri sayang...
Terima kasih Abang...
I love You so much..
(waaaaaaaaaaaa...rasa mcm nak nangis lak....)

Dari Hanani buat Abah,
Kami sayang abah...sayang sesangat..
Terima kasih Abah kerana sentiasa sabar dengan pelbagai kerenah kami...
Mendidik kami, memenuhi setiap keperluan kami...
so puisi di bawah khas untuk Abah...