Saturday 20 June 2009

Aktiviti: Cuti-cuti Malaysia Legend Cherating

lama sungguh tak menulis lat blog..huhu..empunya blog demam+selesema+batuk..Ini alhamdulillah dah sihat sikit..Ok entry hari ni pasal bercuti..pernah kan sebelum ni ummi bgtau kata nak bercuti..hah inilah sedikit foto2 yang sempat di snap pic nye...maaf ye kualiti gambar dok bape molek..Ini kami gi bercuti kat Hotel Lagend Cherating...saja husband kata nak bercuti jenjalan bawa anak-anak sambil nak rehat2kan minda...



Ni reaksi 3 beranak kat kolam renang..Abahnya walaupun bercuti namun tetap sibuk..huhu..jawab panggilan dari Office...si kakak lak tak sabar2 nak mandi kolam..
Si adik yang maintain duk dalam stroller...




Hah inilah yang best nak kabo..Umminya join sekali mandi kolam sbb sian tgk Aisyah melonjak2 kegembiraan tgk kakak..last2 ummi pun turun sekali...



Hok atas td gambar ummi dah masuk dalam kolam..yang ni adalah gambar sebelumnya...tgk tu dua beradik pandang kolam..almaklumlah time ramai orang kat situ..




Si comel aisyah yang sudah mandi...suka tgk gambar ni..comel+cute...oklah itu shj..
apa-apa semoga kalian suka membacanya...

Monday 15 June 2009

Selamat hari Bapa...(Jun Special)

Walaupun sudah terlewat 3 hari untuk ummi tulis di diari ini, namun tetap mengambil kesempatan sedikit waktu untuk meluahkannya...Ummi nak ucapkan "Selamat Hari Bapa kepada suamiku yang tercinta, ayah mertuaku, abangku,abang2 iparku dan adik iparku serta kepada semua bapa-bapa diluar sana..."

Abahku sudah 3tahun pergi...namun segala pengorbanannya masih belum mampu untukku balas...Abah..Tam doakan semoga roh abah tenang di sana.. Akan tam panjatkan doa selalu untuk bekalan abah di sana..kerana hanya doa anak yang soleh akan sampai..."Adakah aku soleh"???...huhuhu...


Buat Suamiku...
Sempena hari bapa ni, sayang mohon keampunan dalam segala hal...
Terima kasih yang tidak terhingga pada abang di atas kasih sayang yang abang curahkan..
Terima kasih kerana sentiasa sabar menghadapi "ketidakseimbangan" sikap sayang yang sentiasa br"angin" kus-kus....hihihi
Terima kAsih kerana sentiasa memahami diri sayang...
Terima kasih Abang...
I love You so much..
(waaaaaaaaaaaa...rasa mcm nak nangis lak....)

Dari Hanani buat Abah,
Kami sayang abah...sayang sesangat..
Terima kasih Abah kerana sentiasa sabar dengan pelbagai kerenah kami...
Mendidik kami, memenuhi setiap keperluan kami...
so puisi di bawah khas untuk Abah...






Friday 29 May 2009

Akal & Ilmu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Orang tua tua kita dulu ada berkata: Ikut hati mati, ikut rasa
binasa dan ikut nafsu lesu, jadi kita kena ikut atau pakai apa? Kalau
ikut Pak Pandir dalam nyanyiannya dia suruh kita: " Ada akal pakai,
ada mata tengok , ada telinga dengar ." Jadi kita hendaklah
menggunakan akal kita.

Akal (dan ilmu yang berpandukan Al Quran dan sunnah )akan menjadi
sendi kemenangan dalam pertarungan jiwa sekiranya akal itu dapat
melihat,mengetahui sesuatu, dapat membezakan sesuatu dan dapat
menyedut sesuatu daripada ilmu yang kelak akan dapat digunakan untuk
mencapai tempat yang hampir dengan Allah, mengetahui kekuatan dan
kebesaran Allah.Inilah yang dimaksudkan dari firman Allah yang
bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hambaNya hanyalah
ulamak.(Surah Fatir Ayat 28)

Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kebesaran akal dengan sabdanya yang
bermaksud:Allah tidak menjadikan mahkluk yang lebih mulia dari akal.

Juga sabda Rasulullah s.a.w kepada Ali bin Abi Talib yang bermaksud;
Jika manusia menghampirkan diri kepada Allah dengan ( melakukan)
berbagai amal kebaikan , hampirkanlah diri kamu dengan Allah dengan
ilmu.

Juga sabdanya yang bermaksud:
Seseorang itu tidak mendapat sesuatu yang lebih dari keistimewaan akal
(kerana) akal itu membimbing tuannya kepada hidayat dan mengelakkannya
daripada perkara yang buruk.?

Oleh kerana itu Islam menggalakkan ilmu dan mendalami agama ,supaya
akal itu akan mengambil sesuatu yang dapat menolongnya dalam
membezakan antara yang baik dan jahat, antara hak dan batil.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan , Allah akan
memberikannya kefahaman dalam agama.

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud:
Kelebihan orang yang berilmu daripada orang yang hanya beribadat
samalah dengan kelebihanku daripada orang yang paling rendah di
kalangan sahabatku.

Akal mukmin yang sedar akan dapat membezakan antara baik dan
buruk,halal dan haram, maaruf dan mungkar kerana mukmin yang sedar
itu melihat perkara ini dengan cahaya dari Allah yang dapat melihat
sesuatu disebalik tutupan yang halus.

Firman Allah yang bermaksud:
Barangsiapa yang tidak diberi cahaya (pertunjuk) oleh Allah tiadalah
ia mempunyai cahaya walau sedikit pun.? (Surah An Nur Ayat 40)

Cahaya akal tidak dapat dipadamkan oleh sesuatu kecuali maksiat,kekal
dalam maksiat , terang- terang melakukan maksiat , kerana Rasulullah
s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang melakukan dosa akal akan terpisah daripadanya dan tidak
akan kembali kepadanya buat selama lamanya.

Juga sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
Kalaulah tidak kerana syaitan itu sering berputar di sekeliling hati
anak-anak Adam nescaya mereka akan dapat melihat kerajaan langit dan
bumi. Semoga kita sama- sama menimba ilmu .Insya Allah.Yang baik dan
yang benar datangnya dari Allah dan yang salah dan silap datangnya
dari kelemahan saya sendiri .

Ini adalah petikan dari buku yang bertajuk : Apa ertinya saya
menganut ISLAM (Fathi Yakan) yang diterjemah oleh Ustaz Alias Othman
terbitan Pustaka Salam.

Wassalam.

From: Mariam.

Thursday 28 May 2009

12 Ciri Sahabat

12 ciri sahabat

  1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
  3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
  5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan