Google+ Followers

Followers

Sunday, 5 August 2012

Peringatan untukmu muslimah...

Bismillah...
Assalamualaikum semua,

Malam ni Idah hanya sekadar ingin berkongsi sesuatu yang Idah baca dalam FB.Moga-moga ada manfaatnya kita bersama bagi insan yang bergelar wanita :-
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

1 - mendirikan sembahyang lima waktu = tidak melambat-lambatkan seruan solat, sentiasa istiqamah iaitu berterusan, tanpa dipaksa, menjaga rukun-rukun dan syarat sah solat
dan sebagainya.

2 - menjaga kehormatan = menutup aurat, tidak menceritakan perihal buruk diri, serta suami dan keluarga, menjaga tutur kata, tidak bergaulan dengan bukan mahram secara bebas dan sebagainya.

3 - berpuasa sebulan = berpuasa bukan hanya menahan lapar dahaga, tapi juga menjaga kemuliaan bulan ramadhan itu sendiri dengan menjaga lidah, pandangan dan telinga daripada bercakap, melihat dan mendengar perkara-perkara yang mengakibatkan pahala puasa itu merosot dan seterusnya hilang.

4 - taat kepada suami = taat dalam apa jua keadaan sekalipun kecuali apabila disuruh melakukan kemaksiatan contohnya diperintahkan membuka aurat di khalayak ramai, disuruh mencuri, minum arak dan sebagainya. wanita yang belum berumah-tangga pula, kewajipan taat ini dihukumkan kepada ibu dan bapanya. setelah berkahwin, suami adalah nombor 3 wajib ditaati selepas Allah dan Rasul. presiden amerika syarikat sekalipun takde hak untuk ditaati sebelum suami.

Ustaz Bob Al-Bukhari : walaupun 4 perkara ini nampak remeh, tetapi kenapa ramai yang gagal. renung-renungkan dan selamat beramal. tengok dengan mata, fikir dan buat keputusan berdasarkan akal dan iman. wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment