Google+ Followers

Followers

Thursday, 8 December 2011

Artikel pilihan: RM15,000 adalah pendapatan sederhana!?

Oleh: Irfan Khairi

Pendapatan antara RM15,000-RM20,000

Mungkin tanggapan pertama anda adalah... RM15,000 sederhana? Kalau RM1,500 okay lah jugak!

Cuba fikirkan sejenak.

Sekiranya anda menganggap RM2,000 atau RM3,000 sebagai sederhana, tidakkah itu menghadkan kejayaan anda? Sekiranya anda meletakkan RM10,000 atau RM20,000 tidakkah ia akan memberi satu benchmark yang baru untuk anda?

Di Malaysia sudah ramai yang berpendapatan lebih dari RM15,000... MEMANG RAMAI! dari golongan koprat, profesional dan juga ahli perniagaan. Lebih ramainya adalah ahli perniagaan!
Mulai hari ini, letakkan satu bench mark baru dalam minda anda- anggap bahawa pendapatan sederhana adalah RM15,000 di Malaysia!

Sekarang, tidakkan anda rasa anda perlu berusaha lagi?

Monday, 5 December 2011

Rahsia di sebalik bulan Muharram

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah ceria sungguh pagi ni. Bersemangat nak menulis dalam blog. Hari ni 9 Muharram 1433, dan sudah pastinya ramai antara kita yang berpuasa sunat. Dan esok tanggal 10 Muharram 1433 yang mana masyarakat melayu Islam memanggilnya " Hari Asyura". So idah nak posting sikitlah pasal bulan muharram ni, kita sama2 amik yang baik untuk dijadikan teladan bersama ye. Artikel ni idah search dalam internet sahaja sbb kalau idah nak huraikan mmg diriku cetek ilmunya. Artikel sebenar daripada Blog Tazkirah. Semoga penulis blog ini izinkan hendaknya. Sebab artikel ni pada tahun 22/10/2007. Lagipun ayat terakhir penulis berbunyi " Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain."


Jom sama2 kita baca ye:-

Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:

1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti

11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.

12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Salam Hijrah
Ummu hanani
Teratak 23 (9 Muharram 1433)

Sunday, 4 December 2011

Jalan-jalan hujung minggu - Mesra Mall

Assalamualaikum dan selamat bersua kembali ye,

Alhamdulillah sekarang amik masa sikit nak menulis. Jumaat Sabtu kat sini merupakan hujung minggu sebab duk di Negeri Terengganu. Maka nya setiap hari Jumaat atau Sabtu, idah dan keluarga akan jalan2 cari makan ke, jalan2 kat pantai ataupun akan balik kampung ziarah Mak dan Ayah.

Jumaat baru-baru ni Idah sekeluarga keluar jalan-jalan ke Mesra Mall Kerteh, yang mana merupakan pasaraya yang besar di kawasan idah ni. Ada TMC(dulu Giant tapi dah tukar nama). Kebetulan pada hari yang sama, ada PC FAIR sedang berlangsung. Ya ALLAH ramainya umat manusia yang ke sana. Sesak dengan orang ramai. Rasa pening+loya pun iye jugak. Hanani-hanani pun tak reti duk diam. Bawalah kemana-mana pun mcm itulah ragamnya. Naik pening+keletihan umminya melayan. Abahnya seperti biasa kalau dah jumpa gadget2 yang berkaitan dengan dunia siber ni, memang melekatlah. Sambil jalan2 tgk apa yang ada kat PC Fair tu, hah..jeng..jeng...


Gambar kredit to Google ye

^______^ En.Kanda beli lappy baru...weee bestnya. Al- maklumlah lappy yg ada kat rumah sekarang ni nampaknya sudah mula menunjukkan tanda-tanda sudah uzur. Perlu masuk workshop, lagipun lappy tu pun lebih kepada untuk kerja-kerja dakwah. Sungguh tak sangka, lappy itu untuk Idah....Wah berbunga2 hati tapi maintain aje muka sbb tak mahu tunjuk sangat kegembiraan tu..(cewah..poyo ajekan...kang En.Kanda baca blog, dia tau jugak...). Idah ni amik aje jurusan Sains Komputer, tapi tak lah mahir mana bab2 komputer hardware mahupun software..tahu guna aje...:( tak bagus kan???

Hah, jangan tipah tertipu udeh ler ye... lappy idah idak lah serupa yang ini. Yang ni sekadar gambar hiasan aje yang idah copy from Pak Google...Jangan marah ye...Bukan xmahu bagitau jenama apa..tapi better biarlah rahsia kan..kan...kan...Ermmm cantik juga color purple ni kan?



Dah puas pusing2 dalam tu, perut pun dah mula berkeroncong lapar...Hanani2 pun dah mula buat perangai, bila letih mmg mcm2 masalah mereka buat. Pilih punya pilih Idah pun terpilihlah Pizza Hut...Huwaaaaaaaaaaaaaa rasa bengang pun ada, dah tak tau nak explain mcmane perasaan tuh. Nak tahu kenapa? Time tu memang ramailah pelanggan. Tapi tidak ketahuan lah pulak kena tggu hampir sejam baru leh makan. Kalaulah dari awal2 pekerja tu bagitahu kena tunggu 1jam, mmg idah tak masuk dah. Baik makan kat tempat lain. Itulah al kisahnya...nak citer panjang2 pun malas.

Sempat juga cari barang mainan untuk Hanani, set peralatan yang boleh main kat pasir. Lepas maghrib bertolak balik rumah...Nanti sambung cerita hari Sabtu pulak ye.. mata dah mula mengantok.Idea nak menulis pun dah layu...


Bersambung.....



Ummi Hanani
Teratak 23
8 Muharram 1433


Thursday, 1 December 2011

Nak pomote sikit aje....:)

Assalamualaikum dan Selamat Petang buat semua,

Alhamdulillah hari ni Idah curi sikit masa nak update blog. Kena ada usahakan barulah leh jadi blogger yang sukses.Tak de cerita yang menarik pun nak dikongsikan cuma Idah ada satu benda nak umumkan. Tak lain dan tak bukan tentulah berkaitan dengan urusan bisnes SOHO Idah ni. Apa salahnya pomote bisnes sendiri dalam blog sendiri kan. Tak de siapa nak marah pun...kih..kih.

Setelah sesi kejar dengan urusan rumahtangga, anak-anak, nak update web dan design banner sendiri, Alhamdulillah siap juga akhirnya. Meh nak citer sikit pasal bisnes SOHO idah usahakan sejak tahun 2007 lagi. Dah hampir 4thn berlalu menjadi suri rumah di samping bina pendapatan sampingan melalui dunia online sahaja. Idah lebih fokuskan kepada produk jualan kesihatan dan kecantikan, ye lah sbb idah bermula pun dengan produk MLM iaitu Pad Herba Susen. Kemudian berkembang sikit demi sikit, ala mcm pepatah dulu2 " sikit-sikit, lama2 jadi bukit".

Alhamdulillah berkat usaha yang mmg tak pernah kekal erti putus asa(cewah..ye lah tu kekdng down juga motivasi keje sendiri), sekarang ni produk yang paling laris jualannya adalah Produk Maajun Anggun Bistari-MAB. Permintaan memang memberangsangkan. Syukur Alhamdulillah. Hah..mesti tertanya2 kan MAB ni produk kesihatan untuk apa. Sat gi Idah bgtau serba ringkas ye. Nak tahu lebih lanjut kenalah layari website Idah. Leh juga tgk2 produk lain yang ada dalam website idah tu. :)

Ok meh nak bagitahu apa tu MAAJUN ANGGUN BISTARI-MAB ni.



Maajun Anggun Bistari (MAB) adalah produk tradisional (keluaran kampung sejak 30 tahun) yang diperbuat dari herba, rempahratus dan madu. MAB keluaran muslim dijamin BERSIH, SUCI dan HALAL tanpa perlu diragui. MAB merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah Perancang Keluarga secara moden.

MAB pada asasnya adalah untuk menjarak kehamilan (family planning).Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan dan pantang larangnya dengan betul. MAB juga bertindak sebagai ubat pelbagai tujuan (multi-purpose) dalam penjagaan kesihatan dalaman dan kecantikan wanita yang berumur 18 tahun ke atas,berkahwin / belum berkahwin dan orang-orang tua (warga emas).

MAB boleh membantu proses perjalanan period supaya ianya datang secara normal dan teratur setiap bulan. Insya ALLAH jika amalkan MAB secara konsisten, masalah yang berkaitan dengan kewanitaan dapat diatasi dan hasilnya amat menakjubkan. Kesan yang paling ketara akan terpancar pada wajah dan badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga.
Hah mcmane nak tahu lagi? Testimoni pulak pad diri Idah sendiri, alhamdulillah 3tahun amalkan MAB ni, banyak juga khasiat yang idah rasai. Dan yang paling penting proses untuk jarakkan kehamilan tu MENJADI..kih..kih... Testimoni lain :-

Pemenang Hadiah KETIGA - Peraduan Testimoni MAB 2010:- PN.NURUL NAJJAH (NOUR EL NAGEEB)

MAB PULIHKAN KESIHATAN SAYA SBG SATU IKHTIAR.

Alhamdulillah setelah mencuba Maajun Anggun Bistari inilah hasilnya:-

menambah kehebatan hubungan suami isteri
--> dari slalu tadak mood jadi cam baru2 bernikah
--> suami pun gembira

membersihkan rahim
--> akak dah 2 thn lebih kurang tak period sbb pregnant & breastfeeding.bila makan MAB, utk sebulan pertama,cuma suci 5 hari.darah haidh yg mmg hitam dan berketul2.bila masuk bulan kedua haidh normal 10 hari sebulan sekali sahaja.

sakit urat hilang
--->sellau sakit urat betis.tp mmg tak rasa bila amik MAB.selain tu,adik & kawan adik (dedua ni anak dara, pelik akak x sakit urat lepas work out kat gym).selain dah habit work out, amik maajun membantu.urat sgt lembut rasanya.x sakit badan. "
Oklah tu kan..serba sedikit info nya..nak tahu lebih lanjut moh ke website Idah :- Kedainiaga.net korang klik ajelah tulisan biru tu deh..Dan yang paling penting Idah ada buat promosi Sempena Hujung tahun 2011 ni. Nak tahu lagi..korang klik aje banner bawah ni. Berminat nak cuba, nak tanya ke sila lah klik ye:-



Nak baca lebih banyak testimoni sila :- KLIK DI SINI




Selamat Melayari ye...
Salam Sayang,
Ummi Hanani,
Teratak 23 ( 5 Muharram 1433H)