Google+ Followers

Followers

Wednesday, 18 May 2011

Strategi berniaga unik Orang Cina dibongkar

Anda biasa mendengar orang cina bermuafakat dan boleh berniaga benda yang sama sebelah menyebelah. Mereka tidak berdengki antara satu sama lain. Benarkah begitu? Satu perkara yang harus kita sematkan difikiran kita bahawa bangsa ini hidup berniaga ratusan tahun. Hakikatnya berniaga benda yang sama sebelah-menyebelah adalah persaingan. Mereka juga menerima perkara itu sebagai teori yang sama. Tapi mengapa masih mereka ini mampu berniaga sebelah-menyebelah?

Susah Satu Senang Banyak

Masalah yang paling utama dilihat dalam perniagaan adalah pemasaran. Ia adalah peraturan utama dalam mempastikan survival sesebuah perniagaan iaitu mempastikan pelanggan sentiasa ada. Mempastikan pelanggan sentiasa ada bermaksud mempastikan pelanggan sentiasa datang. Mempastikan pelanggan sentiasa datang bermaksud pelanggan sentiasa ingat untuk datang.

Untuk mempastikan pelanggan sentiasa ingat untuk datang, maka hendaklah dipastikan pelanggan mempunyai sebab yang kukuh untuk datang. Apakah sebab yang kukuh untuk menarik perhatian pelanggan datang? Dalam konsep yang bakal saya terangkan ini ia merujuk kepada menarik perhatian pelanggan datang atas sebab mereka mempunyai banyak pilihan. Anda pasti masih keliru dan tertanya-tanya bukan? Teruskan bacaan....

Pemasaran Mulut Ke Mulut

Teknik pemasaran ini adalah yang terbaik dari segala teknik. Kerana itu ia menjadi asas utama dalam perniagaan jaringan (network business). Ini adalah kerana cakap dan saranan daripada kawan atau kenalan lebih bersifat nasihat (consulting) berbanding mesej melalui iklan yang bersifat memujuk.

Kerana itu teknik ini dilihat lebih berkesan dan murah dalam jangka panjang. Konsepnya mudah iaitu mempastikan orang tidak rasa segan atau takut-takut untuk bercerita kepada rakan-rakan mereka. Mereka akan berasa seronok untuk bercerita tentang sesuatu kerana pada mereka ia seperti satu pertolongan. Namun bagaimanakah perkaitan perkara ini dengan konsep berniaga sebelah-menyebelah oleh orang cina?

Membentuk Persepsi Mega

Persepsi adalah perkara yang mudah terserap ke dalam hati seseorang melalui pancaindera. Sama ada melalui mata, mulut dan telinga. Konsep teknik ini ialah mempastikan orang ramai melihatnya sebagai satu entiti mega yang memberi banyak pilihan. Biar saya berikan contoh.

Apabila anda mahu membeli barangan runcit, anda pasti lebih teruja untuk pergi ke tempat yang banyak pilihan dan berharga murah. Jawapannya apa yang bermain difikiran anda masakini ialah pasaraya mega seperti Mydin, Tesco, Giant dan sebagainya. Konsep ini juga yang digunakan peniaga cina yang menjual benda yang sama sebelah-menyebelah.

Konsep Perniagaan Berpusat

Sebuah kedai menjual kain mungkin ada 50 jenis kain. Cuba anda bayangkan apa persepsi anda bagi sebuah tempat yang 50 buah kedai menjual kain? Secara amnya anda terus terfikir betapa banyaknya pilihan anda disana. Benar atau tidak?

Kemudian anda terfikir sekiranya anda pergi ke sebuah kedai yang menjual kain dan tidak berjumpa harga yang bersesuaian, anda harus memandu atau mengeluarkan lagi kos petrol untuk mencari kedai lain. Di situ anda rugi bukan? Jadi sudah pasti pilihan anda ialah tempat perniagaan yang mempunyai banyak pilihan dan peluang anda mencari harga yang paling murah.

Pusat Perniagaan Sedia Ada Di Malaysia

Terdapat pusat perniagaan seperti ini di Malaysia sama ada diaturkan oleh kerajaan ataupun oleh pakatan peniaga itu sendiri. Saya lebih suka memberi contoh dimana pusat yang diatur oleh peniaga sendiri kerana ini membuktikan mereka bersepakat dan menerima konsep ini.

Apabila anda bercerita tentang lanskap, apakah tempat yang sering manis dibibir banyak orang di Kuala Lumpur dan Selangor. Jawapannya ialah sungai Buloh. Di Sungai Buloh terbaris puluhan kedai yang menjual produk lanskap dari pokok hinggalah ke pasu bunga. Saya sendiri pernah bertanya 10 orang rakan di Kuala Lumpur secara santai dan 9 orang daripada mereka menyarankan Sungai Buloh.

Pemasaran Bermula Dari Rumah Bakal Pelanggan

Menarik perhatian pelanggan haruslah bermula daripada rumah mereka. Ini adalah penting supaya apabila mereka memegang kunci kereta, hati mereka sudah teringat untuk memandu ke tempat anda.

Seperti saya katakan tadi, apabila dari 10 orang yang ditanya 9 daripadanya berkata Sungai Buloh. Maka 9 orang ini akan memandu ke Sungai Buloh. Peniaga di Sungai Buloh sudah mempunyai 9 orang prospek. Sementara peniaga lanskap di tempat lain hanya ada satu.

20 kedai lanskap di Sungai Buloh mempunyai 9 orang prospek tetapi 20 buah kedai merata tempat hanya mempunyai 1 orang prospek sahaja. Bukankah ini satu penjimatan kos pemasaran?

Orang Melayu Jangan Berdengki Tetapi Memanfaatkan Kaedah Ini

Saya pernah menjadi mangsa hasad dengki orang melayu sewaktu menjalankan perniagaan restoran. Sungguhpun restoran saya berjauhan dari kelompok restoran melayu lain, namun saya tidak terlepas daripada terkena ilmu hitam yang merosakkan perniagaan dari masa ke semasa hinggakan pernah memberi kesan kepada kesihatan.

Ke manakah akhirnya budaya ini? Andai ada 10 restoran melayu berdekatan, pelanggan sebenarnya lebih suka pergi ke sana. Tetapi apabila tinggal 1 sahaja, adakah mereka ini fikir bahawa semua pelanggan akan menjadi milik mereka? Mereka silap sama sekali. Sudahnya 1 restoran yang tinggal ini mungkin akan gulung tikar juga.

Jangan takut untuk berniaga berdekatan. Anda hakikatnya membentuk satu tempat perniagaan berpusat yang mampu menarik perhatian pelanggan. Peniaga keropok lekor di Terengganu telah membuktikannya. Begitu juga beberapa tempat yang sering mencetus minat pelanggan untuk ke sana.

Pelanggan mahukan pilihan dan harga. Beri mereka apa yang mereka mahu. Jangan habiskan wang anda menambah dosa hasad dengki dan juga secara tidak sedar meruntuhkan prospek.


Salam Sayang
Ummihanani-> Teratak 23

Tuesday, 17 May 2011

Hatiku Milikmu

Bismillahirrahmanirrahim.

Jeng..jeng..dap dip dup..cewah tajuk..oooppss jangan salah faham ye..tak de kena mengena dengan idah..hihi..cuma idah nak kongsi sebuah novel yang amat-amat idah suka baca.Insya ALLAH idah akan cuba berikan sinopsisnya sedikit..erm bukan sinopsis sgtlah tapi lebih kepada kata2 indah yang terdapat dalam novel ni. Monolog penulis dalam menjayakan watak novelnya.. Saja nak buat revision, mana tahu nnt Hanani dah besar bolah baca apa minat umminya.

Buat Hanani2 ummi, ummi sangat suka membaca novel fiksyen sains, action(terutama novel tulisan RAM) motivasi, islamik..bab cintan cintun pun suka juga tapi lebih berbentuk islamik. Macam buku yang Idah nak kongsikan ini. Alhamdulillah idah suka penceritaannya.


.

Isteriku
Maafkan aku kerana kelekaanku membuatkan engkau terpaksa menjalani
hidupmu yang pahit sendirian. Aku leka dengan kehendak nafsuku sehingga aku tidak
menyedari kewujudan cintamu. Maafkan suamimu ini..

Aku dapat rasakan engkau berkecil hati denganku. Kerana itulah engkau
mahu lari daripadaku. Engkau merasakan duniamu yang sunyi terlalu indah. Engkau
merasakan dunia lukamu terlalu mahal. Kerana itu engkau sehingga kini seperti mahu lari
daripada cintaku. Alhamdulillah..kini engkau tidak mampu lari lagi
kecuali ALLAH memutuskan nafas kita sebagai penamatnya.

Aku tidak akan membiarkan waktu membawa dirimu daripadaku walau sesaat.
Kerana telah terlalu banyak cinta yang engkau berikan kepadaku..
dan kini adalah masa aku pula memberikannya kepadamu. Dan janganlah rasa bersalah...
kerana aku memberikan apa yang ku ada ini bukan kerana simpati,
tetapi kerana hatiku ikhlas ingin memberikannya kepadamu.

Isteriku...
Tunggulah...engkau akan faham juga nanti..Engkau akan faham juga nanti
apa yang ada di dalam hatiku. Jangan engkau cuba lari dari kenyataan ini
kerana.............CINTA KITA BUKAN ILUSI...

Di atas adalah sinopsis yang terdapat di belakang novel..Sungguh indah kan..Coretan seorang insan yang telah bergelar suami..dicatatkan khas buat isterinya yang selama ini menyimpan cinta kepadanya..Sejak dari zaman belajar..cinta terpendam...akhirnya bersatu jua...Aturan ALLAH sungguh hebat..Maka nya letakkanlah yang utama CINTA KEPADA ALLAH..insya ALLAH kita akan peroleh cinta daripada manusia....dengan izinNYA..

Bawah ini pulak, monolog watak novel " Aisyah" yang sedang berperang dengan peperangan batinnya...Nak tahu lebih lanjut kena belilah novel ini ye..ihik..suspen aje..:-
Page 233:-

Tetapi kini aku benar2 diuji olehMU. Apakah aku benar2 mampu melaluinya tanpa cinta manusia terhadapku, tanpa cinta orang yang aku cintaimu. HambaMu ini sedar ya ALLAH. Engkau benar2 menguji hatiku! Tidak akan kutahu betapa lemahnya cintaku kepadaMU sekiranya aku tidka diuji begini. Tidak akan kutahu betapa aku lebih cintakan dunia daripada cinta kepadaMU sekiranya Engkau tidak membawanya pergi dari hidup dan mataku. Tidak akan kusedar hakikat diri ini yang sebenarnya..Ya ALLAH...
Nak tahu lagi banyak..bolehlah dapatkan novel ini..nanti idah sambung lagi ye..Idah amat syorkan kepada remaja-remaja yang suka membaca novel2 cinta tu..hihi:)


Salam sayang
Ummihanani-> teratak 23

Puasa hari pertama

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahamdulillah syukur ke hadrat Ilahi berjaya juga nak berpuasa hari ini. Alhamdulillah dapat juga menahan godaan Syaitan Laknatullah. Tinggal lagi dua hari lagi qada puasa ganti. Tak lama lagi Bulan-bulan mulia akan menghampiri bermula Rejab, kemudian Sya'aban menyusul seterusnya Bulan Ramadan AL Mubarak. Azam tahun ini kalau boleh nak puasa sunat dalam bulan2 mulia Rejab dan Sya'aban. Insya ALLAH.

Dugaan lapar alhamdulillah tidak dirasai. Berlalu seperti hari-hari biasa. Jadinya oklah waktu sahur hanya amik Shake HL+ sebiji pisang. Cuma minda sahaja asyik moody..Maybe kerinduan menjalar dalam saraf2 tunjang dan otak. hihihi. Hah amik! Sekarang ni siapa yang rindu sebenarnya. Adus bedebus...kan dah kena batang hidung sendiri...Ye lah bila ada depan mata hati ni berbunga2 aje..rasa lengkap... bila tak de hah mulai rasa kosong+sunyi...Apa-apa pun itulah keindahan dalam perkahwinan. Walaupun rindu-rinduan ianya halal dan insya ALLAH memperoleh pahala. Semoga urusan kandaku akan dipermudahkan dan cepat2 balik...Kami semua sudah rindu bangat ni. Dan hujung2 minggu kami pun sudah berlalu macam mendung berarak mega...

PANG!PANG!.....

Sah kena tempeleng...baru berpijak dibumi nyata. Adoilah apalah idah ni..Sudah-sudah gi bawa2 solat dan mengaji, insya ALLAH beroleh ketenangan.

"Ingatlah Tuhan..janganlah berhenti
Segala derita tidakkan rapati
Lapang di dada tenteram dihati
Menjadi penawar...tidak payah dijampi

Dunia ini laksana pengkalan
tempat berlabuh kapal berdagang
tiap yang bernyawa tidakkan berkekalan
tiba saatnya dipanggil pulang."


Salam Sayang,
Ummihanani --> Teratak 23

Monday, 16 May 2011

Selamat Hari Guru



16 Mei pada setiap tahun akan disambut oleh seluruh warga yang bekerjaya sebagai pendidik bangsa, samada di peringkat rendah mahupun tinggi. Ucapan mulai disiarkan di mana2 medium samada media cetak, media massa, internet mahupun telekomunikasi.

Ucapan Selamat Hari Guru

Oleh itu, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru…Terima Kasih Cikgu..” kepada semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya menjadi insan berguna pada hari ini. Antaranya ialah :

  • Arwah Abah+mak, - guru pertama yang banyak mengajar Idah tentang kehidupan.
  • Tok Guru Mengaji - Hajjah Munah(mak aji) yg mengajar idah baca Al-Quran seawal usia idah 6tahun..alhamdulillah
  • Guru-guru Di Sekolah Rendah Bukit Puchong, Sekolah Menengah Bukit Mendi, Pensyarah2 di Kolej KYPMKL, PSDC. Terima kasih atas tunjuk ajar kalian.
“Tanpa didikan, teguran dan bimbinganmu kelmarin, siapalah aku pada hari ini….”

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” khususnya kepada Along, Kaklong, Angah, Adik Ipar,sahabat2 di zaman kolej, sekolah, rakan2 di FB terutama nya Kak Azah, Kak Zima, Ina, Hajar, Huda dan lain-ain.



Salam Sayang,
Ummihanani --> Teratak 23

Sunday, 15 May 2011

Bicara seorang ibu

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam hujung minggu buat semua,

Syukur alhamdulillah masih berada di tahap momentum versi semangat berkobar-kobar dalam menulis. Salah satu sebab ianya sebagai satu medium untuk idah meluahkan apa yang idah rasa.Hari ni juga genaplah 6hari En.Kanda outstation, hanya telefon dan email sebagai penghubung kasih dan rindu. Tuntuan kerja en.kanda , sebagai isteri Idah redha. Alhamdulillah masih dikurniakan rezeki daripada NYA.Semoga segala urusan en.kanda di sana dipermudahkan ALLAH...amin.

Selama itu jugalah, Hanani-hanani Idah merindui Abahnya. Setiap hari pasti mereka akan bertanya..

"ummi....bila abah nak balik? Kakak rindulah...", si adik dengan ragamnya yang mahukan Abahnya...Bila menangis panggil abah...abah..huhuhu Sabar ye sayang pujukku..

Terasa sukar apabila menghadapi situasi ini, namun sebagai ibu, idah perlu kuat dan tabah. Idah suka ayat yang ditulis dalam blog seorang sahabat maya Insyirah Solehah..kata-katanya :-

"Nak ada anak mujahid, kena jadi ibu yang berjiwa besar! Jangan besarkan perkara remeh, kalau diri sendiri rapuh dengan emosi macammana anak nak kental."

Itulah kasih sayang yang ALLAH kurniakan kepada setiap ibubapa didunia ini. ANAK -> Harta yang paling bernilai, anugerah daripada ALLAH yang sangat tinggi nilainya. Kasih sayang yang wujud antara keduanya amat sukar untuk diungkapkan. Ya ALLAH kuatkan hatiku dalam menjaga, mendidik dan memberi kasih sayang kepada zuriatku ini, amanah daripadaMu dan suamiku."Menyemai rasa berinti cinta, menanam kasih bersulam rindu...hanya pada-MU ILAHI"

Oleh itu sebagai ibu masih banyak ilmu yang perlu digali dan ditimba. Perlu cekal untuk mengharungi segala macam dugaan dan ujian. Melihat dalam diri ini terasa banyaknya kelemahan dan ruang-ruang kosong yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-
Ingatlah setiap kalian adalah pengembala dan setiap kalian akan ditanya tentang pengembalaannya, seorang suami/ayah pengembala atas ahli rumahnya dan dia akan ditanya tentang pengaturannya di dalam keluarganya dan seorang isteri/ibu merupakan pengurus atas ahli rumah suaminya dan anak-anaknya dan dia akan ditanya tentang pengurusannya.
-Riwayat al-Bukhari, kitabul ahkam hal : 77-90

petikan di dalam buku "bicaralah atas nama kasih"
Betapa besarnya peranan ibubapa. Muhasabah diri sendiri.


Salam Sayang,
Ummihanani -> teratak 23

Nak pomote sikit...:)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah mood masih berada ditahap momentum yang stabil dan semangat pun masih berkobar2 nak menulis. Ok di sini idah nak ajk kawan-kawan blogger dan follower melihat page website idah di FB. Alhamdulillah semoga dengan adanya medium FB ini dapat meluaskan lagi jaringan rangkaian bisnes idah.

Idah sudah 4tahun bergelumang dengan dunia perniagaan online. Alhamdulillah walaupun tiada premis kedai2 nyata..namun syukur pendapatan yang diperolehi sama dengan gaji basic seorg pemegang ijazah..hihihi..Ok kawan2 boleh jenguk dan like ye..Terima kasih semua..:-








Salam Sayang,
Ummihanani -> teratak 23

Saturday, 14 May 2011

Selamat Hari Lahir Sayangku Afifah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, hari ni genaplah 4tahun umur Hanani idah yang sulung. Dilahirkan pada 14 Mei 2007, merupakan kelahiran sulung yang amat dinantikan oleh pihak keluarga mertuaku.Kelahiran puteriku ini merupakan kelahiran cucu sulung dalam keluarga En.Kandaku.Alhamdulillah Idah bersalin normal tepat Jam 5.35pagi yang disambut dengan azan Subuh.Syukur padaMU Ya ALLAH memudahkan kelahiran puteriku. Berat sekitar 2.8kg yang Ummi Abah berikan Nama AFIFAH HANANI.

Sepanjang mengandungkan cahaya mataku ini,alhamdulilah tak banyak ragam atau keinginan mengidamku terhadap apa2pun...Jikalau teringin sekalipun tidak lah sampai menangis nak juga. Idah juga selalu baca surah Yusuf (nak dapat anak yg cantik+soleh), surah lukman dan surah maryam.Banyak kisah sepanjang kehamilanku waktu ini. Tapi tak mahu cerita banyak.Insya ALLAH lain kali ye.

Sambutan majlis kecil-kecilan insya ALLAH selepas Abahnya pulang dari outstation. Tahun ni birthday kakak jatuh time Abah kena gi outstation.Maaf ye sayang...Perbualan Ummi+Kakak:-

Ummi :- Kakak....Selamat hari lahir sayang...Dah genap 4thn umur akk..Alhamdulillah..
Hananiku :- iye ke ummi? hr ni bufday kakak? ermmmm...kakak nak hadiah boleh ummi?
Ummi:- nak adiah apa?
Hananiku:- jap..jap...kakak nk tgk dalam beg sekolah kakak jap...
Ummi:- ...blurrrrrrr....apa agknya yg ada dlm beg anakku ni
Hananiku:- hah! ini ummi(sambil tunjuk color magic warna merah)..kakak nak kek warna merah ye ummi...
Ummi:- **sambil gelak kecil**...ooo ini..igtkan apa lah..ok boleh tunggu Abah balik dulu ye..
Hananiku:- nnt ummi bgtaulah abah ye..kakak malu lah nak bgtau bufday akk..
Ummi:- **senyum**
Wah sekarang dah pandai minta itu ini..Nampaknya Abahnya balik nnt kena jgklah sambut..Anak2 kita aje.hihi..Ada sedikit bingkisan:-

Koleksi video Afifah Hanani sejak dari lahir hinggalah kini…Ummi doakan semoga Hanani Ummi akan menjadi seorang srikandi yang terbilang, muslimah dan wanita yang solehah…Doa ummi sentiasa mengiringi setiap langkahmu wahai permatahatiku…Ummi sayang hanani ummi….
















Salam Sayang,
Ummihanani -> teratak 23

Wah...seronoknya

Bismillahirrahmanirrahim.

Entry ni patutnya lama dah dikeluarkan tapi biasalah suka peram sampai jadi mcm ikan pekasam..Cerita lama baru dikeluarkan..oklah tu kan..leh share2..Masa cuti hari Pekerja 1Mei yang lalu, En.Kanda ajak balik kampung melawat mak2 sedaranya di Kuala Terengganu..Sudah lama tak ziarah mereka...Kiranya macam kamching(rapat), so melawat tu satu kewajipan.Cewah.Apa2 pun time tu lah "Mrs. S" datang menyerang.huhuhu..mmg kalau dah kena serangan Mrs.S mood terus down.So ubatnya selalunya Idah akan tidur. Tapiiiiiiiiiiiiiii.....so bergegaslah kemas2 barang dan bertolak.

Nak dipendekkan cerita, on the way balik tu En.Kanda ajak singgah satu tempat yang sangat2 best.Hilang sedikit rasa sakit tu..Hihih dan part paling best dapat jenjalan naik bot...Jom layan gambar2 di bawah ye.(ni kes malas nak berceloteh panjang2)..Layanzzzzzzzzzzz:-

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang sejarah BUKIT BESI, sila KLIK DISINI YE!




















Salam Sayang,
Ummi Hanani,
http://kedainiaga.net
http://butikhanani.blogspot.com




Salam Sayang,
Ummihanani -> teratak 23

Sapu semak lalang dan sawang labah...

Assalamualaikum semua...
Apa kaba semua...Yang pasti tak de siapa agknya yang kisah..hihi..lama nya tak update blog.Bukan apa ntah tetiba hilang mood nak menulis.So biarkan aje semak samun,lalang dan sawang2 mula menjadi penghuni tetap.Hari ni mood kembali semula berikutan Idah sudah berada tahap kebuhsanang yang amat2 tinggi..hihi..En.Kanda outstation di tengah lautan, so hujung2 minggu begini maka nya menjadi tidak gumbira..hihi..

Rasa nak berbual dengan seseorg tapi ntahlah tak tahu nak call/sms/chat dengan siapa..Uik! baru perasan dikala sunyi begini hihihi rupanya tersedar dr lena yang panjang, Idah ni kurang berkawan.Hihihi..lepas ni kena aktif semula berblog.Leh dapat ramai kawan2, leh join GA dan mcm2 lagi.1st thing nak buat hari, idah nak tukar templete blog..nak cari yg hok ceria2 sikit..Ayuh!