Google+ Followers

Followers

Wednesday, 23 February 2011

Puisi - “Puteriku Cintailah Mereka"

Puteriku…
Bacalah sejarah Siti Khadijah Al-Qubra
Akan kau saksikan nanti satu peribadi agung
Dia menemani Rasul di waktu orang lain kufur
Dia mendampingi Nabi ketika orang lain lari
Tenaga dan hartanya habis membela agama
Darinya lahir zuriat keturunan mulia
Cintailah dia dan jadilah seperti dia

Puteriku…
Kajilah biografi Siti Aisyah,
Kau akan terpegun dengan tubuh yang mulia ini
Pendamping Nabi yang paling dikasihi,
Pententeram hati Rasul ketika duka,
lambang kemegahan wanita solehah,
Menjadi ulama’ obor umat
Cintailah dia dan jadilah seperti dia

Puteriku…
Tatapilah perjalanan hidup Siti fatimah Az-Zahra,
Kau akan menitiskan airmata melihat pendeitaannya
Bagaikan terbayang tubuh kerdil ini melangkah lemah,
Menjunjung bekas air di padang pasir sahara
Namun dia masih mampu tersenyum menyambut suaminya,
Memang selayaknya dia menjadi penghulu wanita syurga,
Cintailah dia dan jadilah seperti dia

Puteriku…
Telah kau baca, tatap dan kaji peribadi wanita mulia
Kau suluhlah pula wanita zaman ini
Tidak akan kau temui wanita agung penuntun hidup
Kembalilah kepada Khadijah, Aisyah dan Fatimah
Gabungkanlah peribadi mereka dalam hidupmu
Dan tempalah sejarah sebagaimana mereka telah menempanya

AA Hanani yang banyak ragam

Assalamualaikum semua,
Lama rasanya tak bercerita pasal Hanani. Selalu coretan ummi nya aje. Tajuk entry AA Hanani..hihi sebab dua2 puteri namanya bermula dengan huruf A..so nak diringkaskan Umminya guna AA. Afifah Hanani dan Aisyah Hanani. Alhamdulillah dua-dua dah semakin menginjak usia. Selaras dengan umurnya bermacam-macam ragam dan kerenah. Dua-dua ada perkembangan nya yang tersendiri.

Besar tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh kedua ibubapa. Dalam mendidik dan memberikan yang terbaik untuk setiap anak-anaknya. Alhamdulillah syukur Idah panjatkan kerana sejak mereka berdua lahir mmg sepenuhnya di bawah penjagaan idah dan suami. Tiada pembantu. Selalu juga mengeluh kerana keletihan dan saban hari melakukan rutin harian. Hingga pernah menangis semahu-mahunya..namun itu semua tekanan yang normal..hihi..Bila dalam keadaan letih seharian menguruskan rumahtangga, duduk sebentar terkenang apa yang mak bagi tahu masa anak dara dulu-dulu. Kata mak :-

"...nnt dah kawin, penat ke, letih ke, menangis ke...semua keje tu kamu kena sudahkan juga..nak harapkan siapa kalau bukan sendiri...buat pulak kalau anak-anak masih kecil setahun sorang pulak..perlukan perhatian..mak dulu time masak dukung kamu, membasuh kamu duduk atas riba...tak de pulak mak mengeluh...menangislah sorang-sorang"

huhuhu huwaaaaaaaaaaaaa....mak sekarang ni orang dah rasa macam yang rasa..baru faham akan tanggungjawab yang digalas..dan juga sudah merasai nikmat bersalin itu...

Indahnya sebenarnya alam perkahwinan ni.Ooooppss dah terlari tajuk pulak..nnt cerita pasal tu pulak. Sekarang berbalik kepada hanani Idah ni. Jom ikuti perkembangan dua beradik ni:-

Afifah Hanani bt Afizullah - Puteri Sulung 3thn 9bulan
  • Alhamdulillah sudah boleh mengaji ALIF BAA TAA dengan lancar walaupun kekdng susunan sebutan tak berapa betu, mengeja pun sudah boleh.
  • Mengenal bentuk-bentuk. contoh bentuk segitiga,segi empat,bulat,empat segi sama.
  • Mengenal warna-warna.
  • Membaca ABC walaupun kedkng tak berapa tersusun
  • suka melukis, menulis, menconteng, mengoyakkan buku
  • suka memberontak terutama kalau kehendaknya tidak dipenuhi
  • suka menangis,manja, lemah lembut dan suka menjerit
  • sangat suka akan buku
  • Buku Grolier Fun Thinker sudah mula menguasainya di bawah pengawasan ummi dan abah
  • Sangat suka menonton kartun (yang ni akan dipantau..Dora The Explore dan Go Diego Go selalunya akan mereka tonton)

Aisyah Hanani bt Afizullah - 2thn 4bulan (merisaukan Idah perkembangannya dr segi IQ agak slow berbanding kakaknya. Perlukan masa untuk belajar sesuatu.
  • Perkembangannya lebih kurang dengan kakaknya samada dari segi mengenal huruf,bentuk,mengaji
  • Agak slow dalam penerimaan untuk belajar(lebih suka mendengar dan belajar sendiri)
  • Cakapnya pelat (kalau siapa2 tahu macamana nak atasi masalah ni boleh kongsikan dengan idah ye) . Aisyah sebutannya mmg pelat. Terutama kalau cakap laju.
  • Berdikari,
  • Sangat suka kartun












Salam Sayang,
UmmiHanani
Teratak 23
20 Rabbiul Awal 1432H

Wednesday, 16 February 2011

Serba Ringkas tentang Buku "Jana RM dari Rumah"

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Alhamdulillah semoga keceriaan dipagi hari ini berterusan hendaknya, Dah lama tak update blog sendiri.Terima kasih pada sahabat maya K.Yati kerana sering berkunjung ke blog idah dan bertanyakan entry baru. Bukan dek kerana kesibukan tugas seharian yang membantutkan penulisan di blog ini, tetapi kekeringan idea dalam menulis menyebabkan Idah biarkan sahaja hari berlalu tanpa ada entry terkini.

Alhamdulillah hari ni, semangat untuk menulis tu ada. Banyak yang hendak ditulis dan dikongsikan cuma kekadang hilang perkataan untuk menyusun ayat-ayat indah. Cewah..hihih. Ok di sini Idah nak kongsikan sedikit serba ringkas tentang buku "Jana RM Dari Rumah" karya kak Masayu Ahmad.



Pic:- kredit drpd Blog kak Masayu


Pada pandangan idah, buku ini wajar dimiliki oleh setiap suri rumahtangga samada sudah memulakan perniagaan atau belum.Ini kerana pengolahan idea yang kak mas tulis ni banyak membantu para suri rumahtangga yang cuba untuk mencari atau menambahkan sumber pendapatan seisi keluarga. Susunan ayatnya juga menarik dalam setiap bab.

Antara bab yang idah suka :-
  • Pilihan Bisnes dari rumah -bab 6 ( didalam bab ini menerangkan tentang panduan bisnes bagaimana untuk menentukan produk pilihan, sumber, modal, siapa pelanggan anda dan banyak lagi tip2 yang menarik. Ada juga diterangkan tentang bisnes secara online dan mengapa anda perlu memilih bekerja dari rumah.)
  • Pengurusan Masa -bab 9 ( bab 9 ini pulak menerangkan bagaimana menguruskan masa dengan sebaiknya dan tip2 motivasi sokongan bagi suri rumahtangga yang telah memilih kerjaya dari rumah ini.Malah Kak Mas juga ada selitkan jadual Masa sebagai rujukan.
  • Cabaran bekerja dari rumah - bab11 menerangkan tentang cabaran-cabaran yg mungking dihadapi setelah memilih kerjaya ini dan dalam part ini juga ada kisah tentang idah...Nak tahu apa kisahnya..dapatkan buku ini ye.
  • Motivasi untuk sukses - bab12 (Ada panduan dan tips2 yang sangat berguna dan boleh dipraktiskan.)
  • Persaingan -bab 15( yang ni bab yang menarik juga sebab ada dinyatakan panduan untuk menangani persaingan jika berniaga produk yang sama.
  • Motivasi bisnes -bab akhir
Semua yang dinyatakan tu idah selalu ulang banyak kali untuk rujukan idah. Dan part yang paling best (heheheh pomote sikit), didalam buku tersebut ada rentetan kidah idah.Nak tahu?Hah kenalah beli dan dapatkannya sekarang. tak rugi tahu malah dapat tambah ilmu.Oklah sekadar itu sahaja serba ringkas ye. Nak tempah buku ini secara online boleh klik link di bawah ye:-

Salam Sayang,
Teratak 23
19 Rab'biul Awal

Minat&Perniagaan

Artikel ini idah dapat daripada email yang dihantar oleh Irfan Khairi. Semoga ada manfaat nya buat newbie dan saya juga

Artikel:- Irfan Khairi
Sumber :- http://www.irfankhairi.com/live/prelude.htm

Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat...

* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up/putus asa. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!

* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari! Penyelidikan mengatakan bahawa, lebih dalam ilmu seseorang itu dalam sesuatu bidang, lebih tinggi pendapatannya!


Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat...

* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan... tetapi, keputusan akan tetap sama kerana perniagaan industri lain juga bukan minat kita!

* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh... seperti melepaskan batuk ditangga. Bila tidak bersungguh-sungguh, maka, pulangan yang datang kepada kita juga tidak bersungguh-sungguh!
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelak akan gagal...
Jika dipantau kisah-kisah kejayaan dan juga membaca biografi mereka yang berjaya, semuanya melakukan apa yang mereka minat sebagai perniagaan. Adakah anda mempunyai minat yang boleh dijadikan perniagaan? Apakah minat anda?

Jadi, adakah perniagaan yang kita lakukan kini kita benar2 minat... ataupun tak minat? ;)



Salam Sayang,
Teratak 23
13 Rabbiul' Awal 1432H

Monday, 14 February 2011

Klinik dan Alahan Ubat?

Assalamualaikum...
Selamat petang buat semua kawan-kawan blogger, alhamdulillah hari ini ada sedikit keceriaan berbanding semalam. Semangat waja untuk fokus pd kerja pun sudah kembali. Alhamdulillah syukur padaMu Ilahi. Terima kasih juga pada en.kanda.

Pagi td en.Kanda dah bawa gi klinik,alhamdulillah urusan cepat. Kalau tidak mahunya pening+sakit perut kembali lagi. Tak boleh nak duduk lama2 kat klinik,loya bau mcm-mcm ubat. Pesakit No 3005. So dah check semua.

MA tu kata idah maybe alahan pada ubat.ALAHAN? igtkan alahan hamil..hahahahah bukanlah. Alahan ubat atau somethinglah. Seingat idahlah(mmg catat dalam buku) tak de pulak amik apa2 ubatan hospital. Idah just amik herba,madu dan habbatussauda. Ayoyoyoyo bakpe pulak dah alahan...Rasanya bukan alahan tapi panas dalam agknya, hihi Idah pulak jadi MA kan...ermmm apa2 pun hadapi ujian tak sihat dengan sabar. Boleh juga rehat(rehat ke? macam tak aje).

Idah pun cari info pasal alahan ubat ni. Apakah penyebabnya. Carian di google paling pantas dapatlah infonya seperti di bawah:-

Alahan Ubat

Tindakbalas alahan adalah kesan sampingan ubat ubatan yang tidak diingini dan jarang berlaku. Pelbagai jenis tindakbalas alahan boleh berlaku. Tindakbalas ini boleh berlaku dalam pelbagai jenis daripada ruam ringan hinggalah kesan teruk kepada sistem utama badan. Tindakbalas badan boleh memberi kesan kepada banyak sistem organ, tetapi selalunya kulit adalah organ yang selalu mengalami alahan. Mengenalpasti tanda dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting kerana ia boleh mengancam nyawa. Walau bagaimanapun kematian disebabkan oleh alahan ubat amat jarang berlaku.

Alahan ini jarang berlaku ketika kali pertama mengambil ubat. Biasanya alahan akan berlaku apabila selepas pengambilan kali kedua. Sekiranya anda bertindak balas pada kali pertama, berkemungkinan anda telah terdedah dengan ubatan jenis tersebut tanpa mengetahuinya. Tidak semua tidak balas sampingan terhadap ubatan adalah alahan. Malah sebenarnya kurang daripada 10 peratus kesan sampingan ubat merupakan alahan. Penyebab lain kesan sampingan merupakan interaksi antara 2 atau lebih jenis ubat, ketidakcernaan ubat sepenuhnya di dalam badan (hati dan buah pinggang), terlebih dos dan kesan sampingan seperti loya, muntah atau cirit birit.

Tanda dan Gejala
Alahan ubatan boleh menyebabkan pelbagai jenis gejala berlaku bergantung kepada ubat dan kekerapan anda mengambilnya. Berikut adalah merupakan tindakbalas yang selalu berlaku:

Kulit

  • Campak – seperti ruam
  • Gatal –tompokan merah di atas kulit dengan rupa bentuk yang berbeza menyebabkan terasa gatal ( ini idah alaminya...kalau gatal dan garu mmg timbul tompokan merah)
  • Photoallergy – Sensitif terhadap cahaya matahari, kulit menjadi gatal dan kemerahan apabila terdedah kepada cahaya matahari
  • Erythema multiforme – Merah, bengkak dan gatal di tempat tempat tertentu adakala dikaitkan dengan pembengkakan permukaan lidah
  • Demam (ada aura aje..belum demam cuma lemah2 badan)
  • Sakit sendi dan otot(iye betul sakit2 sendi rasa mcm nak demam)
  • Bengkak nodus limfa
  • Jangkitan pada buah pinggang
  • Tidak seperti kebanyakan tindakbalas alahan , yang berlaku secara pantas selepas terdedah kepada bahan penyebab alahan, tindakbalas alahan terhadap ubatan akan berlaku sehari atau seminggu selepas pengambilan dos pertama.
  • Anaphylaxis atau tindak balas anaphylactic - Merupakan tindak balas yang serius dan boleh membawa kematian. Pesakit yang mengalami tindak balas ini perlu dirawat dengan segera di bahagian kecemasan Hospital.
  • Tindak balas kulit- Gatal-gatal , tanda kemerahan , terasa panas dan gatal
  • Kesukaran bernafas -Dada tersumbat, teras ketat, mengeluarkan bunyi “wheezing”, tekak tersekat.(ini juga ada alami)
  • Pitam – Sakit kepala dan hilang daya imbangan badan secara tetiba akibat peningkatan tekanan darah
  • Degupan jantung tidak sekata
  • Bengkak pada muka, lidah, bibir, tekak, sendi, tangan atau kaki(ada juga)

Hampir semua tindak balas Anaphylactic berlaku dalam masa 4 jam selepas dos pertama. Kebanyakannya berlaku selepas 1 jam mengambil ubat, namun ada juga yang berlaku dalam masa seminit malah sesaat.

Sebab-Sebab
Tindak balas alahan ini berlaku disebabkan oleh sistem daya tahan bertindak balas secara berlebihan terhadap ubatan, juga dikenali sebagai penyerang kimia atau antigen. Tindakbalas berlebihan ini selalu dirujuk sebagai tindak balas hipersensitiviti.

Badan menghasilkan antibodi terhadap antigen dan menyimpannya di dalam sel khas.

  • Antibodi dalam tindak balas alahan disebut immunoglobulin E, or IgE.
  • Apabila badan terdedah kepada ubat yang sama sekali lagi. antibodi akan memberi signal kepada sel untuk melepaskan bahan kimia “mediator”." Histamine adalah contoh sejenis mediator
  • Kesan mediator ini akan menunjukkan gejala-gejala tindakbalas.

Penyebab utama alahan ubatan adalah seperti berikut:

Painkillers ( analgesics) scodeine, morphine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs, seperti ibuprofen atau indomethacin), dan aspirin.

  • Antibiotics seperti penisilin, sulfa drugs, dan tetracycline
  • Ubatan Antiseizure seperti phenytoin (Dilantin) atau carbamazepine (Tegretol)

Faktor Risiko

Faktor risiko bagi alahan ubat:

  • Selalu terdedah kepada ubatan
  • Dos ubatan yang terlalu banyak
  • Ubatan diberi melalui suntikan berbanding pil
  • Kebiasaan untuk merangsang alahan dan asma

Rawatan

Rawatan untuk alahan ubat termasuklah memahami perkara yang perlu dilakukan jika anda mempunyai tindakbalas alahan ini. Elakkan ubatan yang menyebabkan alahan dan menggunakan ubatan seperti antihistamines untuk gejala yang sederhana.

Sekiranya anda mendapat gejala alahan sebaik sahaja selepas mengambil ubat, berjumpalah dengan doktor. Anda boleh mengambil antihistamine seperti diphenhydramine(Benadryl dan sebagainya) untuk menghilangkan kegatalan dan mengurangkan ruam. Sekiranya tindakbalas menjadi lebih teruk anda memerlukan rawatan seperti suntikan ataupun pengambilan secara oral bagi corticosteroids. Tindakbalas anaphylaxis memerlukan tindakan segera dengan suntikan epinephrine dan rawatan di hospital untuk mengekalkan tekanan darah dan membantu pernafasan.

Pencegahan

Tiada cara yang diketahui untuk mengelakkan alahan ubat. Anda boleh mengurangkan risiko dengan meminimumkan pengambilan ubat selagi boleh. Semakin banyak badan terdedah dengan ubatan, semakin mudah untuk mendapat alahan ubatan.

Sentiasa memberitahu anggota kesihatan yang anda temui untuk rawatan mengenai alahan anda dan jenis tindakbalas yang anda hidapi. Jangan mengambil ubat yang ada tindak balas kepada anda sebelumnya. Sekiranya anda sudah terdedah dengan tindak balas kali pertama, risiko untuk mendapat tindakbalas yang lebih teruk akan lebih meningkat.

Sekiranya perlu, pakailah gelang atau rantai pengenalan kesihatan. Peralatan ini dipakai pada pergelangan tangan atau leher untuk memberitahu anggota kesihatan mengenai tindak balas alahan dan risikonya.

Anda boleh membawa kad yang berkaitan informasi kesihatan di dalam dompet. Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda mengenai sebarang kesan sampingan yang pernah dialami sebelum mereka mendispensi ubat kepada anda.

Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda tentang sebarang ubat, preskripsi atau tanpa preskripsi yang anda telah ambil.


Semakan Akhir : 22 April 2008

Sumber :- http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/AlahanUbat.php



Salam Sayang,
Teratak 23
11 Rabbiul' Awal 1432H

Sunday, 13 February 2011

Alhamdulillah...akhirnya



Alhamdulillah akhirnya berjaya juga idah mendapatkan buku ni.Masih belum sempat membacanya.Idah baru beli kat Popular Di Berjaya Megamall Kuantan semalam 12/02/2011.Tak sabar nak baca,namun dek ketidaksihatan diri maka nya ditangguhkan dulu.Insya ALLAH dah habis baca idah akan kongsikan di sini sinopsisnya ye.

Selain tu,ada buku-buku lain juga idah beli(mmg dah hobi suka beli buku). Antaranya:-

  • Mama Saya Lapar - Wardina Safiyyah
  • Bicaralah Atas Nama Kasih - Noraslina Jusin (isteri UZAR)
  • Tarbiah Anak-Anak dengan zikir dan doa - Ustaz Zahazan + Rohidzir Rais
  • 101 Idea Bisnes Home-Based - Junaidah Hamdan
  • Rahsia Bisnes Isteri Rasulullah Khadijah - Ashadi Zaim
  • Mingguan Wanita


Salam Sayang,
Teratak 23
10 Rabbiul' Awal 1432H

Sakit mata(merah berair+pedih)+ selesema+aura demam

Hari ini Idah rasa kurang sihat sangat2 tapi sempat lagi update blog...:) Alhamdulillah syukur kerana ALLAH memberikan kesakitan ini untuk menghapuskan dosa-dosa kecil.Masa untuk berehat.Idah sedaikan satu tazkirah untuk renungan bersama:-

Panduan Memilih Sahabat

Berpesan Al Qomah kepada puteranya, Wahai puteraku, sekiranya kamu
merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah kamu
memilih teman-teman yang memiliki sifat berikut,

1- Jika kamu ditimpa bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu
untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

2- Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu
maka akan segera mengusahankannya.

3- Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantu
dengan memberikan pandangannya.

4- Jika bercakap-cakap dengan temanmu maka ia akan membenarkan kata-
katamu.

5- Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau
perkataanmu maka ia akan menutupinya.

6- Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka ia
akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

7- Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu maka ia
menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali.

8- Jika temanmu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia
akan mengingati dan menghargainya malah akan menyebutnya selalu.

9- Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya
maka ia akan bertanyakan kesusahanmu itu.

10-Jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka ia lebih rela mengalah
demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

Berkata Hukama'
"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ianya seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlulah kamu bertanyakan di sana-sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut dan meniru perlakuan kawannya itu."

Waallahua'alam...

Teratak 23

Thursday, 10 February 2011

Renungan:- Cerita seorg budak dan 3 soalan.

Pada suatu masa ada seseorang yang memusuhi Allah. Ia suka menanyakan tiga soalan dan tiada siapa yang boleh menjawabnya. Bahkan ulama-ulama di Baghdad pun tidak dapat menjawabnya. Ini menyebabkan ia semakin menjadi-jadi memperleceh Islam. Pada suatu hari seorang anak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun datang dan mendengar cabaran yang dibuat oleh lelaki tersebut.

Lelaki ini mencabar siapa sahaja untuk menjawab soalannya. Anak lelaki itu diam dan memerhatikan sahaja. Kemudian ia nekad untuk menyahut seruan lelaki itu. Ia kemudiannnya berjalan ke arah lelaki itu dan berkata, "Aku sahut cabaranmu" !

Lelaki itu ketawa dan tambah memperleceh lagi orang-orang Islam sambil berkata, "Anak berumur 10 tahun menyahut seruanku? Ini sajakah yang mampu kamu adakan?"

Anak lelaki itu dengan tenang mengulangi sekali lagi hasratnya. Ia akan menyahut cabaran lelaki ini dan dengan pertolongan dan petunjuk Allah ia akan menundukkan lelaki ini. Lelaki itu akhirnya bersetuju.

Maka ramailah orang berkumpul di sekeliling bukit kecil di mana selalunya rapat-rapat umum diadakan. Maka lelaki yang bongkak itu pun naik ke atas bukit dan dengan suara yang kuat ia menanyakan soalan pertama, "Apa yang sedang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?"

Anak lelaki itu berfikir sejenak dan tak lama kemudian ia meminta lelaki itu turun dari atas bukit supaya ia boleh naik dan menjawab soalan itu.

Lelaki itu dengan nada yang agak marah berkata, "Apa? Kau mahu aku turun?"
"Ya!" jawab anak lelaki itu. "Kau hendak aku jawab, bukan?"

Akhirnya lelaki itu turun dan budak itu dengan kakinya yang kecil naiklah ke
atas bukit. Lalu ia berkata, "Ya Allah yang Maha Gagah. Engkaulah menjadi saksi di hadapan orang ramai ini. Kau baru sahaja mentakdirkan orang kafir ini turun ke aras yang rendah dan orang yang beriman ke atas yang tinggi".

Mendengar jawaban anak ini orang ramaipun bersorak sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar!!!"

Lelaki itu pun rasa terpukul tetapi masih tidak jera lalu menanyakan soalan kedua. Soalnya, "Apa yang wujud sebelum Tuhan?"

Anak lelaki itupun bertafakkur. Lalu ia meminta lelaki itu mengira dari 10 ke belakang.

Lelaki itu pun mengira, "10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3, 2, 1,0"
Lalu anak lelaki itupun bertanya, " Apa yang wujud sebelum 0 ?"
Jawab lelaki itu, "Tak tahu ....... tiada"

Anak lelaki itupun berkata, "Tepat sekali. Tiada sebelum Allah, Dia kekal abadi".

Orang ramai bersorak lagi sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar!!!!"

Lelaki itu mula putus asa tetapi meneruskan dengan soalan ketiga, " Ke arah mana Allah menghadap? " Seperti tadi anak lelak itu pun berfikir sejenak.

Lalu ia meminta sebatang lilin. Sebatang lilin dibawakan kepadanya lalu ia memberikannya kepada lelaki tadi. Ia meminta lelaki itu menyalakan lilin berkenaan. Lelaki itu menyalakan lilin itu sambil berkata, "Apa yang kau ingin buktikan?"

Anak lelaki itupun bertanya, "Ke arah manakah cahaya lilin itu memancar?"

Lelaki itu menjawab, "Tentulan ke semua arah". Anak lelaki itupun berkata, "Kau telah menjawab soalanmu sendiri. Cahaya Allah memancar ke semua arah. Dia ada di mana-mana.
Tiada tempatpun Dia tiada.

Orang ramai pun bersorak lagi sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar!!!"

Lelaki itu kagum dan hatinya tersentuh dengan kepandaian anak itu lalu ia menjadi penganut Islam dan belajar dengan anak itu. Tahukah anda siapa anak lelaki itu? Ia adalah salah seorang imam mazhab besar dalam ahli sunnah wal jamaah Imam Abu Hanifah.

(sumber artikel :- koleksi daripada email 14/05/2002)


Teratak 23

Templete asyik tukar-tukar

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua,

Apa khabar ye hari ini? Alhamdulillah hari ni mood idah sudah agak pulih 40% walaupun tidak sepenuhnya. Nak rajin menulis ni amik masa juga. Templete pulak asyik bertukar2 aje..susah betul nak dapatkan tema color untuk rumah sendiri kan.Tak tahu lah kalau dalam dunia realiti.Mesti En.Kanda pening kalau tiap2 bulan asyik nak tukar color aje.hihihi...takpe2 blog ni idah yang buat semuanya..so tak kisahlah kalau asyik bertukar2.Ada aje yang berkenan.Templete yang ni tak tahu lah bape tahannya.

Oklah bila-bila rasa ada mood lagi idah sambung ye. Rasa kemalasan tu masih berbaki lagi. Urusan rumahtangga pun masih ada yang belum selesai. Super duper mom!

Wednesday, 9 February 2011

moody...malas...hilang fokus

Tak tahulah kenapa sejak dua menjak jadi macam malas aje terutama nak bekerja..mood pun selalu aje down...Cepat naik marah...arrrrrrrrrrggggghhhhh benci bila berada dalam situasi mcm ni....malas nak buat kerja..so kalau tak kerja fulus mania pun tak de...hilang fokus!!





Wednesday, 2 February 2011

Kebangkitan rakyat Mesir: Saat sekutu Israel dijatuhkan Allah

Oleh :- Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

Sekian, wasalam.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.

Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M