Google+ Followers

Followers

Wednesday, 23 February 2011

Puisi - “Puteriku Cintailah Mereka"

Puteriku…
Bacalah sejarah Siti Khadijah Al-Qubra
Akan kau saksikan nanti satu peribadi agung
Dia menemani Rasul di waktu orang lain kufur
Dia mendampingi Nabi ketika orang lain lari
Tenaga dan hartanya habis membela agama
Darinya lahir zuriat keturunan mulia
Cintailah dia dan jadilah seperti dia

Puteriku…
Kajilah biografi Siti Aisyah,
Kau akan terpegun dengan tubuh yang mulia ini
Pendamping Nabi yang paling dikasihi,
Pententeram hati Rasul ketika duka,
lambang kemegahan wanita solehah,
Menjadi ulama’ obor umat
Cintailah dia dan jadilah seperti dia

Puteriku…
Tatapilah perjalanan hidup Siti fatimah Az-Zahra,
Kau akan menitiskan airmata melihat pendeitaannya
Bagaikan terbayang tubuh kerdil ini melangkah lemah,
Menjunjung bekas air di padang pasir sahara
Namun dia masih mampu tersenyum menyambut suaminya,
Memang selayaknya dia menjadi penghulu wanita syurga,
Cintailah dia dan jadilah seperti dia

Puteriku…
Telah kau baca, tatap dan kaji peribadi wanita mulia
Kau suluhlah pula wanita zaman ini
Tidak akan kau temui wanita agung penuntun hidup
Kembalilah kepada Khadijah, Aisyah dan Fatimah
Gabungkanlah peribadi mereka dalam hidupmu
Dan tempalah sejarah sebagaimana mereka telah menempanya

No comments:

Post a Comment