Google+ Followers

Followers

Monday, 29 November 2010

GROLIER - In Home Learning Expert

Salam sayang buat semua,

Entry ni sepatutnya idah tulis bulan punya, namun tidak berkesempatan untuk idah menulis. Hari ini alhamdulillah cuba curi-curi masa yang ada untuk masukkan entry ini. Anda pernah dengar pasal GROLIER tak? Pada mulanya idah memang tak tahu apa itu GROLIER. Daripada seorang sahabat maya dia beritahu apa itu GROLIER dan apakah kebaikannya. Dia bercerita kerana keluarganya sendiri telah pun mencuba dan alhamdulillah berjaya adik beradiknya menguasai Bahasa Enggeris dengan baik sekali.

Makanya pada bulan lepas, kebetulan En.Kanda baru pulang dari Offshore setelah hampir seminggu di sana pulang. En.Kanda suggest nak bercuti dan jalan-jalan di Kuantan. Almaklumlah seminggu dilaut kan...rindu kat anak2 dan isteri(cewah ayat...hihih) Dalam byk2 tempat berjalan, kami sempat ke ECM(EAST COST MALL). Hah kat situ lah Idah jumpa Kedai Buku GROLIER ni..Ooooppsss terpikat lak pulak Idah..Dulu dah pernah dah pergi sekali, tapi tak bersedia lagi.

So mcm biasalah kan jurujual tersebut menggunakan semua skill yang ada padanya untuk menarik minat ummi hanani ni untuk membelinya. Anak-anak idah usah kata lah, rasanya tgk pd keadaan mmg mereka tak mahu keluar dari dunia tersebut. Dah dapat buku, tempat pulak menarik minat mereka...adoilah...mcm2 pujuk ajak keluar tak de maknanya.Akhirnya umminya melanggan jugaklah...Melabur demi pendidikan anak-anak, berbaloi insya ALLAH.

Cuma Idah nak tanya jika ada di kalangan blogger-blogger yang sudah pun memilikinya, dan sudah pun menggunakan sepenuhnya sistem ini, silalah berkongsi keberkesanannya. Ada testimoni lagi baik. Idah nak juga tahu sejauh mana berkesannya. Idah sedang dalam proses menggunakan untuk anak-anak Idah yang berusia 3tahun dan 2tahun.


Suasana di dalam Kedai tersebut, betapa khusyuknya anak-anak idah membelek permainan LOGICO.


Jurujual tersebut sedang memberi keterangan pada En.Kanda.Sebelum tu Idah. Sekarang ni tgh pujuk en.Kanda pulak..hihihi..drpd yang basic idah nak, en kanda tambah pulak koleksinya...


Suasana yang begitu menyenangkan dan menyeronokkan buat kanak-kanak. Love book. kalau boleh nak buat mcm ni juga kat rumah sendiri...Insya ALLAH. Tanam minat membaca pada anak-anak sejak dari kecil.


Keterangan yang lebih detail anda boleh rujuk link berikut :- http://www.scholastic-asia.com/gasia/


Salam Sayang,
Ummu Hanani
Teratak 23

Aisyah dan barang-barang mainannya

Assalamualaikum dam salam sejahtera buat semua kawan-kawan blogger sekalian,

Sudah lama rasanya idah tak bercerita tentang kisah Hanani-hanani Idah. So hari ni entrynya pasal Aisyah Hanani. Alhamdulillah usianya dah genap 2tahun 1 bulan. Dah sebulan juga Idah pisahkan susu badan dengannya. Aisyah ni sungguh mudah lepaskan susu badan, tiada menggunakan cara-cara yang ekstrem pun(hihi..biasanya ibu2 sarankan bubuh minyak angin lah,bawang putih lah dan mcm-mcm lagi) namun idah hanya gunakan psikologi sahaja.

Pujuk dan terus pujuk nya serta layan karenahnya.Itu sahaja. Mudah kan...Oklah sebenarnya hari ini nak kongsi cerita pasal baran mainan dia. Actually barang-barang maiannya semuanya dikongsi bersama dengan kakaknya. Antaranya:-

Barangan LEGO yang sentiasa di bawa kemana-mana sahaja.

Hadiah daripada moklongnya...Import from Japan.

Koleksi buku-buku grolier dan cd yang ummi beli untuk Hanani2...


Salam Sayang
Ummu Hanani
Teratak 23
22 Dhul Hijjah 1431H

Wednesday, 24 November 2010

Petua Oh petua

Assalamualaikum dan Selamat malam semua,

Hari ini Idah nak kongsi sedikit beberapa petua yang selalu diamalkan orang-orang lama, pada idah ianya bagus untuk dikongsi bersama. Mana yang rasa ok boleh kita ikut, kalau rasa tak ok jangan buat...Jom baca seterusnya:-

Kurangkan Kolestrol
  • 1 :: Masak lauk + bawang belah 4.. bawang merendahkan kadar kolestrol

  • 2 :: Kurangkan makanan berminyak.....

Naikkan berat badan
  • 1 :: makan ayam setiap 2 hari

  • 2 :: makan coklat setiap hari

  • 3 :: makan aiskrim selang sehari...

  • 4 :: minum susu coklat selalu...

Rumahtangga bahagia
  • 1 :: Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

  • 2 :: Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

  • 3 :: Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri

  • 4 :: Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

  • 5 :: Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

  • 6 :: Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.

  • 7 :: Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

  • 8 :: Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

  • 9 :: Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis iddah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

  • 10 :: Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

  • 11 :: Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

  • 12 :: Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

  • 13 :: Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

  • 14 :: Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

  • 15 :: Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

  • 16 :: Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

  • 17 :: Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

  • 18 :: Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkanseperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

  • 19 :: Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhatimuda walaupun masing-masing sudah berusia.

  • 20 ::Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

  • 21 ::Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

  • 22 :: Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

  • 23 ::Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Melazatkan Air Suam
  • 1 :: Ketika anda memasak air, letakkan beberapa helai daun pandan(bergantung kepada isipadu air) ke dalam cerek air yang hendak di masak setelah di masak air tersebut akan lebih wangi dan sedap pabila diminum( idah tak bape suka...ini ikut pada selera masing2)

Hilangkan bau ketiak
  • 1 :: Gosokkan kulit limau ketika mandi .Lama-kelamaan akan hilang.( ini terbukti berkesan..hihihi)

Wangian kereta
  • 1 :: Daun pandan : Ambil beberapa helai daun pandan segar, letakkan dibawah kerusi atau mana2 tpt (yg tidak menyemakkan mata). Bila daun ini sudah kelihatan kering dan tidak mengeluarkan bau lagi, tukarkan kepada daun baru.
Hilangkan Angin di dalam badan.

Bagi bayi
  • 1 :: letakkan sebiji lada hitam dalam pusat baby tu. insya-ALLAH kembung perut tadi akan beransur pulih .

Bagi dewasa
  • 1 :: sapu minyak yg berangin dan pastikan anda berada diluar kawasan..dikhuatiri akan menderma angin pada orang lain ....Hilangkan Sakit perut disebabkan makanan dan minuman.

Bagi bayi
  • 1 :: minyak telon, or minyak angin cina (cap yu yee)

Bagi dewasa
  • 1 :: tuam pakai towel panas ke, sapu apa apa minyak angin

Ubati Asma
  • 1 :: Makan hati unta (tak sanggup rasanya nak makan..tapi tak tahulah kalau tgk dah siap masak nampak lazat maybe telan juga)

  • 2 :: Makan sup sarang burung

  • 3 :: Kurangkan mkn benda2 sejuk (sayur menjalar dan ais krim) - aiskrim rasanya mcm susah aje nak tinggalkan...

Elakkan sakit mental
  • 1 :: Positive Thinking

  • 2 :: Selalu membaca Al-Quran

Hilangkan lebam
  • 1 :: Tuamkan dengan air panas . Lama kelamaan bahagian lebam akan menjadibiru dah akhirnya hilang.

Hilangkan bisul
  • 1 :: Ambil daun semalu dan tumbukkansehingga lumat kemudian sapukan dibahagian bisul tersebut.

Cara untuk jaga mata.
  • 1 :: Setiap kali dengar azan, rendam kepala dlm kolah (kalau ada) dan tekan kedua ibu jari (tangan) pada kelopak mata. insyaAllah mata kita terang(kire x rabun @ dpt kurangkan kerabunan) buat la sampai azan habis

Cara untuk menyejukkan mata.
  • 1 :: Jika Mata terasa letih melihat komputer........ maka hendak merehatkannya dengan mengambil daun 'Aloe Vera' .....ambil cecairnya dan sapu sedikit pada kedua kelopak mate kemudian pejamkan mate ..... dalam setengah jam.... kemudian cuci kelopak mata .... boleh menyejukkan mata. atau anda juga boleh buat senaman dan bangun melihat kehijauan pemandangan di luar rumah,pejabat atau di mana shj..yang penting hijau.
Cara untuk awet muda .
  • 1 :: Sentiasa riang & senang hati... jgn suka bermuram.... senyum sokmo

  • 2 :: Lupakan apa yg tlh berlaku ( utk elak dr stress)

  • 3 :: Tidur awal & bangun awal akan membuat anda sihat & segar

  • 4 :: Berat badan yg ideal

  • 5 :: Sentiasa peka & aktif membuat sel-sel otak menjadi sihat

  • 6 :: Sentiasa melakukan apa yg anda suka & jgn berhenti krn ia akanmembuat badan anda lemah

  • 7 :: Sentiasa mengawal diri sendiri. jgn biarkan org lain mengawal dirianda

  • 8 :: Terlalu byk pil akan merosakkan badan anda. ambil yg perlu saje

  • 9 :: Bersenam, elak dr merokok dan makanan yg boleh menggemukkan

  • 10 :: Jgn terlalu risau akan kesihatan dan kematian(mati tetap akan tiba)..teruskan hidup dgn gembira............

Tuesday, 23 November 2010

Sayangkan anak tangan-tangankan...

Salam kasih sayang buat semua...

Apa khabar suri rumahtangga sekalian?Anda sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak-anak? Pernah tak anda hilang kawalan diri dan memarahi anak-anak anda?Terutama anak-anak yang sedang dalam proses perkembangan pembesarannya yang memerlukan sepenuh perhatian anda. Idah kekadang tak dapat nak kawal perasaan itu. Namun amarah seorang ibu yang sayangkan anak-anak tidak berterusan...Memandang wajah kecil tersebut mencairkan hati yang marah..Senyum, tawa dan tangisan sudah sebati dengan jiwa keibuan ini. Menghukum pun bertujuan untuk mendidik mereka menjadi insan yang baik.

Madrasah bagi anak-anak adalah bermula dari rumahnya sendiri dan ibubapa adalah guru terbaik untuk anak-anak ditarbiyah.
Maka nya ibubapa perlu siapkan diri mereka dengan ilmu rumahtangga yang secukupnya. Inginkan yang terbaik, kita perlu jadi yang terbaik. Tak ternilai harganya...Oleh itu kita sebagai ibu bapa perlu siapkan diri dgn ilmu rumahtangga dan agama. Apabila kita ada fikir agama, insyaAllah kita beroleh jalan utk mentarbiyyah anak-anak.

Idah ada terbaca dalam satu blog tentang teknik menghukum anak-anak yang sedang membesar selain daripada memarahi mereka. Cara-cara mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan.

Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.

Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.

1. Pandangan mata yang sinis – Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.

2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.

3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la…) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.

5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.

6. Berdiam diri dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya.( yang ini idah tak bape nak setuju sangat)

7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.

8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata “Wahai penipu!”( yang ini nampaknya kena cari ayat-ayat seterusnya...macam tergantung pulak..ada siapa tahu sila bagitahu ye.)

9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya. Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: “Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun.”

Artikel ini idah kredit kepada blog Tadika.Terima kasih.

Monday, 22 November 2010

Urus rumahtangga ala superwomen


Selamat petang semua,

Masih dalam mood cuti?Idah hari ini sudah start keje semula.Seperti biasa bila dah start keje mesti jadual waktu juga padat.Padat?Iye betul kekdng buat Idah rasa tak menang tangan untuk menyiapkan semuanya.Berikutan cuti selama 5hari, namun still tak dapat siapkan urusan rumahtangga.Dah macam sesi luahan pulak.Takpelah inikan blog yang lebih kepada diari maya idah.

Hari Rabu sampai Jumaat Idah balik pahang untuk sambutan Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga di Pahang.Selama 3hari tu juga seperti biasa baju-baju akan terkumpul.Huwaaaaa bertimbun-timbunlah lepas ni nak membasuh,melipat dan menggosok.Hari Sabtu ingatkan boleh berehat dan menyiapkan kej-keje tertangguh namun ada hal yang perlu dibereskan.Dengan keadaan kesihatan yang agak tidak berapa molek, mood merundum berikutan penyakit "mrs.S" dan lenguh2 badan.

Hari Ahad adalah hari untuk segalanya.Dari pagi sampailah tengahari mengemas dapur,petang online sekejap berikutan ada customer yang sms dan call.Walaupun agak kemalasan ianya satu tanggungjawab. Idah bekerja dirumah di samping menggalas tanggujawab sebagai suri rumantangga sepenuhnya. Waktu bekerja 24jam sehari, kuli dan juga BOS. Apa-apa pun Idah bersyukur dengan apa yang idah lalui sekarang....Alhamdulillah. Anda bagaimana?

Idah nak kongsi bersama anda semua satu artikel yang idah amik daripada blog kakmas. Semoga dapat jadikan panduan buat idah dan suri rumah sekalian.




Berubah daripada seorang suri rumah biasa-biasa kepada suri rumah luar biasa. Apa yang biasa apa yang luar biasa. Perubahan boleh dibuat dalam pelbagai aspek iaitu ibadah, pengurusan masa, meningkatkan nilai diri, motivasi dan juga penampilan.

Bergelar Pengurus Rumah tangga, bekerja di rumah atau apa bentuk panggilan sekalipun gunakan apa-apa sumber di sekeliling untuk meransang diri berubah kepada satu tahap yang lebih baik setiap hari.

Solat awal waktu

Sesiapapun akan menyatakan sibuknya setiap hari sampai tidak ada masa mengurus diri. Menjaga solat dengan bersolat di awal waktu berupaya melatih diri dalam pengurusan masa. Maksudnya kita sentiasa bersedia. Bangun awal pagi banyak manfaatnya dari segi kesihatan.

Anda lebih bersedia dalam setiap putaran dan detik waktu berlalu. Jika bekerja di pejabat sudah tentunya anda tergesa-gesa. Tetapi bekerja di rumah urusan solat mampu dilakukan awal waktu. Ianya satu kemudahan kepada suri rumah dan juga ingatan kepada diri sendiri.

Menyediakan makanan berkhasiat kepada ahli keluarga

Berada di rumah sudah tentunya ada sudah boleh memberi komitmen untuk menyediakan menu seimbang yang penuh khasiat buat keluarga. Rancang menu harian dengan membuat jadual.

Sudah banyak sumber yang boleh didapati untuk memudahkan anda mencuba pelbagai resepi sama ada buku, majalah malah internet.

Hidangan sarapan, tengahari, malam dan hujung minggu. Pastikan ada kelainan. Jangan malas untuk mencuba hidangan yang baru. Barulah suami merasa bangga kerana kini anda berjaya menambat selera sekeluarga bukan semata-mata mengharapkan air tangan pembantu rumah.

Tidak perlu lagi bersusah payah dengan hidangan ekspress atau makan diluar. Air tangan anda membuatkan setiap ahli keluarga sering teruja untuk pulang ke rumah, malah nilai kasih sayang juga dapat dieratkan.

Memiliki sumber kewangan sendiri

Menjalankan bisnes sambilan membolehkan anda mempunyai sumber kewangan sendiri. Ini memudahkan anda sebagai persediaan sekiranya apa-apa sahaja kemalangan yang berlaku. Kita tidak meminta keburukan tetapi hanya melakukan persediaan.

Sekurang-kurangnya sumber kewangan tersebut boleh disimpan atau untuk membeli barangan yang ingin anda dapatkan sendiri tanpa perlu meminta-minta pada orang lain.
Mungkin juga ingin membeli pakaian idaman, aksesori kecantikan dan juga rawatan di salun atau spa.

Menambah ilmu

Konsep menambah ilmu boleh dipelbagaikan. Bukan sahaja ilmu agama bahkan banyak ilmu yang boleh dipelajari untuk meningkatkan kredibiliti sebagai Pengurus Rumahtangga yang berkaliber.

Mengambil kursus-kursus jangka pendek contohnya pendidikan awal kanak-kanak sangat sesuai bagi suri yang masih mempunyai anak kecil. Ilmu bukan semata-mata untuk mendidik anak-anak malah boleh juga digunakan sekiranya anda mahu menceburkan diri dalam bidang asuhan kanak-kanak.

Anda boleh menawarkan perkhidmatan menjaga secara sambilan. Contohnya perkhidmatan ini diperlukan oleh ibu bapa yang ingin menggunakan masa untuk urusan di luar rumah tetapi mahu meninggalkan anak-anak. Ada juga kes-kes kecemasan seperti pembantu rumah lari atau pengasuh bercuti mengejut. Anda boleh menentukan harga mengikut jam memandangkan ini adalah pendapatan secara sambilan sahaja.

Menambah ilmu keibubapaan dan motivasi diri. Ianya sangat banyak dijalankan oleh individu, pihak swasta malah pelbagai pertubuhan bukan kerajaan. Anda juga boleh meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet.

Kemahiran ini sudah menjadi keperluan kepada suri rumah moden, tidaklah anda hanya di dalam rumah sahaja, tidak tahu isu-isu semasa di luar sana. Anda masih melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran baru. Bahkan rakan baru juga akan bertambah, berpeluang untuk berkongsi pengalaman dalam pelbagai aspek.

Sumber teks:- http://naufalsayang.blogspot.com/2009/08/berubah-dari-suri-rumah-biasa-kepada.html

Thursday, 18 November 2010

My New Abaya for Eid Mubarak

Assalamualaikum...

Idah tak dapat nak menulis panjang-panjang.Cuma ingin berkongsi bersama koleksi Abaya Raya idah yang digayakan dipagi hari Raya Aidil Adha bersamaan 17 Nov 2010, 10Zulhijjah 1431H.Abaya ni adalah abaya dalam koleksi idah yang paling mahal RM200. Boleh dikatakan idah beli untuk hadiah diri sendiri sempena hari lahir idah 8/11/2010 yang lalu.

Abaya Jeddah materialnya sgt2 best daripada kain fursan Alifleyla.Shaylanya juga panjang dan besar.Dah mcm minah arab pulak rasanya.Abaya ini idah beli daripada kawan idah yang merupakan peniaga abaya seperti idah juga.Terima kasih buat kakchik. Oh ye gambar idah tu ada sedikit edit.

Oklah jom layan..ini idah buat khas untuk testimoni Abaya Jeddah koleksi Idah.




Salam Sayang
Ummu Hanani
Teratak 23, 10 Zulhijjah 1431H

Wednesday, 17 November 2010

Menu di Aidil Adha

Juadah yang sempat idah siapkan sebelum pulang ke kampung hanya dua jenis rendang.Oleh kerana kat rumah ni penghuninya kurang dengan daging, maka nya idah telah buat dua2 rendang ayam. Rendang Ayam Cili Api dan Rendang Kerutuk.

1.Rendang Ayam Cili Api

Bahan-bahan diperlukan
1. satu ekor ayam yang telah dipotong mengikut citarasa anda.(idah potong kecil2 supaya mudah masuk dalam mulut.)
2.Bawang Merah di mayang
3.Bawang Putih dimayang
4.Halia dikisar sampai halus
6.Lengkuas dikisar sampai halus
7.Serai yang dipotong halus2
8. Cili Padi dalam 20biji ikut selera ye...
9. Kunyit hidup dikisar
10.Garam
11.Perasa
12.Asam Jawa
14.Daun Kunyit
15.Minyak Masak
16.Santan pekat

Cara-cara masak:-
1.Panaskan minyak masak, masukan bahan2 seperti bawang putih,bawang merah,kunyit,halia,serai,cili padi(yang telah dikisar atau ditumbuk lumat).Masak sehingga naik bau.Gaulkan sehingga sebati.

2.Masukkan Ayam,gaulkan sehingga sebati.Tutup dan biarkan daging ayam empuk sebentar...maybe dalam 15-20minit.

3.Bila sudah agk empuk daging ayam,masukkn santan pekat,garam,asam jawa dan manisan(gula kabung).Masak sehingga betul2 kering.Kemudian taburkan daun kunyit.

4.Sedia dihidang.

------------------------------------------------------------------------------------

2. Rendang kerutuk

- resepinya idah ikut seperti yang telah tertera pada rempah kerutuk tersebut.idah guna rempah kerutuk adabi.


Salam Sayang
Ummu Hanani
Dapur Teratak 23

Tuesday, 16 November 2010

Eid Mubarak kepada semua Umat Islam

Eid Mubarak! Alhamdulillah kini Eidul Adha menjelma lagi, dan bagi sesetengah negara sudah pun merayakan Eidul Adha hari ini, tapi bagi kita Malaysia, akan meraikannya pada keesokan hari. Dengan ini,Idah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Adha dan semoga Allah memberkati kita semua.

Moga2 amalan kita diterima Allah ..taqaballahu minna waminkum~ingatlah bahawa riya' ,ujub,takbur, dan yang seangkatan dengan nya adalah merupakan pemusnah pahala amalan kita,lakukanlah segala2nya dengan ikhlas dan semoga memperolehi keberkatan darinya.Marilah kita selusuri kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan memahami erti pengorbanan yang sebenarnya.


Itu saja.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Monday, 8 November 2010

08112010- Alhamdulillah....

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah tidak terhingga nikmat yang Idah nikmatinya sehingga hari ini.Usia Idah yang kini melewati 27tahun (sudah lepas 25tahun...rasa tua dah ni).Jika disemak buku-nuku nota kiri dan kanan, apakah agaknya timbangannya?Bila difikirkan rasa takut menyelubungi diri ini.

Kubermohon agar timbangannya berat hendaknya.Syukur alhamdulillah tika saat ini Idah sudah pun memiliki sebuah keluarga yang bahagia, melahirkan 2 orang Hanani buat qurratu'ain serta kini memiliki perniagaan sendiri yang 100% secara maya.Insya ALLAH impian untuk memiliki butik muslimah suatu hari nanti akan tercapai hendaknya.Ameenn.

Ucapan ribuan terima kasih buat en.kekanda tersayang atas ingatan,ucapan, hadiah, kek, betapa banyak jasa, pengorbanan, sokongan moral, sokongan kewangan yang tidak berbelah bahagi. Tidak mampu dibalas, hanya mendoakan agar Sayang sentiasa menjadi isteri diredhai suami dan bidadari buatnya. Abang...terima kasih atas semuanya ye. Love you so much and forever. Ameen...Hadiah dan kek drpd insan yang paling Idah cintai,sayangi,kasihi dan hormati:-





Thursday, 4 November 2010

Alhamdulillah...kehadirannya disambut gembira

Syukur alhamdulillah dan ucapan tahniah idah ucapkan pada adik lelaki idah yang telah bergelar seorang ayah pada 01/11/2010.Kelahirannya di nanti selama hampir setahun lebih. Diberi nama "Nur Jannatul Husna binti Kamarul Izwan". Fuh panjangnya nama..Tahniah ateh..



comey kan...sebiji macam wajah hanani2 idah waktu dilahirkan...inilah puteri sulung adik idah Nur Jannatul Husna...nak tgk tak wajah-wajah hanani idah dilahirkan?jom layan gambar di bawah:-




Afifah Hanani Binti Afizullah (hanani yang sulung)



Aisyah Hanani Binti Afizullah(Hanani yang kedua)

Hah?mcmane mcm kembar tak mereka bertiga ni?

Monday, 1 November 2010

Indahnya jika....



Assalamualaikum dan salam sejahtera;

Hari ini Idah baru dapat mengadap blog setelah 2hari tidak kemaskini entry baru.Apa kaba kalian semua.Insya ALLAH semoga semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.Kini sudha 3hari En.kanda outstation.Alhamdulillah kabanya baik-baik sahaja.Sedikit kelegaan bersarang dihati dan minda ini.Di saat idah mencoretkan kanvas pena di blog ini,Hanani-hanani idah sudah pun beradu.Keletihan mungkin.Kerinduan Hanani pada Abahnya turut terasa apabila mereka menangis memanggil abahnya.Sayu pulak hati ini.Sabarnya wahai hanani-hanani ummi.Perginya Abah dalam mencari rezeki,insya ALLAH semoga ALLAH memelihara dan memudahkan segala urusannya, ameeeeeen.

Dalam pada berfikir dan merenung,sudah lama rasanya diri ini tidak mendekatkan dengan bahan-bahan bacaan yang berbentuk ilmiah.Sudah terlalu cetek pengetahuan Idah rasanya.Rasa diri ini seperti insan yang terlalu rugi.Rugi kerana lalai dalam kehidupan ini yang terlalu mengejar duniawi sehingga lupa akan akhirat.Nauzubillah..Semoga diri masih diberi kesempatan hendaknya.

"Demi waktu(masa), Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Selain dari orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik dan menwasiatkan(memesankan) satu sama lain dengan kebenaran serta mewasiatkan satu sama lain supaya berhati teguh" - Surah Al-Ashr


Hari ini Idah luangkan masa untuk melawati blog kawan-kawan dan adik-adik.Ada satu blog yang Idah lawati dan suka idah menghayati setiap bait kata-kata tulisan pena nya.Kerana setiap kanvas yang dilakar dalam blognya benar-benar membuatkan Idah berfikir sejenak.Perkara yang paling menusuk kalbu di mana saat idah membaca catatannya kisah "Meracip Pengalaman".Untuk baca tentang kisahnya boleh klik di sini. Benar-benar membuatkan idah berfikir apakah sebenarnya tujuan idah berblog?

Nukilan adik Insyirah kali ni benar-benar menyentuh hati dan membuatkan idah merenungi jauh ke dasar dan sudut di dalam diri.Iye untuk apa kita berblog, maka dengan ini idah ingin bermuhasabahkan diri.Semoga catatan idah yang seterusnya ke hadapan akan menjadi sumbangan kemasyarakatan.Insya ALLAH.Azam mulai dipupuk walaupun dipenghujung tahun.Semoga ALLAH memberikan idah ilham dalam menyusun bait-bait kata sebagai dakwah.Inilah sumbangan kecil yang dapat idah hulurkan kerana untuk berdiri tegak di barisan hadapan dalam memperjuangkan Agama rasanya belum mampu.

Ini idah titipkan beberapa ayat daripada blog adik Insyirah yang membuatkan idah mula merenung ke dalam diri.:-

Jarang ana nak copy paste mana-mana artikel meski ana tahu banyak artikel yang jauh lebih baik dari ana kerana ana merasakan mereka berhajat kepada ana bukan kepada penulis artikel tersebut, jadi ana amat bimbang sekiranya mereka berkecil hati andai bukan ana yang membalasnya. Andai mereka berhajat kepada yang lain pasti mereka tidak mencoretkan kiriman yang ditaip dengan panjang kepada ana. Satu tanggungjawab kemasyarakatan, walhamduliLLAH.

:-Indahnya hidup bersyariat-:


Salam Sayang;
Ummi Hanani
teratak 23