Google+ Followers

Followers

Wednesday, 30 June 2010

Semuanya cantik, menawan hatiku...Stylish&Elegant

Assalamualaikum semua blogger2....nampaknya malam ni mood menulis idah mencapai 200%..:) so selagi mood menulis masih ada..idah nak kongsikan sedikit apa yang idah surfing hari ni...seperti yang telah sedia maklum sekarang ni idah memang suka mengumpul, mengkaji, surfing pakaian muslimah yang dinamakan ABAYA...

Dalam surfing-surfing tu tentang dunia fesyen Abaya ni... ada beberapa design Abaya yang menjadi piihan idah..pada idah ianya sangat cantik...Berikut antara koleksi terpilih yang idah amik daripada satu website ni :- kredit to Lebaas- Modesty Redefind



1. Ni design Swarovski Abaya Dubai - ada batu2 kat abaya ni



2. Ni new design Ballon Sleeves Jilbab


2. Design Butterfly Abaya - utk lebih dekat leh klik sini



4. Silk Garden-Emerald Green.- utk lebih jelas klik sini

Cantik2 kan...actually banyak lagi design yang cantik2..tapi harganya boleh tahan juga...tak pelah ini sekadar perkongsian idah kepada peminat2 abaya...mana tahu ada designer2 atau tukang2 jahit yang leh jahitkan abaya mcm style di atas...sesungguhnya semuan boleh berlaku...

oklah dah lewat..idah pun nak mengundurkan diri..mahu beradu...apa=apa pun semoga anda suka baca entry idah ni..komen sgt2 diperlukan...yang baik amat2 dialu-alukan...

Apa yang penting?....KERJASAMA

Dah mcm tema cerita kartun "WONDERPETS" pulak...tak kisahlah apa pun tajuk kan..:)

Alhamdulillah hari ni kesihatan idah pulih sepenuhnya....syukur pada Mu Ya Allah....hari ni juga merupakan hari kedua En.Kanda berkursus...Maka nya en.kanda tidak pulang ke rumah hari ni...esok insya Allah baru pulang....jadi kangan sama en.kanda...:)

Ada mood nak menulis hari ni....1st idah nak cerita pasal aktiviti idah pagi tadi...kesihatan pun ok jadinya pagi tadi ambil kesempatan bersihkan kawasan di luar rumah...semak mata memandang dengan sampah daun2 kering berguguran di kawasan laman rumah dan belakang...dah mcm gambar kat bawah ni...kalau betul mcm kat bawah ni..cantik juga..ni tak alahai....


pic: kredit to google ok!

Aktiviti bergotong royong bersama dengan ayah mertua...Alhamdulillah sayang sangat dengan ayah mertua...mmg dah anggap mcm ayah kandung...banyak membantu dan ringan tulang...sentiasa kaya dengan kata-kata yang berunsur motivasi dan nasihat( ni idah ambil sebagai kata-kata positif..ihik..:))...seperti pagi tadi...sebelum ayah pergi kerja...dia tgk idah dalam keadaan tak berapa sihat...membersihkan kawasan rumah..ayah turut membantu melayan cucu-cucunya dahulu....lepas idah siap menyapu dan kumpul2 sampah..ayah akan bakar...angkat kayu2 utk dibakar...idah masih lagi kurang sihat kat bahagian perut ni..tak tahu nape...nak gi klinik...adus mmg malas rasanya....terima kasih kat ayah...sayang kat ayah mertuaku...

Namun ada juga yang menyedihkan berlaku hari ni...masih dalam mood bergotong royong dengan ayah..tengok pokok-pokok buah-buahn dah berbuah...ada tu diambang nak masak dah..maybe 2 weeks masaklah rambutan kat belakang rumah tu...manggis pun berbuah...alhamdulillah...yang sedihnya kali ni....ayah cek kat bahagian setor rupanya besi2 kerja2 ayah telah dicuri....nampak ayah macam cool aje..namun idah tahu ayah marah dan sedih...idah betul-betul rasa benci dengan pencuri tersebut..dahlah menyusahkan orang lain...perbuatan tu keji...beberapa bulan lepas baja yang dicurinya..habis licin...30 bag...

Sekarang ni masalah gejala sosial dikalangan masyarakat dan anak muda felda semakin menjadi-jadi...Walaupun duduk rumah sendiri still rasa macam tak selamat aje...mana tak nya..walaupun siang2 hari pintu, mesti sentiasa berkunci hatta nak keluar sekejap aje...kalau dah begitu anda rasa bagaimana? tak selamat kan...kalau nurse datang rumah buat check up selalu pesan pintu mesti kunci walaupun siang2 hari..lebih2 lagi kalau tinggal sorang dan anak2 kecik..byk sgt dah kes pecah masuk, rompak, bunuh berlaku di kawasan felda ni...( dah membebel benda lain lak...ihik:)


Alhamdulillah pagi tadi juga ada gotong royong sesama tetangga...aktiviti mengecat tayar2, menanam bunga...amalan begini mmg selalu ada kat kawasan felda ni...agak2 dalam jam 9.30pg alhamdulillah semuanya selesai...

Penat dan peluh membasahi tubuh...rasa segar tubuh...bagus sebenarnya selalu buat kerja2 luar rumah ni...jadi satu senaman....minda pun tenang...otak pun rasa lapang aje... ye lah hari-hari mengadap pc aje...lenguh anggota badan ni kan...

Apabila urusan luar sudah selesai...idah kembali bekerja di dalam rumah semula...rutin harian sebagai seorg suri rumahtangga, ibu, anak dan bekerja sendiri (SOHO @ WAHM). Macam biasa cek email utk pastikan order pelanggan diproses, cek stok, hantar stok pd supplier, kemaskini akaun(sbb dah hujung bulan...30/6/2010), kemaskini blog, kedai kat forum, website, FB dan mcm2 tempat lagi....Sesungguhnya Idah rasa sungguh letih....rasa nak jadi mcm baby kat bawah ni..tidurnya sungguh2 melenakan..bagaikan tiada apa yang difikirkan....


pic: kredit to google

Ingat lagi pesan mak...."kalau dah kawin..ada anak...hah masa tu nanti taulah mcmane mak dulu..." betullah kata mak...kekdng tak de masa utk urus diri sendiri...huhuhu....kekdng juga rasa mahu menangis( mmg menangis pun kalau dah penat sgt...terutama kalau anak2 buat mcm2 hal..) pernah cakap kat en.kanda...rasa nak gi bercuti tanpa gangguan...huhu..time tu sebab dah rasa penat sgt dgn kerenah anak2....tak baik kan?

Ya Allah ampukanlah dosaku...
Kanda ampunkan adinda ye...
Hanani Ummi maafkan ummi ye...

Tuesday, 29 June 2010

Sakit Urat2...Sejuk dan cirit birit...

Assaamualaikum semua....

Hari ni dah dua hari idah rasa tak enak badan...punca drpd semalam...maybe keracunan makan tidak dapat dikenal pasti..sbb tak gi klinik...bila2 difikir2 semula rasanya puncanya sbb idah try makan ulam petai...sudah sedari dulu dah tau penyakit ni..tiba-tiba semalam terasa nak cuba-cuba makan...ada pulak gulai tempoyak...hah lepas aje makan...tiba-tiba badan jadi seram sejuk..perut memulas-mulas...sakitnya teramat sangat...berlarutan daripada itu terus rasa macam nak demam, sejuk, sakit-sakit urat...sehinggalah hari ini...



Hari ni en.kanda attend kursus selama 3hari...ikut perancangannya maybe akan menetap di tempat kursus selama 3hari...harap2 kesihatan idah akan pulih sekadar segeranya...sbbnya tak de org kat rumah..ada dua org puteri yang masih kecil dan perlukan perhatian...Ini idah petik daripada kata2 seorg kawan Nurhuda Cahaya Petunjuk

~Ujian datang daripada Allah S.W.T sebagai tanda sayangnya Allah kepada hambaNYA. Adakah kita kuat dalam menempuh ujian itu. Allhu Akbar..Allah menguji saya lagi dengan demam, sakit2 badan dan sakit perut. Sabar itu indah, ujian itu tarbiyah~


Semoga kesihatan idah akan segera sembuh hendaknya...Terima kasih buat hanani ummi...yang amat memahami akan ketidaksihatan umminya...rajin memicit2 tubuh ummi...syukur padaMu ya Allah atas anugerah ini....

Renungan buatmu ....Insan bernama suami

Sebagai pengajaran ringkas buat para suami. Antara Kesalahan Lelaki (Suami):-

1. Lalai Berbakti kepada orang tua setelah menikah

2. Kurang serius dalam mengharmonisasikan antara isteri dan org tua

3. Ragu dan buruk sangka kepada isteri

4. Kurang memiliki sikap cemburu terhadap isteri

5. Meremehkan kedudukan isteri

6. Melepaskan kendali kepemimpinan & menyerahkannya kepada isteri

7. Memakan Harta isteri secara batil

8. Kurang semangat dalam mengajari isteri ajaran-ajaran agamanya

9. Bersikap pelit terhadap isteri

10. Datang secara tiba-tiba setelah lama pergi

11. Banyak mencela dan mengkritik isteri

12. Kurang berterima kasih dan memotivasi isteri

13. Banyak bersengketa dengan isteri

14. Lama memutus hubungan & meninggalkan isteri tanpa sebab yg jelas

15. Sering berada di luar rumah & jarang meluangkan masa dengan keluarga

16. Interaksi yang buruk dengan isteri

17. Tidak menganggap penting berdandan untuk isteri

18. Kurang perhatian terhadap Doa yang dituntut ketika menggauli isteri

19. Kurang memperhatikan Etika, Hikmah dan Hukum hubungan badan

20. Menyebarkan rahsia ranjang

21. Tidak mengetahui kondisi biologis perempuan

22. Menggauli isteri ketika haid

23. Menggauli isteri pada duburnya

24. Memukul isteri tanpa alasan

25. Kesalahan tujuan poligami

26. Tidak bersikap Adil antara beberapa isteri

27. Terburu-buru dalam urusan Talak

28. Tidak mahu mentalak, padahal sudah tidak mungkin ada perbaikan & keserasian

29. Mencela isteri setelah berpisah dengannya

30. Menelantarkan anak-anak setelah mentalak isteri

31. Kurang setia terhadap isteri

32. Kurang puas dan selalu melirik perempuan lain

sumber artikel drpd sini : Ust.Zaharuddin.Net

Monday, 28 June 2010

Mangkuk yang cantik,Madu dan sehelai rambut..

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Sunday, 27 June 2010

Cerita 2....aktiviti masak memasak...

Sambungan entry td...

Kali ni aktiviti idah hari Sabtu pulak...Bangun awal pagi tu otak dan minda idah telah memikirkan menu utk hari ni..ihik:) (tetiba rasa nak menulis tentang dunia masakan lak..) So idah pun merealisasikanlah rasa keinginan nak makan ketpat nasi+kuah kacang....mcm hari raya lak...ye lah menu utama utk juadah raya jarang dijumpai kalau bukan bulan perayaan.

Semua bahan2 cukup ut dimasak...so sebelum bermula...mcm biasa telefon mak dulu...hahahahahaha...sejak dari kawin sampailah dah ada anak 2...apa2 rasa nak masak sesuatu yang agak special mestu telefon mak dulu....ty resepinya...

Masuk dapur lebih awal sikit...semangat nak makan ketupat lah katakan...ihik:..
tadaaaaaaaaaaaaaaaa....inilah hasilnya...maaf ye resepi rasa malas nak tepek..so masukkn gambarnya aje..



bawah ni gambar close up bagi menu2 di atas :-


ayam masak merah buat en.kanda...



ketupat yang dipotong kecil2...memudahkan utk makan...nyum..nyumm..



kuah kacang versi idah kitchen...ihihi...rasanya manis sedikit sbb en.kanda suka manis...


Cerita 1....Kisahnya bermula

Assalamualaikum semua...
Lama juga rasanya tak berupdate blog ni...Seperti biasa idah tak de idea nak mengarang...almaklumlah bab2 penulisan idah mmg agk kurang sikit...sejak dr bangku sekolah lagi..so kalau nak minta buat karangan ni alahai mmglah agak lambat sikit...namun jika buat point2 penting mmg idah suka...ihik...cerita kali ni idah nak cerita aktiviti sepanjang dua hari cuti Jumaat Sabtu..

Mcm biasa selalunya kalau cuti, itulah masa utk Abahnya menghabiskan masa bersama puteri2nya...itupun jika Abahnya tak mengadap laptop dan kejenya...dah memang hobi abahnya...So Jumaat lalu Abahnya ada program Al-Falah..igtkan mmg tak keluarlah minggu ni..lagi pulak ada sahabat maya Idah kata nak datang rumah amik Maajun Anggun Bistari...Dalam jam 12.30thnr En.Kanda pun balik drpd program...dan bertanya:-

E.Kanda :- Ermmm nak keluar tak petang ni?

Idah: Keluar? erm...malas lah pulak...nak gi mana ye?

E.Kanda :- ikutlah....

Idah:- erm...kan kawansayang kata nak datang rumah...kan dah bgtau abang maring...

En.Kanda :- a'ah iye tak iye...kul bape dia nak datang? bgtaulah dia kita nak keluar...leh juga bawa anak2 jalan2 kat M.Mall...sian diorg duk rumah aje..( waktu puteri2 dgn kata nak keluar bukan main sonok lagi....)

Idah:- alahai...nak kemana ye...(ikut rasa malas...bila pandang wajah anak2...)...oklah juga..kebetulan nak masukkan cek dr WWN hari tu..leh singgah bank...(dalam pala ni masih memikirkan lagi....sampailah jam 3petang...)


Akhirnya jadi juga keluar...alau ikutkan mmg idah malas nak keluar..disebabkan ada hal so pergi jugaklah..sampai aje kat MMall tu...ramai juga org..penuh...maybe sbb hujung bulan kan...destinasi pertama Bank..nak masukkan cek dr WWN...lepas tu bawa puteri2 ni jalan2 sekitar M.Mall...sambil2 tunggu en.Kanda habis program....Jom tgk apa aktiviti puteri2 Idah buat..tak byk sgt gambar....ini antaranya:-



kelaka tengok gelagat si kakak melayan adiknya makan jagung manis dan minum..pandai dah suapkan adiknya makanan...selalu pesan kat dua beradik ni..."kalau sikit makan sama sikit(share)...byk sama byk...jgn ada sifat kedekut...Allah tak suka...Jgn membazir Allah tak suka juga"..Alhamdulillah skng kakak faham...bila adiknya buat sesuatu yg mungkin pd dia tak elok..dia akan guna ayat yang umminya selalu sebut..." aicah(bahasa dia)...jgn buat cenggitu..Allah tak suka"...bila Idah dgr senyum aje...



ini bahagian food court yang terdapat kat Mesra Mall....byk pilihan kedai makanan..


Kedai@gerai2 makanan dan minuman...


ini pulak aktiviti yang selalu si kakak dan adik minta..nak main "boling..." sbbnya permainan duk dalam pusat boling...sbb tu setiap kali dtg M.Mall ni mesti dorg kata nak main boling....masa mula2 dulu pening juga nak faham kehendaknya..skng dah tau...



gaya seorg Juru terbang sedang nak menaikkan pesawatnya...ihik:)

Thursday, 24 June 2010

Syahdunya hati ummi....

Pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya:

“Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH."

Daripada riwayat A-Bukhari dan Muslim, Rasulullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Solat adalah tiang agama. Sabda Rasulullah SA W.

“Solat adalah tiang agama. Barangsiapa yang mendirikannya bermakna dia telah mendirikan agamanya. Barangsiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya”

Alhamdulillah sekarang Hanani2 Ummi sudah mula belajar solat dan mengaji..Syukur padaMu Ya Allah...Aku mendambakan anak2 yang solehah...Sekarang akak dan adik kalau dengar org azan dan ummi nak solat...mereka berdua akan turut serta..Alhamdulillah..sejuk perut ibu...semoga puteri2 Ummi akan menjadi serikandi yang terbilang hendaknya..

Ummi mengharapkan puteri-puteri menjadi insan yang taat pd suruhan Allah dan rasul..patuh pada Ummi dan Abah...menghormati org tua..mengasihi insan2 yang lemah...membenci kekufuran,peperangan...samada peperangan terhadap diri,hati,minda,nafsu...

Hanani Ummi...Kaulah permata hati ummi dan Abah...kaulah penyeri hidup...kebahagiaan yang semua org impikan...cahaya mata, qurratu'aini...Insya Allah...

Ya Allah..
Kau berikanlah kekuatan padaku dan suamiku...
untuk mendidik, membimbing dan membesarkan...
zuriat kami sebagaimana yang telah kau amanahkan...

Jika kami gagal...kau tunjukkanlah jalan pada anak-anak kami...
Jangan kau biarkan mereka lalai dengan tuntutan duniawi...
Sesungguhnya Ya Allah aku takut...
Takut tidak dapat melaksanankan amanah ini dengan sebaiknya...
Hanya padaMu...
Kami berserah....
Perjuangan masih belum selesai....
Serikandi Cintaku...Hanani Ummi...

p/s : teremosi lak dah malam2 ni...jom layan gambar2 puteri2 Idah...dah hampir jam 1pagi...nak beransur dulu...solat isyak+solat sunat+insya Allah tidur...sehingga kembali lagi..









Wednesday, 23 June 2010

Monolog seorang ibu...


AFIFAH HANANI BT AFIZULLAH


'AISYAH HANANI BT AFIZULLAH

HARAPAN

Aku ingin menjadi Siti Khadijah
Yang agung sebuah cinta
Memperjuangkan hartanya ke jalan fisabilillah

Sebagai Siti Aisyah abadi dalam setia
Tiada rasa payah seperti Puteri solehah Siti Fatimah
Akur tanpa lelah tiap perintah

Dan bukannya aku ingin menjadi penggoda fitnah
Dari sejarah Siti Zulaikha
Sewaktu menjadi marah inginku kutip serpihan sabar
Yang menyerlah dari catatan hidup Siti Srah

Tetap ingin aku membeku tabah
Bagai Siti Hajar mengendung
Puteranya yang masih merah
Ditengah terik padang pasir merekah

Relalah aku menjadi perempuan solehah
Yang mati dalam kesungguhan iman
Terpancang gagah
Bagai harumnya pusara Mashitah..

Anugerah dalam doa...



Kadang-kadang perjuangan adalah sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa sebarang dugaan dan rintangan, itu mungkin akan melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak akan menjadi kuat, tabah dan yakin menempuh segala rintangan untuk meneruskan kehidupan. Fikir dan renungkan…….

ANUGERAH….

Saya mohon kekuatan….
Dan Tuhan memberi saya kesulitan-kesulitan untuk membuat saya kuat.

Saya memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberi saya persoalan untuk diselesaikan.

Saya memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi saya otak dan tenaga untuk bekerja.

Saya memohon keteguhan hati…
Dan Tuhan membari saya bahaya untuk diatasi.

Saya memohon CINTA….
Dan Tuhan memberi saya orang-orang bermasalah untuk ditolong.

Saya memohon kemurahan dan kebaikan hati..
Dan Tuhan memberi saya kesempatan-kesempatan.

Saya tidak memperoleh yang saya inginkan,
Saya mendapatkan segala yang saya perlukan



Monday, 21 June 2010

Blog Walking....

Hari ni..tiada apa yang nak ditulis...maka nya idah pun jalan2 ke blog kawan2...membaca apakah entry mereka hari ni..ada pelbagai ragam cerita yang dikongsi..penuh dengan pelbagai gaya persembahan jalan cerita..ada yang simple..ada yang panjang lebar...ada yang berkisar tentang rumahtangga...anak2...rutin harian..kerjaya...motivasi dan mcm2 lagi...

Namun dalam banyak2 blog hari ini yang idah ziarah dan kunjungi...idah tertarik sungguh dengan blog Haruman Mawar. Jalan ceritanya..cara pengolahan cerita, gaya bahasa nya..pada idah ada dakwah disebaliknya...idah suka baca...

Oklah cukuplah dulu untuk hari ni...entry akan datang idah nak masukkan gambar-gambar tempat2 menarik Di Japan...hah siapakah yang ke sana??? Tunggu ye..

Abaya..Abaya...Mana satu jadi pilihan?

Entry hari ni idah nak kongsi bersama anda pasal minat idah sekarang..semuanya pasal ABAYA...anda tahu apa itu ABAYA?? kalau nak tahu jom baca kat web idah ni APA ITU ABAYA? sekarang ni idah selalu surfing tentang abaya ni..kalau dalam FB tu memanglah ramai peniaga2 dan pembekal2 abaya..samada direct terus dr negara Timur Tengah sendiri mahupun kat Malaysia...

Macam dah jadi satu trend fesyen sekarang pulak...Abaya menjadi pilihan..Namun tidaklah salah..kerana pada idah Abaya merupakan pakaian muslimah yang sudah semestinya menutup aurat...warna yang hitam memikat, bergaya tu bisa menggoyahkan nafsu idah nak membeli...

ihik...dah 2tahun lebih idah jadi peniaga koleksi pakaian muslimah ni..nmpknya tahun ni merupakan tahun kemuncak permintaan bagi abaya hitam dikalangan wanita diMalaysia..maybe disebabkan hal ni..maka nya peniaga2 yang menjual abaya juga makin bertambah..persaingan juga ramai..

Alamak dah melalut pulak...ok berbalik kepada topik..idah ada minat abaya dr koleksi Eshaina Collection...so trylah order...moga2 dpaatlah abaya idaman hati tu..nak tgk design pilihan idah?
jom layan...semua gambar kredit to Eshaina Collection...


Pilihan 1
suka yg ni sbb tangannya design ballon dan grip,so tak yah dah nak pakai stokin tangan,bersulam dan berbatu...simple namun tetap elegant..cewah..dah minat kan..so semua nmpk cantik..harga pun berpatutan tau..materialnya pun best quality..Internet Crepe..



Pilihan 2
simple but nice kan..suka sgt..cuma materialnya dr satin+chiffon..design mmg dah marbeles ni menawan kalbu..



Pilihan 3
yang ni pun simple...(asyik simple ajelah...mmg idah suka...ada aje abaya yang design ekslusif cuma rasanya kalau beli mcm tak tahu nak pakai masa mana...) design ni tangannya grip..ada batu2 kristal gitu..kainnya dr internet crepe...wah dah bgs tu..mcmane? cantik tak?



pilihan 4
wah ini mmg idamana hati...semua dah ok cantik...kainnya internet crepe...designnya unik..cuma tang tangan agak lebar gitu...maka nya kena pakai baju lain yang tgnnya bergrip..deisgn ni idah suka sgt...

so inilah antara pilihan hati idah..tak tahulah dapat ke tak ni..cuba teka yang mana jadi pilihan idah?ihik..tak de adiah ye..just suka2 aje...namun insya Allah moga idaman hati ni akan dapat dimiliki...sudah naik pening pilih...jd rambang mata..rasa mcm nak borong aje semua...huhuhu..nafsu..nafsu...so lepas ni kalau masuk lagi Eshaina Collection kena pakai spek hitam...ihik..oklah sekian dulu...

Sunday, 20 June 2010

Insan yang bernama BAPA....

Sekalung doa dan rindu buat Ayahanda Arba'i Bin Badrus.....dalam kenangan..
Setulus doa dan penghargaan buat Ayahanda Abdullah bin Salleh...
Mutiara kasih, sekudus doa dan selembar kasih sayang buat Suamiku yang tercinta Afizullah Bin Abdullah...

Buat insan yang kusayangi,
tiada waktu, tiada ketika...
Bila mana daku tidak memikirkan mu..
daku doakan yang terbaik untukkumu...
dan.inginku luahkan...
Kau tetap dalam hatiku...sentiasa dekat dihatiku...

Buat Arwah Abah...
sesungguhnya anakanda mendoakan Abah tenang di sana..
Doa anakanda panjatkan..
Anakanda merindui....Tam sayang abah...


Friday, 18 June 2010

Bermula dgn entry award...terima kasih Nonie.

Terharu rasanya dapat award dr seorg kawan blogger...yelah walaupun idah ni jenis kekdng rajin kekdng terlebih sindrom "M" namun masih ada yang sudi bagi award begini...tak layak actually..ihik..apa2 pun terima kasih buat sahabat onlineku Nonie ...terima kasih daun keladi ye..

Anatara award yang diberikan adalah :









Wednesday, 16 June 2010

Kembali bersiaran...

wah rindunya.......

Alhamdulillah setelah seminggu bercuti dan tidak bersiaran serta menulis kini..idah kembali semula..Alhamdulillah akhirnya rindu pada mak dan adik beradik terubat juga hendaknya..Seminggu lamanya berada di sana...dapat jaga mak, masak utk mak..berbual2 dgn mak...mengeratkan hubungan cucu dengan opahnya...ye lah balik pun dalam 3-4bulan sekali..bila sekali balik kenalah lama sikit...(tak gitu cik abe ku...ihik:)

Insya Allah lepas ni idha cuba utk lebih kerap menulis...kadang2 tiba waktu "M" tu..alahai..mmg kena tepis..kini semangat utk terus berjuang sudha kembali...chayok2..

Kepada yang sudi mengunjungi blog idah sepanjang tempoh berkabung idah...terima kasih idha ucapkan ye..insya Allah idah akan cuba kunjung ke blog anda...

Friday, 4 June 2010

Ragam Hanani....bila sudah pandai bercakap..

Lama sungguh rasanya tak bercerita pasal hanani2 Idah yang dua org tu kan..Alhamdulillah sudah semakin membesar...perkembangan yang cukup sihat...Kini Hanani yang sulung dah genap 3tahun, manakala hok no dua pula 1tahun 7bulan...sekarang ni kalau tgk kedua2nya mcm kembar...Badan si adik lebih berisi dan sihat daripada kakaknya...dan si adik juga lebih garang dan tegas orgnya..manakala si kakak lemah lembut orgnya dan garang( ni sah2 mewarisi sifat umminya yang garang...hah amik sebijik!)...ihik...

Perkembangan Afifah Hanani 2tahun nak masuk 3thn...
  • -sangat sukakan buku, pensil dan pen...peralatan seorg pelajar...bila tanya mesti dia jawab..."kakak nak gi sekolah kan..kenalah ada buku, pensil, pen,kertas...." kekdng pening tgk kerenah dia kalau di shopping kat BookStores...semua benda dia nak...
  • -sangat suka bawa beg sekolah...dalamnya penuh dgn segalanya termasuklah kertas2 yang dah terkoyak...
  • -sangat suka mengaji dan solat...bab ni kalau tiba solat...mmg dia akan ikut nak solat sama2...alhamdulillah..masa ummi belikan telekung utknya betapalah gembira tgk wajah dia...so kalau gi mana2 mesti akan cakap.." ummi bawa telekung kakak ye..kakak nak semayang...(solat)..."...kalau ummi jawab" tak yah lak kakak..."..mesti dia berikan persoalan yang berangkaian sampai ummi rasa mengalah dgn kehendaknya...(benda baik alhamdulillah..)...

  • semalam mengajar dia mengaji..tanpa perlu disuruh seperti biasa...kakak terus baca..." alif, baa..taa...sampai hbs dgn lancar....walaupun kekdng ada bunyi yang tak bape betul...so tugas ummi perbetulkannya...(dalam hati berkata...syukur alhamdulillah anakku sudah pandai membaca dan mengenal)
  • -sudah pandai meminta menu makanan...cthnya "ummi hari ni kakak nak makan nasi lauk telur ajelah...(mmg menu ni dia minta hari2..ihik..)...atau "ummi nak mee kuning...tp tak nak yg masak..nak mee kuning saje..."
  • -nampak sifat kepimpinannya sebagai seorg kakak....sngt melindungi adiknya walaupun kekdng suka bercakaran dgn adiknya..biasalah adik beradik kan...
  • -sudah pandai memilih dari segi pemakaian...
  • - sudah petah bercakap...mengajuk dan merajuk..
  • - sangat suka pakai tudung....




Perkembangan Aisyah Hanani 1tahun 7bulan :
  • -sangat aktif..sihat...Aisyah mmg suka makan..kalau tgk dan perati betul2 jika ada makanan letak depan dia...setiap masa dia nak mengunyah bila kena seleranya lah...cuma bab makan ni kedua2 hanani mmg kurang makan karbohidrat...mereka berdua sukakan sayur2, lauk, buah2...kalau begini sampai besar mmg slimlah anak ummi...pengambilan karbohirdatnya sikit aje...takpe doktor kata yg penting pelbagaikan makanannya..
  • sngt suka menjerit dan merajuk...bab yang ni kekdng buat umminya pening..bila tiba time angin dia...nak menggigit aje..yg selalu jd mangsa kakak dialah..lepas tu time merajuk suka buat memek muka..mcm kat bawah ni..


  • suka mengaji dan solat...sama mcm kakaknya..sekarang Aisyah pun dah mengaji...bacaan nya tidak selancar kakaknya namun Aisyah tidak pelat...sebutannya betul...yg kelaka nya setiap kali solat dia dulu yg nak siap...lepas tu tadah tgn sebut " Rabbi...rabbi...rabbi...amennnn"....sejuk hatiku sbg seorg ibu...


  • sangat suka kan buku juga...suka tgk gambar2 berwarna..
  • sangat suka kan aiskrim..
  • paling dia suka kalau nak gi jalan2...bab naik kete mmg dia suka..tp dalam kete suka tidur..bgs juga..kalau tak mesti tak reti duk diam..




itulah antara ragam2 hanani sepanjang usia meningkat nak membesar ni..kekdng perangai mereka buat umminya tersenyum, pening, nak menangis pun ada..sbb letih...huhuhu...apa2 pun ummi mmg seorg yang garang mcm singa...suka jd tarzan...mana taknya...


Bila mereka berdua beraksi :

Thursday, 3 June 2010

Rindu....



En.Kanda ada urusan kerja diluar...Maka nya rindu bertandang lagi....Semoga kanda sihat hendaknya...( rasa tak lengkap aje rasanya hari ni tanpanya di sisi....)

cuti



Agak lama idah tak menulis..kesibukan melanda..namun cuba juga untuk menulis..:) bukan apa..dah plan cuti sekolah ni nak balik Pahang ziarah mak..dah 4bulan tak balik ni..kerinduan pun dah semakin menjadi2...terigt2 aje kat mak...walaupun hari2 telefon dan dengar suara mak tak sama dengan jumpa dan lihat wajah mak sendiri..nak kucup tanga dan pipi mak..lepas tu nak ziarah kubur arwah abah juga...dalam bulan mei rasa kurang bersemangat aje nak buat apa2..rindu pada yang telah tiada..Allah lebih menyayangi nya...Doa yang mampu Idah sampaikan...semoga roh arwah abah tenang hendaknya di sana...

huhuhu..bila teringat akan Arwah..sayu dan pilu pulak hati ini...masa terus berlalu..pemergian 6tahun sudah berlalu namun rasakan bagai semalam terjadi... Ya Allah tabahkanlah hatiku ini..

oh ye..esok (4Jun 2010) bermula musim cuti sekolah bagi negeri Terengganu/ Kelantan dan Kedah..oleh yg demikian juga...idah pun nak bercuti dari berblog dan bisnes...(namun bisnes still on sbb online kan..cuma bab pengeposan barang ada hari2 nya ye..) dah duk kampung susah sikit nak keluar setiap hari..maybe akan buat sistem pos 3hr sekali..tgk keadaan dulu...

tak sabar rasanya nak balik esok...so sbb blog idah agak bersarang sikit...ye lah sibuk siapkan keperluan En.Hubby selama seminggu Adindanya bercuti..membasuh,mengemas, menggosok baju dan mempacking barang2...

Semoga perjalanan esok semuanya dalam keadaan baik...Kepada kawan2 blogger yang berkerjaya seorg pendidik idah ucapkan selamat bercuti ye...