Google+ Followers

Followers

Monday, 31 December 2007

WANITA ACUAN AL-QURAN



WANITA ACUAN AL-QURAN..
Wanita acuan Al-Quran ialah
seorg
wanita yg beriman yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu


Wanita acuan Al-Quran ialah
wanita yg menjaga tuturkatanya

Yang tidak pernah bermegah dgn ilmu
yg dimilikiya
Yg tidak pernah bermegah dgn harta dunia yg dicarinya
Yg sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yg pelindung
Yg mempunyai ramai kawan
dan tidak
mempunyai ramai musuh

Wanita acuan Al-Quran
ialah wanita yg menghormati ibubapanya

Yg sentiasa berbakti kepada kedua ibubapanya

Yg bakal membahagiakan keharmonian
rumahtangga
Yg akan mendidik anak2 dan
membantu suami mendalami agama Islam
Yg auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yg mengamalkan cara hidup penuh
kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah
sementara menunggu akhirat

Wanita acuan Al-Quran
sentiasa bersedia
untuk agamanya
Yg hidup di bawah naungan Al-Quran & mencontohi sifat Rasulullah SAW
serta Wanita sufi yang digariskan dalam kalamullah

Yg boleh diajak berbincang dan berbicara
Yg sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atas-Nya

Wanita acuan Al-Quran
tidak pernah
membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca

Yg suaranya lesu kerana kuat mengaji dan berzikir
Yg tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangun subuhnya penuh kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah
penuh kematangan

Wanita acuan Al-Quran
sentiasa
mengingati mati
Yg baginya hidup di dunia adalah ladang di akhirat
Yg mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian bersama lelaki...

Wanita acuan Al-Quran
ialah wanita yg tidak pernah terpesona dgn buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga

Di situlah rumah impiannya

Bersama lelaki acuan Al-Quran
ganjaran Allah SWT

Semoga diri ini menjadi wanita acuan Al-Quran..

AMIN….

Tuesday, 18 December 2007

Sinopsis artikel dr Tuah

Ambillah waktu untuk bercinta....

Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan, bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup, beri kita kekuatan dan makna sebuah perhubungan?

Tatkala pedih dalam kesakitan, rasa cinta mampu menguranginya. Tatkala kelaparan rasa cinta masih mampu memberikan kekuatan. Tatkala resah digelut masalah, rasa cinta membolehkan nafas ditarik lega.

Itulah kekuatan cinta. Ia satu perasaan yang mampu berkampung lama lagi dalam, atau sekadar singgah dan kemudian pergi. Semakin lama akan semakin dalam dan akan semakin menebalkan perisai yang memberi perlindungan. Jika ia singgah sebentar kadang-kadang tergamit juga hati tatkala sunyi.

Cinta adalah mekanisme untuk berasa kuat tatkala lemah, kenyang tatkala lapar, segar tatkala mengantuk, berani tatkala takut dan lain-lain seumpamanya. Maka itu, cinta tidak boleh dipandang lekeh sebab kekuatannya mendorong Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa mengembara ratusan tahun untuk kembali bertaut.

Kasih sayang adalah kenderaannya cinta. Cinta terpupuk hebat oleh kasih sayang yang asalnya bibit-bibit kecil. Tatkala seorang telah cinta kepada TUHAN-nya, dia sanggup memperhambakan dirinya tanpa takut dan penat. Biar apapun ancaman yang diberi, TUHAN masih dilihat utama. Cinta sebegini adalah paling agung.

Seseorang yang dibekali rasa cinta mampu berjalan lebih jauh tetapi seseorang yang sedang digelut cinta juga boleh menjadi teramat lemah. Tatkala kerajaan China diserang Manchuria dalam zaman keagungan Dinasti Ming, Jeneral Wu tidak segan silu membukakan pintu gerbang kota untuk membolehkan tentera Manchuria masuk dengan mudah. Mengapa Jeneral Wu sanggup berbuat begitu? Disebabkan cintanya diragut oleh maharaja.

Ikut catatan sejarah, Jeneral Wu bercinta dengan seorang gadis bernama Chen, bagaimanapun pada suatu hari maharaja berkenan dengan Chen tanpa mengetahui kedua-duanya sedang bercinta. Maharaja telah mengambil Chen untuk dijadikan gundik daripada sekian ribu gundik yang ada. Jeneral Wu sangat kecewa dan berada dikhianati oleh maharaja.

Apabila ada serangan dari luar, Jeneral Wu tidak teragak-agak untuk mengkhianati negaranya kerana merasakan itu adalah balasan terbaik untuk seorang maharaja yang bernafsu buas, meskipun dia tahu perbuatannya itu turut memusnahkan dirinya sendiri. Demikianlah cinta boleh membodohkan manusia meskipun tidak dinafikan ramai manusia mencapai cita-cita mereka oleh cinta.

Kasih sayang adalah makanan roh. Memang manusia masih boleh hidup tanpa kasih sayang tetapi hidupnya hambar. Sudah tentu tiada bererti sebarang tubuh tanpa roh, tidak akan bererti seorang manusia tanpa perasaan sayang.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk menyintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan TUHAN.

Monday, 17 December 2007

Personality Test

PERSONALITY TEST

Tips Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..hasilnya..

2 : Lembut
8 : Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna. Waallahu'alam...

Tuesday, 11 December 2007

Afifah Hanani Permataku

Tanggal 14/05/2007 anakku dilahirkan di hospital Dungun,Terengganu tepat jam 5.35pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah anakku dilahirkan dalam keadaan yang sihat walafiat dengan beratnya 2.87kg..Aku panjatkan kesyukuran dengan kelahiran cahaya mataku ini..yang paling menyayat hatiku sebagai isteri dan ibu apabila melihat airmata mengalir diwajah suamiku tatkala menatap wajah cahaya mata kami..di saat suamiku melaungkan azan dan iqamat ditelinga cahaya mata kami,airmataku mengalir kegembiraan..Kami berikan nama cahaya mata kami Afifah Hanani Binti Afizullah..Afifah yang bermaksud suci, terpelihara semoga anakku akan mewarisi sifat-sifat yang dimiliki oleh srikandi Islam yang terbilang...Hanani membawa maksud kesayanganku...yang akan menjadi buah hati dan permata hati Ummi & Abah..

Disaat aku menyiapkan blog ni anakku sudah pun menjangkau 7bulan...mari kita lihat aksinya sejak dari lahir hinggalah dah besor ni...hihi..

Monday, 10 December 2007

lama tak berupdate...

Assalamualaikum semua...lama sungguh tak post apa2 kat blog ni..Actually blog ni hubby yg punyer...saya tumpang sekaki payung lah,lagipun manalah hubby ada masa sgt nak post2 ni..hahahaha...ni saya nak letak lah perasa masam manis sbb tgk blog ni mcm suram aje..hehe..ok mari kita lihat gambar2 kat bwh ni..nak tunjuk dan kongsi kat korang keajaiban Allah...let's go..





Cukuplah dulu untuk hari ni...banyak lah keje saya perlu sudahkan..Renung dan dikirlah sejenak...waallahu'alam..

Ni nak masukkan lagi gambar untuk tatapan semua pengunjung internet yang meliaht blogku ini..insya Allah moga ianya akan mendatangkan rasa insaf dalam diri setiap individu..cewah macam ustazah lak aku ni...jap ye tengah dok belek2 gambo apa yang sesuai...



Apakah yang kalian rasai setelah melihat gambar2 ini???sungguh menakjubkan akan kebesaran Allah SWT..Semoga kita semua akan mengambil iktibar dari semua yang telah terjadi...

Kecantikan....renungkanlah sejenak!!

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal
Tetapi pada murni nurani
Lelaki yang cantik….
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran
Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada
Adalah lelaki yang baik sangka
Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki adalah berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikkan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikkan sempurna bagi seorang lelaki

KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan
Tetapi pada kekuatan perasaan
Perempuan yang gagah….
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Adalah perempuan yangtidak takut pada kemiskinan
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan
Adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang wanita.


“ Apabila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara
lelaki pula janganlah menharapkan ketaatan,tapi binalah kepimpinan pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,Pimpinlah dirinya sendiri kepadaNYA Jinakkan diri kepada Allah nescaya akanJinakkan segala-galanya, Di bawah pimpinanmu..

“Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karram Allah Wajhah….”