Google+ Followers

Followers

Monday, 31 December 2007

WANITA ACUAN AL-QURAN



WANITA ACUAN AL-QURAN..
Wanita acuan Al-Quran ialah
seorg
wanita yg beriman yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu


Wanita acuan Al-Quran ialah
wanita yg menjaga tuturkatanya

Yang tidak pernah bermegah dgn ilmu
yg dimilikiya
Yg tidak pernah bermegah dgn harta dunia yg dicarinya
Yg sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yg pelindung
Yg mempunyai ramai kawan
dan tidak
mempunyai ramai musuh

Wanita acuan Al-Quran
ialah wanita yg menghormati ibubapanya

Yg sentiasa berbakti kepada kedua ibubapanya

Yg bakal membahagiakan keharmonian
rumahtangga
Yg akan mendidik anak2 dan
membantu suami mendalami agama Islam
Yg auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yg mengamalkan cara hidup penuh
kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah
sementara menunggu akhirat

Wanita acuan Al-Quran
sentiasa bersedia
untuk agamanya
Yg hidup di bawah naungan Al-Quran & mencontohi sifat Rasulullah SAW
serta Wanita sufi yang digariskan dalam kalamullah

Yg boleh diajak berbincang dan berbicara
Yg sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atas-Nya

Wanita acuan Al-Quran
tidak pernah
membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca

Yg suaranya lesu kerana kuat mengaji dan berzikir
Yg tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangun subuhnya penuh kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah
penuh kematangan

Wanita acuan Al-Quran
sentiasa
mengingati mati
Yg baginya hidup di dunia adalah ladang di akhirat
Yg mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian bersama lelaki...

Wanita acuan Al-Quran
ialah wanita yg tidak pernah terpesona dgn buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga

Di situlah rumah impiannya

Bersama lelaki acuan Al-Quran
ganjaran Allah SWT

Semoga diri ini menjadi wanita acuan Al-Quran..

AMIN….

1 comment:

  1. Insya-Allah sama la kita berusaha menjadi wanita acuan Al-Quran...Azam tahun baru 1 Muharam....
    Semoga Allah Taala memberi hidayah kepada kita...

    ReplyDelete